BAB 8 👹

7.3K 277 4
                                    

AINA ADRIANA

" Mak, kenapa Datin tu tawarkan Aina kerja?. Dia kenal mak ke?." Aku membantu mak melipat kain baju yang aku angkat petang tadi. Ini sajalah kerja mak kalau malam malam. 

Aku yang tak buat apa apa kerja, cuba membantu mak memandangkan aku saja anak dara yang mak ada.

" Datin Nawarah kau tu, dia dulu tinggal dekat kampung ni sebelum dia kahwin dengan suami dia. Mak ni pun bolehlah kiranya rapat dengan dia. Lepas dia dah kaya, banyak dia bantu mak ni, termasuklah... ." Mak tersengih memandang aku. Aku pelik melihat mak memandang aku macam tu.

" Termasuk apa?." Aku semakin ragu ragu.

" Termasuklah bayaran untuk Aina sambung belajar dekat UK sana tu." Terus terdiam terkaku kejung aku dibuatnya. Dia... yang tolong aku selama nih?.

" Mak !!!." Terlepas baju di tangan aku dibuatnya. Patutlah dulu mak beriya halau aku suruh sambung belajar, bantuan daripada kawan dia rupanya. Malunya aku.... .

" Kenapa mak tak cakap dengan Aina dulu?." Mak menggeleng.

" Kalau mak bagitahu Aina, Aina nak ke terima?." Mak menyambung melipat baju selamba tanpa menghiraukan apa yang aku rasa. MALU TAK TERKATA !!!.

" Lepas tu, Aina nak bayar semua tu macam mana?. Banyak mak." Aku menekup dahi aku dengan tangan aku.

" Ish Aina nih, kan dia cakap dia tolong. Maksudnya tak perlu bayar." Aku mengeluh berat. Mak berhenti daripada terus melipat baju selepas mendengar keluhan aku. Aku bukan apa, aku tidak mahu susahkan sesiapa walaupun dia orang kaya sekalipun.

" Mak buat semua tu pun sebab memang mak nak Aina belajar dekat sana. Tapi kalau Aina tak hargai apa yang mak buat... takpelah." Aku lemah sungguh kalau mak kata begitu.

" Ish mak nih, ke situ pulak difikirnya. Aina menghargai sangat apa yang mak buatkan untuk Aina. Terima kasih ye mak." Aku peluk bahu mak.

 Mak tersenyum riang mendengar apa yang aku kata begitu. Berkeluh tentang itu pun, semuanya sudah pun terjadi. Aku sudah selamat menamatkan pelajaran aku. Aku sambung semula melipat kain baju.

" Assalamualaikum !!." Pintu ditolak daripada luar. Hazim masuk dengan bergayanya?. Aku memandangnya bosan. Dia dengan spek mata hitam dia, berjalan menuju ke arah aku sebelum getah rambut aku dia cabut.

" Hazim, bagi balik getah rambut aku bodoh." Dia berlari menuju ke arah sofa. Aku mendapatkannya sebelum aku bertubi tubi menampar bahunya. 

" Woi, sakitlah." Dia terkekek kekek gelak. Aku lantas mengigit lengannya sebelum dia melepaskan getah rambut aku.

" ARGHH." Dia mengadu sakit. Padan muka kau. Kacau aku lagi, kan dah kena gigit. Memang aku nak gigit kau pun.

" Aina,sudah sudahlah tu. Hazim, aku hantar kau masuk reban ayam dekat belakang tu nanti!!." Mak menjerit apabila melihat aku dengan abang bergaduh seperti budak kecil. Dia tak pernah nampak aku bahagia. 

Dah lah patung Barbie doll aku dulu habis dia bogelkan, habis rambut dia botakkan. Arnab aku dia simbah air sejuk, kesian arnab aku mati kejung macam tu. Tak aman kau Hazim !!.

" Ni, sejak bila Hazim potong rambut?." Mak menegur rambut Hazim yang sudah di potong kemas, bercerun kau. Misai dan janggutnya juga dinipiskan. Barulah nampak kemas sikit, kalau tidak dah macam Ramli Sarip aku tengok kau.

Hazim duduk di sebelah aku membantu melipat baju. Dia tersengih.

" Petang tadi. Lepas Hazim pergi mandi sungai tapi sebelum  Hazim kacau minah. Eh, lepas.. ." 

" Kau kacau Minah?, nasib baik kau hidup lagi. Fikirkan dah mati kena sondol tadi." Aku menjongketkan bibir atas aku ke tepi. Dia umur dah cecah 30 tahun, tapi perangai sebijik macam monyet. Minah tu lembu kesayangan pakcik Edon. Suka benar dia kacau minah tu. 

" Aina, apa cakap macam tu dekat abang. Tak baik. Kalau abang kau mati betul betul nanti?." Kalau mak sudah mula memanggil kami dengan panggilan kau, maksudnya dia serius lah tu. Aku hanya mendiamkan diri sambil mata aku menjeling Hazim. Dia mencuit tepi pinggang aku.

" Oh kau beruk !!." Termelatah aku dibuatnya. Hazim tergelak sampaikan terbaring dia dibuatnya. Aku mencubitnya kuat.

" Kau ni kan, memang tau !!." Aku duduk di atas pinggangnya sambil menumbuk numbuk bahunya. Mak mengeluh berat.

" Aku kurung jugak korang berdua ni dekat dalam reban ayam tu betul betul nanti!!." Suara mak melantang ditengah tengah malam.

**********

Aku berjalan menuju ke rumah encik Hakim kerana dia menelefon aku pagi tadi bagi mengemaskan rumah kerana dia keluar. Aku punya gembira sampai baju pun aku pakai terbalik tadi, yelah kan, kerja buat pertama kali di rumahnya. 

Aku guna lorong yang sedikit jauh daripada deretan kedai makan kerana di sini terlindung daripada sinaran matahari. 

Langkah aku terhenti apabila susuk tubuhnya berada di hadapan aku. Dia sedang menyandar di tepi dinding sambil menghisap rokok. Matanya memandang aku. 

Puntung rokok dicampak di tepi longkang sambil langkahnya menuju ke arah aku.

" Dah lama tak berjumpa kan, Aina?." Haziq tersengih sebelum berlari ke arah aku. Aku melarikan diri daripada ditangkapnya.

" TOLONG !!." Aku menjerit sekuat hati aku. Perasaan aku sekarang ini hanya Allah saja yang tahu. Aku mula ketakutan. Dia berlari lebih pantas daripada aku dan mencapai lengan aku membuatkan aku terdorong ke arahnya.

" Kau nak pergi mana hah ?." Dia tergelak kecil di tepi telinga aku. Aku mula menangis. Aku takut.

" Tol.. ." Dia menekup mulut aku kasar." Aku menyiku perutnya dan cuba melarikan diri tetapi gagal apabila dia menampar kuat pipi aku. Aku terjatuh ke atas tanah.

" Kali ni kau tak boleh lari daripada aku. " Dia menyepak muka aku beberapa kali membuatkan bibir dan hidung aku berdarah. Kini giliran perut aku pula dia pijak bertubi tubi. Aku hanya mampu menangis menerima kesakitan.

" WOI !!." Pergerakannya terhenti. Tiga orang lelaki berlari mendapatkan aku. Haziq lantas meninggalkan aku yang sudah tidak mampu bersuara akibat senak di perut aku.

 Darah tidak henti henti keluar daripada hidung dan tepi bibir aku. Apa yang aku rasa sekarang ini hanyalah kesakitan. Hanya air mata yang mengalir tetapi tiada suara esakkan daripada mulut aku.

****

AMIRUL HAKIM

Aku berlari anak mengikuti Muizzin, Aqil dan Hakim sedang berlari menuju ke arah seorang yang aku tidak pasti sama ada lelaki ataupun perempuan yang sedang terbaring di atas tanah. 

Aku dan lain baru mahu pulang tetapi, selepas mendengar suara seseorang meminta tolong, terus mereka berlari mendapatkan suara tadi.

Aku menolak sedikit tubuh Hakimi untuk melihat wajahnya. Mata aku terbeliak apabila perempuan itu adalah perempuan yang sepatutnya mengemas rumah aku hari ini.

 Aku lantas melutut ditepinya. Kepalanya aku angkat dan aku letak di atas peha aku. 

Aku terus mendukung tubuhnya ke dalam kereta aku dan membawa dia ke hospital terdekat. Risau juga aku melihat dia begini. Aqil menemani aku manakala Hakimi dan Muizzin menuju ke balai polis untuk membuat laporan.

 Aqil tak henti henti menarik tisu, membantu menekap hidung dan bibir perempuan tadi daripada terus berdarah. 

Kereta aku memasuki ke dalam kawasan Hospital. Siapa lah manusia yang sanggup buat perempuan macam ni?. Tak aman hidup kau.


MR. SAVIORWhere stories live. Discover now