BAB 64👹

3.9K 143 1
                                    


MUIZZIN 

" Yeahhh, dah sampai." Aku mengendong tubuh kurus Indira memasuki bilik hotel yang aku sempat tempah untuk perkahwinan kami. Selepas selesai majlis perkahwinan di pihak aku, aku apa lagi, bawa dia terus menuju ke hotel. 

Tubuhnya aku letak di atas katil. Dia terduduk di hujung katil. Gaun putihnya dilebarkan. Aku mengeluh kepenatan sebelum aku duduk disebelahnya. Tie yang menyesakkan saluran penafasan aku tanggalkan. Semak. Dia tersengih kecil sebelum berbaring di atas katil. Kakinya dibiarkan saja melebihi katil. Aku tersengih memandang dia sebelum aku juga turut berbaring disebelahnya. 

Kami sama sama mengeluh kepenatan memandang ke arah siling selepas seminggu lebih sibuk menguruskan majlis pernikahan dan persandingan kami. Lagi penat bila majlis persandingan di pihaknya, nak yang 'mewah' je.

" Tak sangka kita dah kahwin. Bodoh bodoh kita dulu, akhirnya disatukan juga." Dia memejamkan mata. Aku menolehkan kepala memandang dia sebelum aku tergelak kecil. Ye tak ye juga, gila gila aku dengan dia dulu, tak pernah terfikir untuk pergi ke hubungan yang lebih serius. Selepas Hakim, Hakimi, kini giliran aku pula mendirikan rumah tangga. Tak sangka, masa semakin lama semakin memamah usia kami. Sudah genap 31 tahun usia kami berempat untuk tahun ini. Umur dah 'tua', tapi akal tetap seperti waktu kami remaja dulu. Kami masih menunggu Aqil pula. Membujang lama lama, nak pergi mana mamat tuh?.

" Aku tak pernah bercinta, aku tak pernah ada sesiapa dekat dalam hati aku kecuali adik lelaki dan ayah aku. Kau satu satunya lelaki yang berani ketuk hati aku." Dia menoleh ke arah wajah aku yang masih merenungnya. Tangannya bawa ke atas rambut yang aku sudah hitamkan. Dia tersengih kecil sebelum mendekati aku. Bibirnya ditautkan dengan bibir aku membuatkan jantung aku berdetak laju. Matanya dipejam rapat sebelum melepaskan bibirnya. Aku merenung ke dalam anak matanya yang sedikit coklat.

I will love you until I die." Aku terdiam. Walaupun aku bodoh dalam bahasa inggeris, tapi aku faham maksudnya yang satu itu. Dia menggigit bibir bawahnya memandang ke arah bibir aku sebelum dia memandang ke arah mata aku.

" Aku akan sayangkan kau sampai aku mati. Aku akan cuba jaga hubungan kita ni semampu aku." Tangannya bermain dengan pipi aku. Jantung yang berdegup kencang aku biarkan. Aku tak pernah rasa semua perasaan ni. Aku rasa ini pertama kali kerana sewaktu aku dengan Najwa dulu, aku cuma tahu yang aku sayangkan dia saja. 

" Biar aku sayang kau. Bagi semua yang aku ada. Aku.. ." Aku terus menguncup bibirnya, menghentikan segala percakapannya sebelum aku perlahan lahan menolak tubuhnya ke atas katil. Tubuh aku naik ke atas tubuhnya, menampung tubuh aku menggunakan telapak tangan. Dia terdiam memandang mata aku.

" Kau buat aku gila lah Indira." Aku melututkan kedua belah lutut aku ditepi pinggangnya sebelum satu persatu butang baju kemeja aku tanggalkan. Kemeja yang tersarung di atas tubuh aku tanggalkan kasar, menayangkan depan tubuh yang aku tak pernah tunjuk pada mana mana perempuan. Adalah sikit abs tu walaupun tak jelas sangat. 

I'll punish you for seducing me." Dia tergelak kecil sebelum menarik tengkuk aku mendekatkan wajahnya dengan wajah aku. Dia tersengih nakal dengan bibirnya yang sentiasa buat aku tak tentu arah. 

" I like it."...................

**********

HAKIMI 

"Abang!!." Aku berlari ke arah Hanis terkalut kalut mendapatkannya. Belum sempat aku nak pulas menghidupkan api dapur gas, Hanis menjerit memanggil aku. Siapa yang tak kalut?.

" Ye sayang?. Kenapa kenapa?." Aku mencampakkan senduk tadi sebelum berdiri di hadapan Hanis yang sedang duduk di atas sofa, memegang perutnya yang sudah membesar. 

" Cepat sini, baby gerak. Cepat cepat." Dia memanggil manggil aku supaya duduk disebelahnya. Tersengih aku sebelum terkedek kedek berlari duduk disebelahnya. 

" Mana mana?." Dia menarik perlahan tangan aku dan letak di atas perut 6 bulannya. Apabila tangan aku merasai gerakan bayi, terus terjerit suka aku.

" Sayang!!. Baby geraklah!!." Aku pula yang terlebih suka sambil menekapkan telinga aku di atas perut Hanis. Dia tergelak terkekek sebelum menampar lembut bahu aku. Sapa tak suka bila anak gerak gerak?. Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya aku mendapat tahu yang Hanis mengandung. Anak perempuan pulak tuh!!. 

"Abang masak apa hari ni?." Dia tersenyum memandang ke arah aku. Aku membuat wajah teruja aku. 

" Abang masak sup ayam je. Tu je senang dan abang tahu." Aku mencebikkan bibir kerana aku tak tahu nak masak benda lain. Fikir aku ni ada masa ke nak belajar semua tu?. Hm... Hanis disebelah aku sudah bersorak suka. Aku memandang dia terkejut.

" Sayang pun nak rasa sup abang. Dah lama tak makan sup. Dah dah, cepatlah masak. Baby nak makan ni!!." Dia menolak lembut bahu aku. Aku mengangguk sebelum aku mencapai senduk tadi dan berdiri tegak.

" Baiklah. Hari ni, saya, Hakimi, suami kepada Hanis, akan masak sup ayam yang paling tersedap di planet ini untuk anak anak saya!!." Aku mengangkat senduk tadi ke atas, acah acah hero macam tu.

" Saya bagi 1000 markah untuk awak!!!. Tahniah tahniah." Hanis bersorak suka. Aku tersengih menoleh ke belakang memandang dia sebelum kami sama sama tergelak suka. Apalah, macam budak budak je aku ni. Aku lantas berlari anak menuju ke arah dapur dengan semangatnya nak masak. 

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now