" macam mana tadi?. best dating?." Aku memandang Hazim meluat. Dating apanya. Aku dengan dia keluar makan je lah. Takde masa dia nak bertemu temu janji dengan aku. Dia pun sibuk dengan kerja dia.
" Dating kambeng kau. Aku dengan dia keluar makan je. Tak buat apa apa pun." Lepas aku habis solat isyak tadi, Hazim tak henti henti menyakat aku. Apa yang dia tak puas hati dengan aku pun, aku tak tahu. Dia macam tak pernah keluar makan pula.
" Macam mana Hakim tu boleh ajak kau makan eh?. Muka kau tu bukannya cantik mana." Dia mengangkat kakinya dan letak di atas sofa. Aku menoleh daripada memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Tak cantik?.
" Goblok, kamu udah berapa lama ngak makan kaki gue?. Dasar ngak ada akhhhlakkk. " Aku ketuk kepalanya geram. Dia jujur sangat weyh. Kan dah keluar sleng indo aku. Dia tergelak mendengar aku kata begitu. Kau tahu bunyi puntianak jantan mengilai?, hah macam mangkuk ni lah. Dia punya mengilai, kalah aku tau. Bingit.
" Hazim, apa yang suka suka sangat tu. Tak elok gelak macam tu malam malam ni. " Mak menjerit daripada biliknya. Mak sedang mengaji mungkin. Bila dengar dia ketawa, tergangguk bacaannya untuk terus fokus. Hazim menutup mulutnya.
" Kau tahu tak, Raudah tu dah mengandung. Mak jumpa makcik Yani tadi, beriya dia cerita pasal anak dia. Cucu kembar lah, anak lelaki lah, alien lah." Hazim tergelak kecil. Mana datang alien nih?. Aku memandangnya sambil menjongketkan bibir atas aku ketepi. tak pernah tak merapu lelaki ni.
" Dia dapat anak kembar?." Aku terkejut juga dengar dia dapat anak kembar?. Bertuahlah dia. Hazim menggeleng.
" Mana lah aku tahu. Raudah tu baru beberapa minggu mengandung, takkan dah tahu sorang ke kembar?." Aku memandang dia pelik.
" Apa bijaknya kau ni, doktor tahulah nak buat apa, kalau dia dengar dua degupan, mestilah tu anak kembar. Tu lah, lain kali belajar, jangan cakap ikut mulut." Dia memandang aku sambil menjeling.
" Kau dengan Raudah macam mana?. Kau ada jumpa dia dekat bandar?." Aku menggeleng. Sepanjang aku bekerja dekat bandar, aku tak pernah nampak dia. Yelah kan, K* tu besar, takkan aku boleh jumpa dia hari hari dekat sana?.
" Tak. Kau ingat bandar tu kecil ke sampai aku boleh jumpa dia?. " Mana mungkin aku boleh jumpa dia dekat sana. Kalau boleh pun, aku tak nak, jatuh semangat aku nak hidup nanti kalau aku dengar dia kutuk aku.
" Dulu aku ingat lagi tak, Arwah Imran suka datang rumah nak jumpa kau. Siap mengaku pakwe kau lagi." Hazim memandang aku lama. Aku tersenyum lantas menunduk. Imran.... nama yang selalu aku rindukan. Sahabat lama aku... aku minta maaf Imran, salah aku punca kau mati. Kau rasa semua sensara yang sepatutnya aku terima.
" Aku harap sangat aku dapat minta maaf dekat dia. " Senyuman masih aku kuntum walaupun hati aku dah menangis. Aku rindu kau Imran... . Walaupun dia tak sempurna fizikal, tapi dia faham apa yang aku rasa. Dia selalu teman aku pergi mengaji, pergi sekolah. Aku tersengih bila teringatkan dia teman aku dengan kaki ayam dia, teruja dia dapat selipar daripada aku.
" Takde pape lah. Dia tenang dekat sana. Aku pasti, dia tak salahkan kau pun." Hazim memeluk tengkuk aku. Tangannya naik mengusap atas kepala aku.
" Hah, kan bagus sayang menyayang macam ni, kalau setiap hari nak gaduh, tak elok juga." Mak duduk di sofa bersebelahan dengan sofa yang aku dan Hazim duduk. Aku tergelak kecil sebelum perut Hazim aku cubit lembut. Dia menahan tangan aku.
" Aina keluar dengan Hakim tadi, maksudnya Aina dah terima Hakim lah kan?." Aku memandang mak pelik.
" Apa maksud mak?." Mak memandang Hazim. Hazim memandang aku pelik.
" Kahwin dengan dia lah?. Bukan Hakim dengan kau plan nak kahwin?." Lagi terkejut aku dibuatnya. Lengan Hazim di tengkuk, aku alihkan. Hazim aku pandang.
" Plan nak kahwin?. Bila masa pulak aku dengan dia rancang nak kahwin?. Dia tak cakap apa apa lah. Kiteorang... keluar... makan je..." Aku sebut satu satu supaya mereka faham. Aku pun pelik dengan mereka ni. Hazim memandang mak.
" Lah yeke, aku ingatkan kau keluar dengan dia tadi sebab bincang pasal kahwin." Dia tergelak kecil. Bahunya aku tampar. Mengarut je. Aku tersenyum lebar.
" Kalau dia hantar rombongan meminang pun, apa salahnya." Aku jawab selamba. Mak dengan Hazim berpandangan satu sama lain.
" Aina tak kisah ke?." Mak memandang aku sinis. Aku menjongketkan bahu aku. Encik Hakim tu baik apa?. Kalau dia berminat dengan aku, aku terima je. Itu pun kalau dia berminat lah. Kalau dia pun suka aku, aku balas cinta dia. HAHAHAHA kuatnya aku berangan !!!.
" Bukan ke kelmarin Datin datang meminang, Aina tolak?." Aku terdiam.
" Itu waktu Aina tak kenal dia. Sekarang Aina... ." Aku terdiam. Aku suka dia. Aah, aku suka encik Hakim. Aku sendiri tak perasan bila aku mula suka dia. Memanglah orang cakap kalau kita baru dilukai, kita tak mudah menerima orang baru dalam hati, tapi aku tak. Aku bukan jenis tengok semua lelaki sama. Aku rasa tertarik dengan dia, dia lain sangat.
" Kau suka dia eh?." Mak dan Hazim memandang aku. Aku tersengih suka.
" Kalau Aina suka encik Hakim pun, tak salah kan?." Aku tersengih malu. Hazim memandang mak tak percaya.
" Mak, anak mak sekarang dah pandai ada crush !!. " Aku tergelak suka. Wajah aku sorok disebalik badan Hazim. Malunya. Mak menggeleng sambil tersenyum. Gediknya aku.
" Baguslah tu, nanti mak cakap aja dekat Datin Nawarah tu masuk meminang lagi sekali. Tak adalah Hakim tu melepas dekat tangan orang lain." Aku memandang mak sambil menggeleng.
" Eh jangan, malulah kalau encik Hakim tu tahu Aina minat dia. Dah lah setiap pagi Aina jumpa dia." Yelah yelah aku jujur, aku dah minat encik Hakim tu, aku dah TERsuka dia. Nak buat macam mana?. Hazim mengetuk kepala aku.
" Nanti kau yang melepas. Lepas tu frustrated tak tentu pasal." Aku memandang Hazim tak percaya. Hallah mak ai, sleng Inggeris kau, kalah aku. Aku tersenyum.
" Kalau sudah jodoh tak kemana, ke pelaminan jua." Hazim membuat riaksi loya. Mak memandang aku sambil tergelak. Kenapa, betul apa aku cakap. Lagipun, aku ni jenis tak suka luah perasaan dekat crush aku. Sebab tu lah dulu Naim aku melepas dekat Raudah. Naim aku..... dah lah hensem. Apalah cerita dia sekarang nih.
" Mak, Hazim cakap Raudah dah mengandung?. Betul ke?." Aku membetulkan kedudukan aku di atas sofa. Kalau fakta keluar daripada mulut Hazim, memang nawok belaka.
" Hah, betul lah tu. Makcik Yani beritahu semalam masa mak pergi pasar nampak dia. " Aku mengangguk faham. Jadi betul lah?. Wah, tak sabar aku nak tunggu anak dia nanti.
" Mu ingak aku nok nipu sangak?." Aku memandangnya meluat. Acah je lebih. Aku tahu lah. cuma nak pastikan betul ke tak apa yang kau cakap tadi.
" Bukan main teruja lagi makcik Yani tu, seronok dah nak timang cucu." Mak tersenyum nipi. Aku dan Hazim hanya mendiamkan diri. Aku memandang Hazim.
" Insya Allah. Satu hari nanti, adalah rezeki mak nak timang cucu." Aku tersenyum ke arahnya. Kesian mak aku.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...