"Seperti biasa. Kau tak pernah menghampakan aku," puji The King Of Evil mendatar. Eredia di tangannya ditilik sebentar lalu diletak bersebelahan dengan binatang kesayangannya.
"Aku nak rehat," pamit Angel lalu berura-ura ingin beredar.
"Aku nak kau selesaikan misi kau sebelum ni," arah The King sekaligus mematikan langkah Angel.
"Apa maksud kau? Semuanya aku dah selesaikan." Angel memandang The King yang berada di atas singgahsana. Seperti biasa, lelaki itu sentiasa berada di dalam kegelapan.
"Selesaikan Xender!" Tegas dia.
"Aku dah kata dengan kau. Aku tak nak!"
"Jawap persoalan aku. Kenapa kau tak nak teruskan?"
Angel terkedu. Tiada sebab dia ingin menolak arahan atoknya melainkan soal hati.
"Kau nak terus layan perasaan kau? Kau dah lupa matlamat kita? Kau dah lupa apa yang dia dah buat pada kau? Haha!
Dia tak pernah sayangkan kau. Dia cintakan Risha dan kau hanya sebagai alat ganti dia. Agaknya apa perspektif Xender dekat kau kalau dia tahu kau sebenarnya sorang pembunuh terkenal?" sampuk Shilda di sisi The King.
Angel serta-merta terpengaruh dengan bisikan-bisikan syaitan. Dia perlahan-lahan mendongakkan kepalanya lantas memandang ke arah Shilda dan The King bersilih ganti.
"Bunuh Xender dan buat dia menyesal!" hasut The King dalam senyuman yang menakutkan.
"Jangan biarkan perasaan menguasai kau!" Tambah Shilda.
Angel mengangguk kepalanya. Faham benar akan maksud mereka berdua.
"Ingat Angel! NO MERCY! NO LOVE! JUST KILL THEM ALL! Hahaha!!" gelak The King jahat.
Shilda turut tergelak sama. Slogan bagi kumpulan mereka terlalu kejam sehingga membuatkan mereka tampak begitu sekali menakutkan.
Angel mulai tersenyum sinis.
'Aku Angel. Aku takkan biarkan cinta mengawal aku!'
_______________________________
Maisara memandang wajah Angel sekilas. Raut wajah itu tampak sekali kosong tanpa sebarang perasaan.
"Kau ok tak?" Soal dia.
"Sejak bila aku tak ok?" Soalan dibalas soalan. Maisara menarik nafasnya lalu membuka pintu utama penthouse tersebut.
"Anggap je takde apa-apa yang berlaku di antara kau dengan Xender," pesan Maisara sebelum mereka berdua masuk semakin jauh ke dalam.
"Mama!" jerit Riley ceria sebaik sahaja melihat figura Angel.
"Riley.." Angel senyum segaris. Jujur dalam lubuk hatinya, dia begitu rindu sekali dengan kembar tak seiras itu sepanjang berada di England.
"I miss you!" Air mata Riley bergenang di tubir matanya lalu cepat-cepat diseka oleh Angel.
"Sha! Asal lama sangat kau tak balik?" jerkah Tasya lantas memeluk tubuh 'rakan baiknya'.
"Lek arh. Baru seminggu lebih kut."
"At least, janganlah tinggalkan kitorang tanpa berita! Risau tau tak!" tegur Tasya.
"Betul! Betul! Betul!" sokong Roland. Angel tergelak kecil. Rambut remaja lelaki itu kemudian diusapnya dengan cara bergurau.
"Banyak la along punya betul."
"Apa ni,ma? Tak macho arh!" rajuk Roland.
Berderai gelak ketawa mereka mendengar bicara daripada Roland.
YOU ARE READING
Miss Destroyer (In Editing)
RomanceSiri Ketiga. (1 in Romantic),(1 in Actionromance),(1 in Comedy),(1 in Seksi),(1 in Goda),(1 in Manja),(1 in Hot),(1 in Kejam),(1 in Dendam),(1 in Misteri) Selepas sahaja Putri Risha meninggal dunia,Tengku Fazril dan anak-anaknya telah bertekad akan...