AMIRUL HAKIM
Hari ini adalah hari yang malas bagi aku kerana hari minggu. Siape je yang keluar malam malam begini tapi disebabkan kawan kawan aku sudah menunggu, aku turutkan juga. Aku mengeluh panjang. Aku turun daripada katil apabila telefon aku bergetar di atas meja. Nama Aqil tertera di skrin iPhone aku. Segera aku angkat.
"Hah kau nak apa nih?." aku menjawab ringkas. Rambut aku raup kebelakang.
"Kau cakap nak apa ?. Woi, kau tau tak sekarang dah pukul berapa?. kata nak lepak. Cepatlah. Dah pukul 11 dah ni. Janji pukul 9. Kitaorang dah mereput dah ni menunggu kau." Aqil sedikit menjerit. Aku menjarakkan telefon dengan telingaku. Aku dengar dengan jelas bunyi muzik yang kuat.
"Korang tunggulah sekejap. Aku nak bersiap nih. Aku tertidur tadi." Seluar ditanggalkan dan digantikan dengan seluar jean hitam. Telefon aku kepit di antara telinga dan bau.
" Cepat lah kitorang tunggu ni." Aqil mematikan panggilan. Selepas siap, aku terus mendapatkan kunci kereta dan terus memandu laju di atas jalan raya dan menuju ke tempat yang selalu aku lepak.
Selepas sampai aku terus mematikan enjin kereta. Aku masuk ke dalam kawasan kelab yang gelap dan hanya diterangi lampu neon menyukarkan aku untuk mencari kawan kawan aku. Aku memandang sekitar kelab. Bunyi muzik yang rancak menyebabkan gegendang telinga aku hampir pecah.
Aku melihat beberapa lelaki melambai lambai tangan ke arah aku. Tanpa melegahkan masa aku terus mendapatkan mereka.
"Wow bro awal lah sampai ." Aqil mengutuk. Aku memandangnya.
"Amboi kutuk nampak. Korang datang awal awal nak pergi mana?. " Aku membalas kutukannya. Mereka memandang aku dengan jelingannya. Aku cuma menjongketkan bahu.
" Okay chillax. Korang nak tau tak, malam ni barang baik dari thailand yow !!!. " Muizzin mencelah. Dia nih, kalau bab perempuan, memang dia pertama tahu.
"Hah itu jelah kerja kau. Perempuan tak boleh di beli dengan duit bro". Hakimi bersuara sambil meneguk coke. Kami datang ke sini hanya untuk melepak dan aku masih jahil bab agama.
"Perempuan syurga dunia aku bro." Muizzin sedikit menjerit. Muzik terlalu kuat membuatkan suara kami tenggelam timbul,
"Aku setia doh. Tak main perempuan. " Aqil mengaku. Muizzin dan yang lain menyambut lawaknya. Apa yang setianya si Aqil nih, sama je dengan lelaki yang lain. Semasa berbual, mata aku tertumpu kepada seorang perempuan yang baru memasuki kelab.
"Tu Zin, kau try perempuan tu. " Aku memandang muizzin. Mereka memandang ke arah perempuan yang aku katakan tadi. Muizzin bangun dan mula tercari cari. Dia membetulkan rambutnya yang 'karat' itu
" Pergh, lawa bai. Aku nak try dia lah." Muizzin nampak teruja dengan perempuan tadi. Muizzin menawarkan dirinya untuk menarik perhatian perempuan tadi. Aku menggeleng. Mula dah perangai miang dia.
"Aku cabar kau sial. Kalau kau dapat aku belanja kau sorang." Aqil menolak bahu Muizzin. Dia sudah seperti cacing kepanasan. Gelojoh.
Muizzin bangun membetulkan rambut karatnya dan menuju ke arah dua orang wanita tadi. Tak sampai 5 minit menunggu, dia kembali semula. Wajahnya masam mencuka. Dia mencebikkan bibirnya sambil menggeleng. Hakimi sudah mula tergelak.
" Bro, aku faham perasaan kau doh. HAHAHAHAHA," Berdekah dekah Hakimi ketawa. Gelakannya disambut aku dan Aqil. Muizzin duduk semula disebelah aku. Dia menekup mukanya dengan telapak tangan.
" Dia reject weyh. Sedih aku." Dia berpura pura menangis. Aku hanya tersengih melihatnya. Lain kali jelah Muizzin oi.
****
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...