BAB 21 👹

4.8K 213 1
                                    

AINA ADRIANA

Aku memandang wajah encik Hakim. Sengihan di bibirnya hilang. Dirinya bagaikan.... hilang daripada radar. Encik Hakim mencengkam kolar baju Haziq lantas satu tumbukkan hinggap di pipinya. Haziq cuba serang dia tapi lantas encik Hakim menahan tangannya dan perut Haziq menjadi sasarannya. Kepala Haziq ditendangnya membuatkan Haziq terjatuh. Dia menyepak beberapa kali tubuh Haziq. Aku memandang ke arah lain. Aku tak berani melihat Haziq dipukul seperti itu.

Aku dengar bunyi siren polis. Tiga orang lelaki di sisi aku seperti terkejut lantas menuju ke arah encik Hakim.

" Kim, dah dah. Polis dah datang. Nanti dia nampak kau pukul dia, mati kita." Seorang lelaki yang rambutnya 'karat' memeluk belakang tubuh encik Hakim. Aku memandang dia tidak percaya. Aku tak tahu nak gelak ke nak apa, sebab mereka macam budak kecil merayu meminta encik Hakim berhenti. 

Beberapa pihak polis menuju ke arah mereka. Aku memandang Haziq yang sudah meringkuk ringuk menahan kesakitan. Seorang polis datang menggari tangan Haziq.

" Encik ditahan kerana cubaan membunuh, menculik dan menyimpan senjata api." Polis tadi mengangkat tubuh Haziq dan membawa keluar. Mereka berbual dengan ihak polis yang lain sementara encik Hakim terus mendekati aku.

" Kau okay?." Dia memegang tepi lengan aku. Aku mengangguk kecil. Dia memandang darah yang sudah memenuhi sebelah bahunya. Air mata aku tak henti henti mengalir daripada tadi. Bersyukur sebab aku diselamatkan atau.... melihat Haziq seperti itu. 

" Diorang tak bawa ambulans. Aku bawa kau pergi Hospital eh?." Dia membetulkan baju aku yang sedikit terdedah pada bahagian bahu. Dia merangkul tubuh aku apabila tiada jawapan daripada aku dan cuba berhati hati untuk tidak menyentuh bahu aku. Aku merangkul tengkuknya dan kepala aku letak di bahunya. Tersedu sedu aku dibuatnya.

**********

 Mak tak henti henti menangis memeluk tubuh aku apabila dia jumpa aku malam tadi. Terlalu banyak nasib malang yang menimpa aku sejak sejak ni. Ada sesiapa ke yang mahukan aku yang selalu bernasib malang ni?. Selepas aku diletakkan semula di wad, Hanis janji mahu menjaga aku malam tadi. Takut aku ditimpa benda yang sama.

" Aku minta maaf Aina, salah aku kau jadi macam ni. Kalau aku datang jaga kau malam tadi, mesti semua tak jadi macam ni. " Hanis memegang tangan aku apabila emosi aku kembali stabil. Aku tersengih memandangnya. 

" Takpelah. Aku okay je ni. Kau jangan risau ya?." Aku memegang tangannya. Air matanya aku usap. Aku sayang pada Hanis. Biarlah aku seorang saja yang menangis. Bukan orang yang aku sayang. Encik Hakim masuk ke dalam wad aku. Selepas luka aku dibersihkan tadi, dia dan kawan kawannya terus hilang entah kemana.

" Kau berbuallah dengan dia, aku tunggu dekat luar." Aku mengangguk. Dia sempat beri aku senyuman sebelum melangkah keluar. Encik Hakim datang ke arah aku. Kerusi dia tarik dan duduk  sisi aku. 

" Encik pergi mana tadi?." Aku menyoalnya. Dia tersenyum nipis. Sejambak bunga dia letak di atas meja aku. Aku memandang bunga tadi.

" Kenapa?. Kau rindu aku?." Aku memandangnya dengan pandangan bosan aku. Dia tersengih sinis.

" Kenapa encik bagi saya bunga?. Encik nak lamar saya ke?." Kini dia pula memandang aku meluat. Saja bergurau dengan dia.

" Kalau kau nak tahu, bagi bunga dekat orang sakit boleh meningkatkan perasaan ceria, menstabilkan hormon, menstabilkan emosi dan yang paling penting bunga boleh mewarnai hidup kau macam warna warna bunga ni." Aku tergelak kecil mendengar penjelasan daripadanya. Dia berkata macam doktor pakar psikologi pula.

" Jadi itu jelah niat encik bagi saya bunga?." Aku mengambil bunga tadi. Cantik. Dia tersenyum.

" Kau anggap jela apa apa yang kau anggapkan. Asalkan kau cepat sembuh." Huish, macam drama. Dia tiba tiba nampak romantik ni kenapa?.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now