AMIRUL HAKIM
" Maafkan saya sebab lambat. " Aku membuka pintu bilik mesyuarat dan melangkah ke hadapan dengan tergesa gesa. Aku kalau tak lambat, tak sah. Ada je lambat tuh.
" Encik Hakim, tolong terangkan apa idea awak untuk projek pembinaan kita." Papa memandang aku dengan pandangan harapannya. Aku mengangguk dan membuka buku nota yang aku catatkan apa yang harus aku katakan hari ini.
" Assalamualaikum dan selamat pagi kepada Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) dan semua ahli kakitangan yang ada disini. Selepas dua bulan saya dan team saya merancang, melakar dan menyusun jadual untuk projek yang bakal dijalankan tiga minggu lagi, akhirnya kita semua dapat berkumpul disini untuk memulakan langkah pertama." Aku memandang papa dan mereka yang lain. Mereka mula fokus memandang aku dan mendengar bebelan aku.
" Semuanya saya dan team saya sudah susun dan pastikan. Jadi jika ada kesilapan, mohon perbetulkan saya." Aku memandang LED yang dipaparkan di hadapan. Risya menekan butang seterusnya. Terpampang gambar seekar tanah yang bakal menjadi tapak pembinaan ini nanti.
" Dihadapan ini adalah seekar tanah yang bakal menjadi tapak pembinaan untuk projek pembinaan Shopping complex nanti. Kawasan ini mempunyai struktur tanah yang bagus, rata danberkualiti tinggi. "
Aku memandang Risya. Dia mengangguk dan menekan butang seterusnya lagi.
" Ini carta Gantt yang sudah disusun untuk tempoh masa pembinaan itu nanti. Saya jangkakan pembinaan ini nanti akan berakhir pada hujung tahun hadapan dengan tenaga 56 orang pekerja. " Aku memandang wajah encik Roslan.
" Saya sudah menjumpai penaja yang setuju untuk membekalkan kita bekalan bahan mentah. Jadi, saya sudah berbincang dengan Encik Roslan tentang peruntukan wang untuk bahan mentah. Bajet yang kita rancang adalah 1. 2 juta ringgit. Tetapi itu tidak termasuk upah pekerja kontraktor. Jumlahnya semua saya akan pastikan selepas kita memulakan projek. Itu saja yang ingin saya sampaikan hari ini. Sekian daripada saya." Aku menundukkan sedikit tubuh aku tanda menghormati mereka dan pengakhiran kata kata aku.
Mereka menepuk tangan. Aku dan Risya kembali ke tempat kami.
" Saya harap kita dapat sama sama bertanggungjawab dalam menjalankan tugas bagi memastikan projek ni berjalan lancar. Sampai sini saja mesyuarat kita. Semua boleh bersurai. Encik Hakim, jumpa saya lepas ni." Mereka semua terus bangun untuk beredar manakala aku tunggu sementara. Aku minta Risya tunggu aku di bilik aku.
" Mama ajak Hakim balik malam nih. Dia dah rindu sangat dengan Hakim." Aku mengeluh kecil. Papa aku pandang.
" Tengoklah macam mana nanti. Hakim sibuklah." Aku cuba buat alasan. Baru ingin berlalu pergi tapi papa tahan lengan aku. Dia memandang aku lama. Ketinggiannya sama dengan aku. Kami mendapat genetik yang sama.
" Hakim tahu kan Mama buat semua tu untuk kebaikan Hakim?. Baliklah. Mama rindukan Hakim. Teruja mama nak masakkan Hakim hari ni. Kalau Hakim tak balik malam nih, papa tak tahu nak cakap apa dekat mama." Papa menepuk bahu aku sebelum meninggalkan aku keseorangan.
Aku mengeluh kecil. Bukan aku tidak mahu balik, tetapi aku sudah mula rasa janggal dengan mama. Aku menutup semua suis penghawa dingin dan lampu sebelum melangkah keluar meninggalkan bilik mesyuarat. Di luar nampaknya sudah mendung.
" Hakim." Aku menoleh memandang ke arah suara yang memanggil nama aku. Hakimi melabai tangannya ke arah aku. Aku mengukir senyuman.
" Eh Kimi, kau buat apa dekat sini?." Aku memandangnya. Dia mengaru kepalanya.
" Aku dapat izin daripada pakcik Guard tadi nak naik sini. Saja je. Niat aku nak ajak kau makan sama sama pukul 2 nanti. Kitaorang cadang nak makan dekat kedai Aqil . Kau nak ikut?" Aku mengangguk. Jauh sungguh dia datang semata semata ingin mengajak aku. Benda boleh call. Ouh lupa aku turn off telefon aku. Takpelah, lagipun aku memang ada benda nak dibincangkan dengan mereka.
" Ouh boleh. Nanti aku datang dekat sana. Aku ada kerja sikit." Dia mengangguk sebelum bahu aku dia tepuk lembut.
" Jangan lambat okay. Kau lambat, aku benci kau." Aku tergelak kecil. Macam budak budak nak benci benci. Dia terus berlalu. Aku menuju ke arah lif untuk ke bilik aku.
Aku memulas tombol pintu bilik aku. Aku melihat Risya, Lim dan Farah berdiri menunggu kedatangan aku. Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya. Dia membalas senyuman yang aku lemparkan.
" Duduklah." Aku duduk di sofa berhadapan dengannya. Dia lantas duduk. Dia memberikan aku beberapa dokumen tentang projek pembinaan tiga minggu lagi untuk aku lihat kualitinya. Aku menyelak satu persatu, aku cuba menggabungkan idea mereka dan idea aku.
" Lim, mana lakaran bangunan tuh." Lim mengeluarkan beberapa gulung kertas lakaran yang aku mintak semalam. Lim adalah pelakar di dalam team aku. Segala lakaran, dia yang buat.
" Mereka minta bangunan tiga tingkat, jadi ini lakaran tingkat bawah, tingkat tengah dan tingkat atas. " Aku mengangguk faham. Lakarannya yang kemas memudahkan aku memahami isi yang dia cuba sampaikan tadi.
" Model ni nanti awak ikut saya tunjuk dekat pelanggan dengan lakaran tu. " Aku memandang Lim dan Farah, selaku pembangun model untuk setiap projek yang kami dapat.
" Saya harap sangat pelanggan kita suka dengan apa yang kita olahkan ni." Farah merapatkan kedua telapak tangannya. Kami tersenyum melihatnya.
" Awak jangan risau. Saya akan pastikan dia suka dengan semua nih." Aku memandang mereka semua.
***
AINA ADRIANA
Aku memakai apron cafe yang aku peroleh tadi. Ini kerja sampingan aku yang kedua. Aku melihat orang ramai sedang duduk menikmati minuman mereka. Aku melihat jam di pergelangan tangan aku.
Sudah menginjak pukul 2 petang. Berkemungkinan mereka berehat sementara mengisi tenaga sebelum masuk kerja semula. Sejujurnya, orang yang bekerja saja yang rasa penatnya mencari duit. Bukan senang nak kumpul duit untuk menyara hidup yang berkeluarga ataupun diri sendiri.
Seorang lelaki datang memasuki cafe. Aku baru melemparkan senyuman kepadanya tetapi senyuman aku mati apabila...
"Mocha panas. " Aku mengelamun sementara memandang wajahnya sebelum cepat cepat aku mengambil pesanannya. Dia memberi aku sekeping 20 ringgit. Aku menuju ke arah cawan dan cuba sedaya upaya mengawal riaksi wajah aku. Selepas siap, aku terus membawa secawan kopi pesanannya menuju ke arah meja yang dia sedang duduk.
" Mocha panas." Aku senyum ke arahnya dan berlalu pergi.
" Tak sangka jumpa kau dekat sini." Terhenti langkah aku apabila dia menegur aku sebegitu. Aku tersentak seketika sebelum aku toleh memandangnya dengan senyuman.
" Tak sangka jumpa encik dekat sini juga. Semoga hari encik ceria selalu." Aku berkata dalam nada gelak. Dia menghirup minumannya tanpa menghiraukan apa yang aku kata tadi. Aku pantas menuju semula ke kaunter.
" You kenal ke dia tuh?." Lelaki yang baru aku kenal tadi menegur aku. Namanya Dian. Dian?. Bukan tu nama perempuan?. Aku cuma tersengih. Tu anak kawan mak
" Hensem giler." Dia memandang lelaki tadi dengan pandangan... gatal. Dia tak sedar ke yang dia ni lelaki?.
" Saya tak kenal dia pun. Cuma pernah terserempak dengan dia." Aku tersengih lalu memandang lelaki tadi. Dia pun tengah berehat juga ke?. Aku kembali menyambung kerja aku mengambil pesanan. Dia datang ke arah aku.
" You taknak try dia ke?. Aku memandangnya sambil membesarkan mata. Aku nak try dia, mana aku ada masa. Dia pun dah ada isteri.
" Dia dah kahwin lah. Buat naye je kacau suami orang." Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Aku bukanlah orang yang suka menggatal nih. Dian segera menampar lembut bahu aku dengan kerutan kening.
" You buat lawak apa nih?. Dia bujang lah. Kalau You nak tahu, semua pekerja perempuan dekat sini berebut tau nak ambil order dia. Termasuk I." Dia tersengih sengih malu. Aku memandangnya dengan senyuman meluat.
Seriuslah dia nih. Tapi betul ke dia tu bujang. Lepas tu, perempuan yang aku nampak tu siapa?.... ish kan aku dah kata aku bukan spesis masuk campur hal orang?.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...