Zack bersiul-siul kecil seraya memandu riang menuju ke penthouse Tengku Fazril. Semasa dalam perjalanan balik ke penthouse, dia ternampak kelibat Angel sedang terhuyung-hayang menuju ke sesuatu tempat.'Aik, Risha buat apa kat sini? Jalan pun macam orang yang dah tak betul. Mabuk ke? Mustahil!'
Zack segera memakirkan kereta audi hitamnya di tepi jalan raya lalu keluar untuk menuju ke arah isteri kepada ketuanya.
Pada masa yang sama, Christine trpaksa mematikan langkahnya apabila melihat Zack tiba-tiba sahaja datang dari mana.
Dengan pantas, gadis itu segera melarikan diri sambil menggerutu geram.
Sial! Patutnya betina tu tertangkap kat dalam club malam dengan jantan yang lain!
Dalam kesamaran, Angel melihat Christine sedang berlari menjauhi darinya.
"Hei, kau nak pegi mana? Teman kan la aku. Aku lonely weh," jerit Angel tanpa mengendahkan orang yang lalu lalang.
Sedetik kemudian, dia tergelak besar lalu bertepuk tangan bagaikan orang gila.
"Hahahaha!! Aku lapar! Hei, budak! Hehehe..belanja aku!" ketawa Angel walhal tiada sesiapa di hadapannya. Otak Angel benar-benar tidak mampu berfungsi dengan betul.
Kini, dia berhalusinasi. Disebabkan pil khayal yang diberikan oleh Christine, Angel tidak sedar siapa dirinya sekarang.
"Risha? You buat apa kat sini?" tegur Zack pelik.
"Zack!! My bestfriend!" ujar Angel teruja lalu merangkul erat bahu lelaki itu.
"Risha? You mabuk ke?" soal Zack. Angel hanya mampu tergelak riang. Apabila tubuhnya ingin rebah, Zack cepat-cepat memapah tangannya.
" Bro! Lu memang harapan Xender! Hahaha!! Lu marksman en? Hahaha!! Wa lagi kuat berbanding dengan lu!" gelak Angel.
Zack mengerutkan dahinya. Memang sudah lama Putri Risha tahu peranannya dalam kumpulan Tengku Fazril. Cuma yang peliknya apabila gadis comel itu menggunakan perkatan 'lu' 'wa'. Dah macam samseng.
"Lu tak...haish! Asal aku pun guna lu? Maksud I, you tak sedar sekarang. I call Xender dulu," kata Zack lantas mendail nombor telefon Tengku Fazril.
Dalam deringan ketiga, akhirnya panggilan terjawap jua.
"Xender..kau..."
"Uwaaa!! Zack!! I rindukan Xender! I rindukan dia! Eisk..eisk.." Ternganga mulut Zack apabila melihat Angel kini merengek di atas lantai seperti budak kecil.
Dia terpaksa senyum tawar apabila melihat orang lalu-lalang melihat ke arah mereka.
"Weh, Sha! You buat apa ni? Bangun! Eish! Sape yang dah buat you macam ni?" desak Zack lantas membantu Angel bangkit daripada atas lantai.
"I....rindukan Xender! Xenderrrr!!!" pekik Angel sekaligus tergelak gila.
"Shhh shhh...Sha senyap la weh. Orang tengah tengok ni," tegur Zack tegas.
"I love Xender!!" jerit lagi. Zack menepuk dahinya. Apabila sesetengah remaja memandang ke arahnya, dia tersenyum pahit.
"Saya langsung tak kenal dengan pompuan ni. Kesian dia en? " nafi dia lalu kembali bertelefon.
"Zack! Suara sape tu?" soal Tengku Fazril ingin tahu.
"Bini kau dah bertukar 'hantu' kat sini. Baik kau datang cepat! " tutur Zack.
"What?!"
"Daddy!!!!!"
"Shhhhh...."
______________________________
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...