Bab 68

5.8K 407 16
                                    

Arghh!! Bodoh! Aku takkan sesekali biarkan kau sentuh keluarga aku! Kau...dasar perempuan tak guna! Takpe, mungkin along masih tak nampak lagi kejahatan kau. Tapi bila ujian DNA tu dah keluar, aku akan pastikan along seksa kau sampai kau menyesal!

Kau memang penyamar yang bagus! Aku salute dekat kau! Tapi kau tak sedar, lambat laun jugak, along akan tetap buang kau macam sampah! Hehehe..kau tunggu!

Malam kedinginan itu, Tengku Nurfaiza bermonolog sendirian di dalam dapur. Dia perlu bersendirian untuk menenangkan fikirannya mengenai kes yang melibatkan arwah Putri Risha.

Nampaknya musuh ketatnya itu mulai bermaharajalela di dalam hati Tengku Fazril. Tengku Nurfaiza harus bertindak dengan segera.

Sesaat kemudian, Tengku Nurfaiza membuka pili lalu air tersebut disimbahkan pada wajahnya. Ketika dia membuka mata, dia ternampak kelibat Angel sedang duduk di atas meja.

Wah..kurang ajar betul pompuan ni. Ingat kerusi ke?

Kelihatan Angel duduk seraya menyilangkan kakinya seolah-olah model terkenal lalu tersenyum sinis ke arah polis tersebut.

"Apa yang kau nak?" soal Tengku Nurfaiza acuh tak acuh.
"Wow wow. Faiza sepatutnya guna nama panggilan hormat untuk akak," tegur Angel selamba.

"Damn you girl! Kau ingat aku tak tahu sape kau yang sebenarnya?!" bidas Tengku Nurfaiza.

"Well.. sudah terang lagi nak bersuluh ke? Of course la I ni kakak ipar you," seloroh Angel lalu turun daripada meja.

"Hahahahah!! Kakak ipar aku yang sebenarnya dah meninggal dunia! Kau tu hanya penyamar! Jangan ingat aku tak tahu yang kau tu gadis bertopeng yang dah bunuh kebanyakan orang mafia dan juga yang dah curi Eredia!" herdik Tengku Nurfaiza.

"Shhh..jangan la bising-bising. Kita selesaikan bebaik erk," senyum Angel sengaja ingin menyakitkan hati polis tersebut.

"Apa yang kau nak daripada keluarga aku?! "

"Ugh, pity on you. Takkan tak boleh agak kut?" ejek Angel. Dia berpusing-pusing secara perlahan mengelilingi Tengku Nurfaiza sebagai tanda tidak gerun terhadap dia.

"Risha! Tak! Angel. Yes, Angel! Itu nama kau yang sebenarnya! Orang macam kau tak reti nak sedar diri ke? Duduk kat bulan selama ni? Atau kau cukup bodoh sampai tak reti bahasa? Along takkan bagi takhta dia pada orang yang macam kau!" tengking Tengku Nurfaiza.

Mendengar bicara polis itu membuatkan Angel terus sahaja menarik rambut Tengku Nurfaiza sehingga gadis anggun itu terdongak ke atas.

"Arghh!! Sakitlah sial!" carut Tengku Nurfaiza kesakitan.

"Kau dengar sini bebaik wahai Inspektor Faiza! Aku Angel dan aku akan pastikan Xender jatuh kat tangan aku. Termasuk diorang yang lain. Hehehe.." tutur Angel seram.

Tengku Nurfaiza mengetap giginya menahan marah.
"In your dream, bitch!" Sejurus dengan itu, Tengku Nurfaiza menyiku perut Angel sehingga gadis itu terdorong ke belakang.

"Berani kau!" Angel menyeringai geram. Dengan ganasnya, dia menyepak perut Tengku Nurfaiza tetapi polis itu pantas sahaja mengelak.

"Kau tak patut hidup dalam dunia ni!" Tengku Nurfaiza melepaskan tumbukan bertubi-tubi terhadap Angel. Namun, Angel pantas sahaja menangkis perbuatan Tengku Nurfaiza.

Habis berselerak semua barang di dalam dapur tersebut. Apabila melihat Tengku Nurfaiza semakin hilang pernafasan, Angel mencapai kuali lalu dilemparkan terhadap Tengku Nurfaiza.

Mujur sahaja gadis itu pantas mengelak.

"Kau...." Baru sahaja Tengku Nurfaiza ingin melepaskan tumbukan, tiba-tiba telinga mereka berdua terdengar derap kaki seseorang menuju ke arah mereka.

Mereka berdua saling berpandangan seketika.
"Uwarghh!! Apa yang bising pagi-pagi buta ni?" Miko menggeliat kecil lalu membuka matanya secara perlahan-lahan.

Ketika itu, Angel dengan pantas sekali menarik tubuh Tengku Nurfaiza ke dalam pelukannya. Rambut gadis itu juga turut diusap perlahan.

"Semaknya! Apa yang korang berdua dah buat ni?!" ujar Miko terkejut. Matanya melilau memerhati sekeliling lalu melekat pada tubuh isteri dan adik kepada ketua mafia itu.

"Dia ni sebenarnya....hmphhhh!!" Bicara Tengku Nurfaiza mati begitu sahaja apabila Angel menekup mulutnya dengan rapat.

"Shhh..kitorang sebenarnya nak buat sarapan pagi. Tu sebab kucar-kacir sikit kat sini," tipu Angel selamba.

"Breakfast? Seriously?! Dalam pukul dua setengah pagi?! " kata Miko kurang percaya .

Tengku Nurfaiza sedaya upaya melepaskan tangan Angel namun Angel mengeraskan tangannya.

"Pehal pulak dengan Faiza tu?" Miko mengerutkan dahinya.

"Erhh..hah! Sebenarnya kitorang nak buat kejutan untuk anak-anak I! Kitorang nak buat pancakes supaya diorang boleh bawa kat sekolah," senyum Angel,manis.

Miko semakin mengerutkan dahinya.

"Hmphhh!!!" Ronta Tengku Nurfaiza.

"Bawa ke sekolah? Tapi diorang dah habis sekolah tahun ni. Tahun depan baru diorang start balik," bidas Miko bingung. Mata Angel terkebil-kebil mendengar jawapan Miko.

Erhhh..apa nak jawap erk?

"Eh, tak! I cakap sekolah ke? Sorry, I TERsalah cakap pulak. Sebenarnya, kitorang nak buat pancakes untuk erhhh hah korang! Yes, untuk korang!" bohong Angel semakin menjadi-jadi.

"Untuk kitorang? Why?" Soal Miko seraya mendekati peti sejuk.

"Yelah, korang kan dah penat-penat keje kat office. Apa kata kalau sekali sekala, I dengan Faiza buat kejutan untuk korang," alasan dia.

Semasa Miko membuka peti sejuk, Angel memgambil peluang ini dengan menghentakkan kepala Tengku Nurfaiza di tepi singki.

"Maaf la Risha. I tak sengaja rosakkan kejutan you," Ujar Miko sebaik sahaja selesai meneguk air kosong. Dia menoleh ke belakang dan melihat Angel sedang tersenyum sambil mengusap rambut Tengku Nurfaiza.

"Hmphhhh!!!!" rontaan Tengku Nurfaiza semakin kuat.

"Erhhh.. I rasa...I kena pegi tido dulu. Korang berdua erhh selesaikan la dulu kejutan korang tu," janggal Miko berkata-kata lantas meninggalkan mereka berdua.

"Goodnight Miko!" ucap Angel.

Selepas itu, dia menolak kasar kepala Tengku Nurfaiza lalu melarikan diri.

"Bye bitch!" ejek Angel dalam lariannya sekaligus tergelak besar.

"Tak guna!!!!"

Vote and Comment.

Miss Destroyer (In Editing)Where stories live. Discover now