AMIRUL HAKIM
Aku meraup wajah kasar. Sekejap aku duduk, sekejap aku bangun dan aku lantas menendang kasar meja melepaskan geram aku yang tak terkata rasanya. Aku mencekak pinggang. Hakimi, Aqil dan Muizzin diam tak terkata. Mereka juga terkejut.
"Kau tenang okay, jangan marah marah macam ni. Benda takkan settle kalau kau terajang meja tu." Aqil bangun dan mendekati aku. Turun naik nafas aku menahan kemarahan. Rambut yang sudah jatuh ke dahi aku biarkan. Aku serabut !!.
"Macam mana sampai masuk ke berita ni?. Dah lah tajuk dia menyakitkan hati lepas tu main cakap je." Muizzin meletakkan telefonnya di atas meja. Aku memandang telefonnya. Ya, macam mana boleh sampai ke berita?. Penting sangat ke sampai kau nak masukkan dalam berita?.
"Dah, kau duduklah. Sekarang ni, kau cakap dengan kitaorang. Apa yang jadi sebenarnya?." Aqil menarik lengan aku duduk di sofa. Aku memejamkan mata menenangkan fikiran aku daripada memikirkan hal ini.
" Perempuan tu datang rumah mak aku, mengaku aku dah rogol dia. Dia siap jumpa doktor lagi tunjukkan surat DNA lah bagai. Apa dia nak daripada aku pun aku tak tahu." Aku mengalihkan pandangan aku. Nasiblah dia tu perempuan, kalau tak, dah lama aku cincang dia sampai lumat. Mereka semua ternganga mendengar cerita sebelum memandang aku pula.
" Kau.. betul betul ke rogol dia?." Hakimi memandang aku dengan pandangan takut takutnya. Aku tersengih sambil menggeleng.
" Aku ni tak sebodoh tu lah. Aku tak kenal dia langsung, macam mana aku boleh rogol dia?." Sumpah, aku tak pernah nampak perempuan tu dan aku tak pernah bercakap dengan dia selama ni.
" Aina tahu tak?." Aku terdiam memandang Hakimi. Aku menggeleng.
" Aku tak sure. Kalau boleh, aku taknak dia tahu. Aku taknak dia fikir bukan bukan nanti." Takut aku nak beritahu dia. Aku baru nak sayang dia. Kalau dia benci aku sebab benda ni, ada peluang lagi ke dia nak maafkan aku?. Aku taknak hilang dia.
" Siapa nama perempuan tu?." Aqil membuka mulutnya. Aku mengeluh seketika. Sakit pula hati aku nak menyebut nama dia.
" Nadine." Aku kata bersahaja, malas nak tunjuk riaksi. Mereka semua sudah ternganga memandang satu sama lain.
" NADINE?!." Aku memandang mereka pelik. Kenapa, salah ke nama dia Nadine?.
" Kenapa, korang kenal ke dia tu?." Aku memandang setiap daripada mereka. Tak mungkin lah. Aku pun tak kenal dia, macam mana diorang boleh kenal.
" Nadine, perempuan yang pernah try kau?. Dekat sekolah menengah dulu siap bagi surat bagai. Kau kan 'comel' dulu." Muizzin memandang aku dengan pandangan terkejutnya. Amboi, mentang mentang aku gemok dulu, sedap je hina aku berselindungkan perkataan comel. Aku tergelak sambil menggeleng.
" Bukan dia. Dia tu aku kenal sangat. Sekarang ni, bukan Nadine tu, tapi Nadine sampah masyarakat." Aku menumbuk kasar sofa yang sedang aku duduk. Mak ai, geramnya aku tengok muka drama dia hari tu. Nak je aku lempang dia cukup cukup. Sakit pulak hati aku. Mereka mengangguk sambil ternganga, lega sangkaan mereka salah.
" Kau nak buat apa sekarang ni?." Aqil memandang aku. Aku hanya menggeleng. Aku tak tahu. Aku serabut sekarang ni. Macam mana kalau orang lain pandang hina dekat aku sedangkan aku tak buat semua tu?. Aku mengeluh berat. Ya Allah, berikan aku kekuatan....
**********
AINA ADRIANA
Aku terdiam. Kelu tak terkata. Sofea di tangan, aku peluk erat. Aku tak tahu nak cakap apa. Kenapa?. Kenapa hati aku sakit sangat bila tengok benda ni?.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...