Pada masa itu, keadaan menjadi sunyi seolah-olah berada di majlis pengebumian. The King Of Evil menatap lama anak mata cucunya lalu tersenyum sinis."Aku gembira dengan penentangan daripada kau," puji The King seram.
Putri Risha sekadar memekakkan telinganya.
"Berhenti buang masa! Aku nak kau mampus daripada dunia ni!" Putri Risha mencapai sepucuk pistol lalu dihalakan pada The King.
Bang!
Mereka semua terkejut dengan gerakan pantas gadis tersebut. Namun, The King seakan-akan tidak mendapat kesan daripada serangan Putri Risha.
"Hahaha!" Kau ingat dengan peluru bodoh tu boleh bunuh aku?!" tengking The King. Terhincut bahu Putri Risha apabila terdengar herdikan atoknya.
Eish, kalau author yang kena, dah lama author cabut lari. Gila tak takut? Percuma mati katak doh.
"Aku dewa! Aku takkan mati! Hahahha!!" gelak jahat The King sambil membuka mantel serta bajunya.
Ketika itu, mereka semua terkejut besar. Patut sahaja The King sukar dikalahkan. Rupanya dia memakai baju kalis peluru sebagai perlindungan ia. Licik!
"Atok tak pernah berubah!" bentak Putri Risha. The King hanya tersenyum penuh bermakna.
Dia merenung lama wajah Putri Risha sehingga gadis itu terkedu sebentar.
"Kau tahu apa akibatnya menentang aku." The King menyeringai ke arah Putri Risha.
"Dan ini akibatnya!" The King mengarah konco-konconya yang berjumlah 1000 lebih termasuk ketua-ketua mafia yang pernah dikalahkan untuk maju ke hadapan.
Apabila serangan dilancarkan, Putri Risha menjadi ketua mereka lalu terus sahaja bertindak ganas dengan membunuh setiap daripada mereka.
Dari jauh The King hanya berdiri megah. Dia menunggu agar Putri Risha tiba kepadanya.
Kelihatan lelaki itu tersenyum bahagia melihat pemandangan tragis yang sedang berlaku. Seperti yang telah ditakdirkan, The King dan darah tidak boleh dipisahkan.
Zeng! Zeng! Bang! Bang! Sak! Sakk!
Terasa merdu kedengaran di cuping telinga The King.
____________________________
"Sha! Pegi! Biar kitorang urus mereka semua!" kata Christine lalu tersenyum penuh bermakna.
"Kitorang akan backup kau supaya kau boleh sampai pada The King!" tambah Maisara.
Putri Risha menarik nafasnya lantas menganggukkan kepala sebagai tanda setuju. Seperti yang dikatakan, Putri Risha berlari ke arah The King seraya dilindungi oleh mereka bertiga.
"Akhirnya...kau tiba jua.." senyum The King.
"Aku akan tumpaskan kau!" Tanpa membuang masa lagi, Putri Risha menumbuk wajah The King tetapi lelaki itu pantas sahaja mengelak.
"Maju, Angel! Ini saje ke yang kau ada?!" hasut The King sengaja ingin meremeh-remehkan kekuatan cucunya.
Bertubi-tubi serangan yang dia lancarkan, namun sedikit pun tidak mengenai pada sasarannya.
"Arghhh!!" Bersama jeritan tersebut, Putri Risha cuba menyepak perut The King tetapi seperti yang dijangka, lelaki itu cekap menepis.
"Lemah!" ejek The King sinis. Sudah beberapa minit mereka 'bermain', namun masih tiada tanda-tanda untuk mereka menyerah kalah.
Ketika Putri Risha melancarkan penumbuk mautnya, tiba-tiba The King tersenyum sinis lantas menarik tangan gadis itu.
Dengan gerakan tersebut, The King mencekek leher Putri Risha sehingga gadis itu ternaik ke atas. Kedua-dua kakinya tergapai di udara mencari lantai. Putri Risha berusaha untuk meronta tetapi The King semakin menguatkan cengkamannya.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...