BAB 59 👹

3.7K 168 3
                                        

AMIRUL HAFIZ

Mata aku melilau dikawasan berhampiran apartment yang Dhia tinggal. Mana tahu aku namak kelibat dia?. Apartment buruk yang tak sepatutnya dia tinggal. Ya Allah, aku jahat. Aku duduk dekat tempat yang selesa sedangkan isteri aku tinggal di tempat begini?. Hakim yang sedang memandu mengeluh kecil.

" Sabarlah Hafiz. Kak Dhia tak lari jauh pun." Kata katanya seperti cuba menyedapkan hati aku yang nampaknya gusar tak tentu pasal. Aku perlu jumpa Dhia. Aku nak dengar suara dia. Aku nak tengok muka dia yang dihiasi senyuman manisnya.

" Kau tak tahu perasaan aku Hakim. Aku sakitkan hati dia selama ni sampaikan aku buta nak tengok sayang dia dekat aku." Aku bodoh, aku bodoh kerana biarkan diri aku percaya segala kata kata Erin sehinggakan aku sendiri terperangkap. Mana kau pergi Dhia?....... 

***

" Sumpah, aku tak tahu dia dekat mana." Zafirah, sahabat baik Dhia menggeleng geleng kepala sambil memeluk tubuh. Aku mengeluh kecil sebelumtembok dinding koridir aku genggam kuat. 

" Tolong aku sekali ni je Zaf. Kau kawan dia, takkan kau tak tahu?." Aku memandang wajahnya lama. Dia kawan Dhia, tak mungkin dia tak tahu. Segala rahsia Dhia, Zafirah tahu. Walhal, waktu Dhia mengandung dulu pun, dia orang pertama yang tahu. Zafirah mengeluh kecil.

" Habis tu, asal aku kawan dia je, aku tahulah dia dekat mana?." Dia membuat wajah sinisnya. Aku meraup rambut aku kebelakang. Sabar Hafiz...sabar. Kau nak dapatkan balik Dhia, kau kena sabar. Aku mengangkat kepala aku sebelum aku cuba untuk memasuki rumahnya tetapi dia lantas menghalang. Aku mengerutkan kening.

" Asal kau tak bagi aku masuk?." Dia menggeleng laju.

" Oi, ni rumah perempuan lah. Kau tu lelaki. Kau sedar tak umur kau tu dah 33 tahun?, tapi perangai macam budak budak." Aku terdiam. Dia cakap aku budak budak?. Betul ke?. Aku tersengih sinis, tak percaya dengan 'kutukkannya'.

" Sudahlah Hafiz. Dia dah cukup tersiksa hidup dengan kau. Bagilah dia masa tenangkan fikiran dia. Pertama kali aku tengok dia menangis untuk lelaki macam kau ni tau?. Kenapa, sekarang baru kau sedar yang pentingnya Dhia tu dalam hidup kau ke?. Heh, kau ego Hafiz. Kau ego nak mengaku yang kau sayangkan dia. Kau tengok sekarang, kau sendiri perbodohkan diri kau." Aku lagi sekali terdiam dengan apa yang dia cakap. Aku menundukkan wajah aku. Aku... aku ego?. 

Aku tanpa berkata apa apa terus memusingkan tubuh aku menuju ke bawah. Tiada guna aku merayu pada Zaf, dia pun tak tahu Dhia dekat mana. Kepala otak aku masih memproses setiap kata katanya yang bagaikan menyentapkan segala perasaan aku. Aku tak boleh berputus asa macam ni. Aku perlu cari Dhia sampai jumpa untuk aku buktikan pada dia yang aku betul betul perlukan dia. Ya, aku ego. Aku ego untuk luahkan rasa sayang aku pada dia. Tapi, mulai hari ni, aku akan luah segala perasaan aku pada dia.

*************

SEMINGGU KEMUDIAN......

Serata tempat aku mencari kelibat Dhia. Aku tanya satu persatu kawan kawannya, tetapi aku tetap tak tahu mana Dhia. Seminggu lebih aku cari dia, tapi tetap sama. Aku tetap tak dapat khabar tentang Dhia. Tak putus putus usaha aku cari dia. Aku cuba call dia, mesej dia yang aku nak jumpa dia tapi tiada maklum balas daripadanya. Aku hampir putus asa tapi aku tahu, kalau aku berhenti cari dia, aku akan hilang dia macam tu je.

Akhirnya, aku memasuki sebuah lorong di mana mama diragut dulu. Manalah tahu aku jumpa dia dekat sini sebab Dhia yang tolong mama. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan aku ini. Kembalikan dia pada aku. Aku merayu...

Aku berjalan disekitar lorong tadi sebelum aku nampak susuk tubuh yang aku cukup kenal. Tu bukan... Dhia ke?. Dia yang sedang memberikan makanan pada kucing jalanan dengan senyuman manisnya. Tuala yang berwarna biru laut menutupi kepalanya daripada mendedahkan rambut panjangnya. Aku tersengih kecil.

MR. SAVIORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang