"Barang? " soal Angel semula.
"Yup,barang! Tok wan suruh kita beli barang dapur tadi.." beritahu Tasya."Hmmm..takpe..kau duduk je kat rumah.Kau kan tengah pregnant.Biar aku dengan Sherly je pegi kat kedai runcit," nasihat Angel lembut.
"Terharunya aku.Thanks honey bunny...sayang kat kau .Dah alang-alang kau kat kedai,boleh tak kau tolong belikan aku aiskrim? Rasa mengidam pulak.." Tasya membuat muka comel sambil mencubit pipi gebu Angel.
"Yelah..yelah..ngada sangat.."
"Yeahhh!! I love you so much!" Kedua-dua belah pipi Angel dicium penuh gembira."Amboi...korang berdua ni lesbian ke LGBT?" usik Sherly.
"Homosexual..." kata Tasya selamba."Homoseksual kepala hotak kau! Dah,tepi! Aku nak ke kedai dulu," halau Angel.
Sempat lagi tangan Tasya dicubit geram.
"Sha,you nak pegi mana?" sapa Riko yang kebetulan berada di pangkin sambil menonton channel YOUTUBE.
"Nak ke kedai jap dengan Sherly.."
"Nak join!"
"Kitorang naik motor," ucap Sherly selamba.
"Takpe.Aku dah minta izin tok wan nak naik motor arwah tok cik dulu.." beritahu Riko jujur.
"Ok..jomlah join sekali.."
Beberapa minit kemudian,mereka bertiga beriringan menunggang motor menuju ke kedai runcit yang berdekatan.
"Sherly..bawalah laju sikit.Lembap sangat.Cuba kau tengok orang tua yang bawa basikal tu..Dia lagi laju dari kau bonceng tau," ejek Angel seraya memandang ke arah seorang lelaki tua yang sedang mengayuh basikal.
"Lek arh.Ni kan kampung.Cuba kau tengok Riko.Rileks je dia tunggang motor.Slow and steady.." puji Sherly.
"Ceh.." cebik Angel.
_______________________________
"Tok,isteri Fazril kat mana? Tak nampak pun batang hidung dia dari tadi.." soal Tengku Fazril.Kelihatan Tok Mariam sedang menghiris buah mangga untuk dimakan oleh Tasya.
"Kat kedai.Tasya kata dia pegi dengan Riko dan Sherly.." beritahu dia lagi.
Mereka berbual sebentar sementara menunggu kehadiran mereka bertiga.Berulang kali Tengku Fazril menilik jam di tangannya.
"Riko mana?" Suara Miko membuatkan Tok Mariam dan Tengku Fazril segera memandang ke arah mereka.Kelihatan Alex dan yang lain-lain sedang menuju ke arah pangkin yang mereka sedang duduki.
"Pegi kat kedai..Beli barang dapur.." jawap Tengku Fazril acuh tak acuh.
"So,bila kita nak pegi memancing bro? Dah tak sabar dah ni.." luah Zack.
"Tunggu diorang sampai dulu.."
Ketika Tok Mariam sedang ralit menghiris kulit mangga,tiba-tiba dia terfikir sesuatu.
"Ni tok wan nak tanya sikit.Korang berlima bila nak kahwin? Duk single je.Tak bosan?" soal Tok Mariam.
Dah lama dia perasan jejaka-jejaka kacak di hadapannya seolah-olah bebas tak diikat dengan sebarang perhubungan.
"Pepatah dulu-dulu pernah berkata..jodoh akan datang sendiri," jawab Akim selamba.
"Kalau tak datang-datang jugak?" sampuk Tasya.
"Tu bodoh namanya.Hahahahah!!!" Gelak mereka berlima.
Tok Mariam hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya seraya tersenyum lebar.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...