BAB 36 👹

4.3K 194 1
                                        


AMIRUL HAKIM

 Aku tekan butang bulat, X dan segi tiga sambil sebelah lagi tangan aku mengawal karakter menghentam musuh aku dalam satu masa sebelum.... 

' P1 WIN'

Aku tersengih sinis menyambut kemenangan aku sebelum aku mendepakan tangan aku. Aina memandang aku dengan perasaan tak puas hatinya. Aku mengangkat sebelah kening aku memandang dia kerek. 

" Alahhh... saya asyik kalah je, mana boleh kalau macam tu.... " Aina mencampak console PS4 aku ke tepi. Dia memuncung, berang kerana masuk pusingan ini, sudah 5 kali dia kalah dengan aku. Well, aku gamer kot, agak agaklah kalau kalah dengan dia yang baru nak berjinak dalam dunia Playstation ni. Aqil yang wira gamer pun, tak pernah menang dengan aku. Reality, tak boleh disangkal lagi. 

Minat aku terhadap Playstation sejak aku remaja lagi. Aku ada semua jenis PS daripada PS, PS Classic sampailah PS4 pro. Tersusun di dalam almari di bilik aku. Nak bagi orang sentuh, langkah mayat aku dulu lah. 'Mereka' semua ibarat nyawa dan raga aku. Aku jaga mereka semua dengan segala kasih sayang yang aku ada. Sekarang ni, aku excited yang amat menunggu keluaran PS5 yang bakal dikeluarkan tahun ini. Memang aku orang pertama yang akan beli di antara kawan kawan aku. Tak sabarnya....

" Kau kena terima hakikat yang kau memang ditakdirkan kalah. " Aku yang duduk di karpet menyandarkan tubuh aku pada kaki sofa. Dia menjeling aku sebelum dia capai semula console tadi dengan muka tak puas hatinya. Selepas solat Isyak berjemaah tadi, aku terus ajak dia main game dengan aku, yelah duduk rumah bertiga, apa je yang boleh buat?. Dia pada mulanya tak mahu main bersama, alasan, tak pandai main. Normal lah, habis tu aku, lahir lahir dah pandai main ke?. Dan akhirnya....

" Okay fine, jom lagi sekali !!." Dia bersemangat memandang aku. Aku mengangkat sebelah kening aku sambil memandang ke arahnya dengan pandangan mencabar aku. Jom kita tengok lagi sekali, siapa yang bakal menangis.

Dia pilih dulu avatarnya sebelum aku perlahan lahan mencari avatar aku pula. Nak cari karakter ni, bukan tengok muka tau, tengok kelebihan dan kelemahannya dulu. Mata aku tajam memerhati setiap daripadanya seperti memerhatikan musuh. Aina disebelah tergelak kecil memandang aku. Aku tersengih sinis sebelum menekan butang select. Tergelaklah dulu sebab nanti gelakkan kau akan bertukar tak puas hati. 

Bermulalah perlawanan sengit antara aku dan Aina, di dalam 3 pusingan, aku serang awal awal dan sebanyak yang boleh supaya dia tak ada ruang dan masa untuk serang aku balik dan tengan butang X apabila kuasa kau penuh, sebelum BOOM !!. Aku menang pusingan pertama. Aina memandang aku tak percaya. Aku buat cara yang sama untuk kedua dua pusingan. Lagi sekali Aina berang.

"Awak memang tak sayang saya kan?. Bagilah saya bernafas dulu, ni terus serang, macam mana saya nak serang balik. " Jelas di wajahnya nampak pasrah, alahai, permainan je bukan aku serang dia betul betul pun. Aku tergelak kecil. Kan aku kata.

**********

Aku menuju ke arah lif dengan senyuman lebar. Semua yang aku jumpa, semua aku sapa. Mereka juga membalas dengan senyuman. Nak tahu sebab apa aku happy?.

" Abang..... ." Meleret saja suara Aina memanggil aku yang sedang tertidur. Aku perlahan lahan membuka mata memandangnya sebelum mata aku terbeliak besar memandangnya yang sudah tersengih manis di hadapan wajah aku. 

" Abang.... bangunlah. Kerja di pejabat sudah memanggil... ." Dia cuit hidung aku. Aku terdiam. Dia ni, nak kejut aku pergi kerja ke, nak goda aku ni?. Aku menolak bahunya terkejut lantas berdiri turun daripada katil apabila aku bagaikan baru tersedar daripada memandang anak matanya. Huishh.. . Dia sudah tergelak kecil menepuk nepuk bantal. Aku mengekak pinggang memandang Aina yang tergelak suka.

" Takde cara lain ke awak nak kejut saya?." Aku menuju ke arah ruang almari sebelum tuala baru aku keluarkan. Dengan jantung yang masih berdebar, aku masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri. 

Selepas menunaikan tanggungjawab aku sebagai hambaNYA, aku terus menuju ke arah ruang dapur untuk minum sesuatu yang boleh segarkan tekak aku dipagi hari ini. Jam di pergelangan tangan, aku pandang. 7.12 pagi. Tak awal, tak lambat. Tepat tepat waktu untuk aku pergi kerja. 

" Nak breakfast?." Aina tersenyum manis ke arah aku. Aku menggeleng. Nanti aku mengantuk. Dia memuncung merubah riak wajahnya kepada riaksi marah sebelum menuju ke arah aku.

" Penat tau tite buat sarapan untuk awak. Awak taknak makan pun.  Hm." Dia mencebikkan bibirnya memandang aku simpati. Aku memandangnya pelik. Dia tak demam kan?. Kenapa manja tiba tiba ni?. Aku memandang ke arah meja sebelum aku tersenyum ke arahnya. 

Dia tersengih gembira dan menarik lengan aku untuk duduk dihadapannya. Dia mencapai pinggan yang dia letak roti bakar dan menolak ke arah aku. 

" Ni, roti paling tersedap di dunia. Hebat tau roti ni, kalau awak makan, awak akan jadi hensem sampai bila bila." Dia tersengih. Aku hanya mengangguk saja, setuju dengan kata katanya. Biarlah dia.

Dari dapur sampailah depan pintu dia pandang aku dengan senyumannya. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni, kenapa kenapa?.

" Drive elok elok, jangan melebihi 90 Kilometer sejam. Bahaya." Dia mencapai tangan aku dan kencup lembut. 90 kilometer sejam?. Gila apa?. 110 kilometer sejam baru betul untuk aku bawa kereta. Bukan aku, tapi para lelaki. 90, dia lah yang bawa agaknya. Aku mengangguk saja sebelum dia datang ke arah aku dan kuncupan dipipi dia beri. Aku terdiam sebelum aku tersenyum janggal. Jangan gelabah Hakim, sabar....

Daripada dalam kereta sampai lah di hadapan pintu bilik aku senyum. Asal rasa macam ada taman bunga dekat dalam hati aku ni?. Berbunga bunga je. Alahai hati aku ni, lembut sangat. Lah kau, isteri je pun, tak salah pun kalau dia layan kau macam tu. Yelah yelah otak, aku setuju dengan apa yang kau cakap. Tak salah pun hati aku rasa bahagia. Senyuman aku ukir hingga ke telinga. Naik merah wajah aku memikirkan wajah Aina. Aduh Hakim, parah kau. 

" Macam mana encik, cuti seminggu. Happy?." Cik Risya datang menegur aku yang sudah kalut memegang tombol pintu. Aku menggeleng sedikit kepala sebelum memandangnya dengan senyuman yang biasa aku beri padanya.  Aku tersengih sebelum mengangguk.

" Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar." Dia tergelak mendengar jawapan aku sambil mengangguk. Wajahnya berubah bersalah. Aku mahu menolak pintu bilik aku tapi dia terlebih dahulu memanggil nama aku. Lantas aku menolehnya.

" Sya tak tahu saya patut beritahu encik atau tak, tapi... ." Aku tersenyum memandangnya.

" Saya tak marah pun kalau awak nak minta naik gaji. Saya... ." 

" Bukan tu maksud saya. " Dia menggaru kepalanya. Aku mengerutkan kening aku, habis tu, apa?.

" Saya tak beritahu sesiapa tentang hal ni, Tuan Faizal pun saya tak beritahu. Semalam, ada orang datang nak jumpa encik. Perempuan. Dia mengaku bekas kekasih encik. Dia nak jumpa encik tapi saya cakap encik cuti." Terdiam aku dibuatnya. Cik Risya masih memandang aku dengan pandangan bersalahnya.

" Cik Suraya ke?." Riak wajah aku berubah serius. Hanya Suraya saja perempuan yang aku kenal. Tapi tak mungkin dia datang sini jumpa aku. Dia mungkin jumpa aku dekat rumah kalau hal hal privasi. Dia menggeleng.

" Bukan. Saya pasti tu bukan cik Suraya. Dia tak beritahu nama dia tapi orang dia tinggi tinggi, seksi sikit. " Terbeliak aku memandang Cik Risya. Seksi?. Siapa?. Aku mana kenal dengan sesiapa yang dia cakap.. seksi?. 

" Ya encik, semalam semua pekerja lelaki pandang dia atas bawah je. Sebaik saya perempuan. " Aku mengeluh berat lantas memandang dia.

" Takpe, nanti kalau dia datang lagi, awak beritahu saya." Dia mengangguk dan aku lantas menolak pintu bilik aku sebelumaku duduk di atas kerusi aku. Aku mengerutkan kepala aku. Tinggi tinggi?. Bekas kekasih aku?. Selain Suraya, aku tak pernah bercinta dengan sesiapa dan sekarang ni... ada lagi sorang yang dikatakan ex girlfriend aku yang entah datang daripada ceruk mana aku pun tak tahu. 

MR. SAVIORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang