AMIRUL HAKIM
Aku menuju ke arah pintu rumah apabila loceng rumah beberapa kali berbunyi. Aku sedikit terganggu untuk berehat. Malam malam begini, siapalah yang datang melawat aku. Aku terus membuka pintu rumah.
" Baby, I miss you so much !!." Suraya datang memeluk tubuh aku secara tiba tiba. Tubuhnya berbau alkohol yang terlalu kuat. Aku menjauhkan kepala aku dengan tubuhnya. Dia tetap memeluk erat tubuh aku. Aku memejamkan mata bersabar dengan sikapnya.
" Eh, You buat apa dekat sini?. Baliklah. " Aku cuba melepaskan pelukkannya tapi dia tetap berkeras memeluk aku. Dia memandang aku dengan sengihannya. Sebelah tangannya bermain dengan bibir aku lantas bibir aku dia kuncup sekilas. Dia gelak gembira. Aku memandangnya bosan. Itu sajalah sikapnya kalau jumpa aku.
" You janganlah macam nih. I sayang You tau." Dia membuat riak marah. Dia dengan separuh sedar macam nih, mana dia tahu apa yang dia cakap. Mengarut ke laut.
" Kalau ye pun, bagi I masuk. I mengantuk. I nak tidur dengan You malam nih." Dia tolak tubuh aku ke tepi. Dia terus berbaring di atas lantai sambil berguling gembira.
" Empuknya...... Hakim, sinilah baring dengan I." Dia memanggil aku menggunakan jarinya. Aku mengeluh melihat dia seperti orang yang sudah tiada akal baring di atas lantai yang dianggap katil baginya. Betul tinggi imaginasi orang mabuk nih. Kenapalah kau orang yang aku pernah cinta dulu Suraya?. Aku datang ke arahnya.
" Kalau You terus macam ni, I simbah je you dengan air. You nak bangun ke tak nak?." Dia menggeleng dan lantas berdiri dengan membuat riaksi comelnya.
" Jom kita kahwin. Kalau You kahwin dengan I, I bagi you banyak... anak. You nak berapa, satu.. dua?." Dia merangkul leher aku. Matanya tertutup tapi bibirnya tersengih. Aku memandangnya lama. Rambut yang menutupi mukanya aku selak dan selit di telinganya. Sejujurnya Suraya memang terlalu cantik di mata aku.
Aku jatuh cinta dengannya dulu pun kerana dia terlalu istimewa bagi aku. Dia seorang gadis yang periang. Tapi semuanya berubah selepas dia kantoi curang belakang aku. Bukan satu peluang aku bagi, tapi tiga kali, tetapi dia tetap terus menerus tipu aku.
Dia akhirnya tertidur. Dia melentokkan kepalanya di bahu aku. Pinggangnya aku rangkul supaya dia tidak terjatuh. Aku lantas mendukung tubuhnya menuju ke bilik aku. Kalau sehari dia tak susahkan aku, memang tak sah.
***
INTAN SURAYA
Aku membuka mata apabila aku rasa tubuh aku kesejukkan. Aku melihat sekeliling. Bilik ni bukan bilik aku. Aku melihat tubuh aku dibawah comforter. Aku masih memakai pakaian malam tadi.
Aku menoleh memandang ke kiri apabila bunyi pintu dibuka. Aku melihat Hakim keluar daripada bilik air hanya dengan tuala yang melilit pinggangnya. Rambutnya yang basah menambahkan kehensemannya. Aku menelan liur.
" Lena tidur malam tadi?." Dia memandang aku. Aku tersengih. Aku baring mengiring sambil kepala aku tongkat dengan lengan.
" Kita buat apa malam tadi?." Aku tersengih melihat tubuhnya yang... erm mengiurkan. Aku yang perempuan pun boleh tergoda dengannya. Kenapalah dia begitu seksi di pagi hari?. Apa, ingat perempuan je yang seksi?.
" Kita mana ada buat apa apa malam tadi. " Aku mencebik. Yelah tu. Entah entah dia malu mahu menceritakan hal yang sebenar. Aku menukar posisi aku kepada duduk bersila di atas tilam katilnya. Kepala aku terasa pening sedikit akibat alkohol semalam.
" You dah bangun nih, pergilah balik. Nanti mummy you marah. Tak elok perempuan duduk bilik lelaki." Susuk tubuhnya hilang memasuki ruangan pakaiannya. Aku lantas bangun dan mengikutinya. Dia mengambil pengering rambut untuk mengeringkan rambutnya. Mungkin dia sedang bersiap untuk ke kerja.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...