Tasya menguap panjang sambil menggoncangkan susu botol untuk anaknya yang telah terjaga tengah malam tadi. Nak harapkan Alex?
Huh! Beruk tu hanya tahu nak buat anak je.Jaga tak reti.Bak kata Alex,proses 'menghasilkan' anak itu sangat menyeronokkan.
Otak kotor tak pernah nak lari dari otak beruk hutan tu! Raisha pulak diletakkan di ruang tamu kerana budak tersebut asyik menangis tak henti-henti.
Payah dia nak buat susu formula jika Raisha asyik merengek.Selesai sahaja tugasnya,Tasya ingin mengorak langkah ke ruang tamu.
Namun,sebaik sahaja dia berpusing ke belakang,dia terdengar sekaligus terlihat sebuah botol aluminium tercampak di atas lantai.
Dahinya berkerut seribu apabila melihat botol tersebut mulai mengeluarkan gas pelik.Bom ke?
Kalau bom dah lama benda tu meletup.Perlahan-lahan dia mendekati benda tersebut sambil menghidu bau pelik itu.
'In...inikan?!' Terbuntang mata Tasya sebaik sahaja melihat benda tersebut ialah sejenis gas yang mampu membuatkan seseorang itu pengsan selama beberapa jam.
Tasya ingin mengelak namun semuanya telah terlambat.Pandangan dia tampak kabur dan dia rebah di atas lantai.
Dari jauh,Angel melihat rakan baiknya tersungkur jatuh bersama riak wajah yang kosong.Dia menghela nafas lantas menuju ke arah dimana Raisha ditempatkan.
"Ma...ma..mama," panggil Raisha diiringi sisa tangisannya.
"Hei,budak kecik! Nama kau Raisha en? Sayang sangat mak kau kat budak Risha tu sampai nak letak nama kau hampir sama dengan dia," ujar Angel sambil mendukung Raisha Ayun."Mama.." panggil budak comel itu.Namun yang peliknya,Raisha tergelak suka lalu mengucap pipi Angel bertalu-talu.
"Aku bukan mak kaulah.Tu hah,mak kau! Dah pengsan," muncung Angel ke arah dapur.
"Mama...Ri..Risha," panggil Raisha lagi.
"Aku bukan Risha.Muka kitorang memang sama tapi aku lagi cantik sikit berbanding pompuan tu.Hmmmm..memandangkan kau bakal jadi anak yatim,meh aku bagitau kau satu benda.Sebenarnya,aku gunakan muka ni...yang sebijik sangat dengan Putri Risha untuk bunuh korang semua!" beritahu Angel mendatar.
Si kecik itu tertawa manja tanpa memahami kata-kata Angel.Sesaat kemudian,Raisha Ayun melaga-lagakan hidungnya pada hidung Angel.
Pelik! Angel tak menolak malah dia suka diperlakukan seperti itu.
"Jangan nak bermanja dengan akulah,budak! Dah,duduk sini diam-diam.Aku nak pegi lunyaikan bapak kau tu!" Angel meletakkan Raisha Ayun semula di atas sofa.
Namun,tak sampai lima saat,budak kecik itu kembali menangis semata-mata ingin didukung.
"Apa kau nak? Malas arh nak layan kau," rungut Angel.Raisha Ayun menghulurkan tangannya untuk minta didukung.
"Kau nak aku bunuh kau ke?"
"Du..cung..(Dukung)..." rengek Raisha Ayun.Angel menjongketkan keningnya sebentar.Dah macam Tengku Fazril! Nilah padahnya kalau dah duduk sebumbung dengan mamat tu.
"Yelah,yelah.Manja betul!"Angel mendukung anak sulung Tasya lalu mengorak langkah ke bilik Alex.
"Eish,dah! Janganlah nangis.Cengeng lah kau ni!""Cu...cu..(susu).."
"Cucu? Bila masa aku ada cucu pulak ni? Kahwin pun tak lagi." Raisha Ayun menghalakan mulutnya ke arah breast Angel sehingga gadis itu terkejut sebentar."Hei,apa ni?! Kecik-kecik dah jadi pencabul.Entah bila besar jadi apa. Kau tak boleh jadi orang pertama yang sentuh boobs aku tau! Mesti suami aku yang rasmi dulu.Hastag,bukan suami tiruan macam Xender," monolog Angel sendirian.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...