Angel menghela nafasnya. Figura Tengku Fazril yang berada di sebelahnya, dipandang sekilas. Di saat itu, jantungnya berdegup kencang tak berirama. Bukan apa, sejak peristiwa dia 'diserang' dengan 'sesuatu' di penthouse tersebut, semangatnya terasa semakin goyah.
Sesaat kemudian, dia mengeluh berat.
"Asyik mengeluh je. Dah kenapa?" tegur Tengku Fazril sambil mengambil beg pakaian Angel dari dalam perut kereta.
"Erhh.. takdelah. Mana ada. Saje nak mengeluh," bohong dia. Tengku Fazril menjongketkan keningnya. Ada ke orang saje nak mengeluh?
"Jom masuk!" ajak dia mendatar. Angel menelan air liurnya lalu masuk ke penthouse tersebut.
Sebaik sahaja kakinya mengorak langkah ke hadapan, terasa hembusan halus menerpa pada wajahnya.
Asal dah macam cite seram pulak ni?
Angel cuba berlakon baik. Dia mengabaikan perasaan itu lalu menuju ke ruang tamu.
Ketika itu, matanya melekat pada sebatang tubuh yang tegak berdiri sambil melipatkan tangan ke dada. Angel berdecit malas.
Kelihatan Tengku Nurfaiza merenungnya dengan pandangan yang tajam . Angel pasti bahawa adik bongsu kepada ketua mafia itu mulai syak wasangka terhadapnya.
Dia sedar sejak di hospital lagi, Tengku Nurfaiza memandangnya dengan pandangan yang tajam. Sudah tentu gadis tersebut mulai membencinya.
"Daddy, mummy nak naik atas dulu. Dah melekit dah satu badan ni. Busuk!" pamitnya bersama senyuman yang manja.
Tengku Fazril mengangguk kemas lalu turut tersenyum kacak. Angel menoleh ke arah Tengku Nurfaiza yang sedang mengetap giginya menahan geram.
Tiba-tiba akal fikirannya terfikir sesuatu. Dia segera mendekati Tengku Fazril lalu pipi lelaki itu dikucup mesra.
"I love you daddy! " ucap dia sengaja ingin menyakitkan hati Tengku Nurfaiza. Angel tergelak sinis lalu mendekati polis tersebut. Semasa dia berlalu, dia sempat melanggar bahu Tengku Nurfaiza dengan bahunya.
Mampu dia lihat, Tengku Nurfaiza sedang mengepalkan penumbuknya kerana berasa bengang.
'Idiot!'
_____________________________
Christine merungut geram sambil menghentak-hentakkan kakinya. Wajah daddynya dipandang penuh pengharapan.
"Daddy!! Nak Xender! Nak Xender! Nak Xender! Bila Chris boleh kahwin dengan Xender?!" rengek dia seraya merangkul erat tangan Dato Mursyid.
Sejak kecil lagi, Christine telah dimanjakan oleh daddynya. Dato Mursyid bukannya apa. Mungkin cara dia salah dalam mendidik gadis anggun tersebut.
"Daddy, dengar tak?! Chris nak kahwin dengan Xender!" rengek dia lagi.
"Iya, iya. Daddy dengar. Nanti daddy cari jalan supaya daddy boleh kahwinkan Chris dengan Xender ye," pujuk Dato Mursyid lembut. Semenjak kehilangan isterinya, Christine ialah satu-satunya 'harta' yang dia ada.
"Janji tau!" Dato Mursyid tersenyum pendek. Pipi gebu si comel dicubit lembut sehingga gadis itu tersenyum semula.
_______________________________
Malam itu, mereka sekeluarga meluangkan masa bersama-sama dengan menonton televisyen. Drama yang disiarkan cukup menarik perhatian mereka semua sehingga mereka diam tanpa berbicara.
Namun babak seterusnya yang menunjukkan seorang lelaki sedang mengheret seorang tebusan membuatkan Zack mengeluarkan suara.
"Roland, cuba teka. Kau rasa perompak tu berani nak bunuh tebusan tu atau tak?" duga Zack yang sengaja ingin mengorek kepintaran Roland.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...