AMIRUL HAKIM
Aku menadah tangan mengaminkan doanya. Aku hembus nafas kelegaan aku. Sewaktu aku sebut nama Aina, suara aku sedikit bergetar. Aku sedaya upaya kawal perasaan gementar aku sebab itu aku tak tunjuk sebarang riaksi. Papa di sebelah, aku salam dan papa memeluk tubuh aku.
Aku salam juga abang ipar aku. Hafiz dan Irfan dibelakang aku juga aku salam. Sejahat mana mereka, diorang tetap abang kandung aku. Tak perlu tunjuk pun perasaan benci tu, tapi tunjuk sikap profesional kau.
Papa tak henti daripada tersenyum memandang aku. Bahu aku dia tepuk sekali. Aku balas senyuman dia. Sekarang ni, aku sudah bergelar suami kepada Aina Adriana, wanita yang aku harus cinta sepenuh hati aku, wanita yang bakal melahirkan anak anak aku dan wanita yang bakal meluangkan masanya dengan aku.
Aku diberi tanggungjawab memberi dia nafkah dan perlindungan. Bila fikirkan semua tu, tak mudah bagi lelaki yang tidak berpengalaman tapi aku harus cuba. Insya Allah segalanya dipermudahkan.
Aku menuju ke arah bilik Aina untuk solat sunat dahulu sebelum aku menyarungkan cincin di tangannya. Aku menyelak langsir biliknya. Mata aku melihat biliknya yang ringkas saja hiasannya tapi cantik.
Biliknya tak terlalu besar tapi selesa bagi aku. Sejadah sudah terbentang di sudut bilik. Aku tak perlu ambil wudhuk lagi sebab aku sudah ambil semasa di rumah.
Aku berdiri dan mula menunaikan solat sunat dua rakaat bagi berterima kasih pada Yang Esa kerana memudahkan urusan nikah aku malam ini. Disaat dahi aku diletakkan di sejadah, aku memejamkan mata aku. Aku merasai ketenangan, hati aku tersentuh. Aku mula rasa apa itu ketenangan yang aku cari selama ni. Aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai seorang islam, mengaku Allah sebagai tuhan aku dan Muhammad sebagai Nabi dan pesuruhNYA.
Selepas selesai solat sunat, aku duduk menadah tangan meluahkan rasa bersyukur aku padaNYA. Aku meminta semuanya berjalan dengan sempurna dan meminta supaya aku menjadi seorang suami yang berguna dan membawa isteri aku ke jalan yang benar. Aku minta semuanya.
Aku keluar daripada bilik. Semua mata memandang aku tapi aku dah tak gemetar macam tadi. Aku tersenyum nipis sebelum menundukkan sedikit tubuh aku mendekati Aina, mama dan mak mertua aku.
Mereka yang lain memberi ruang dan aku duduk di hadapan Aina. Mama memberikan aku sekotak cincin yang mama beli tempoh hari bersama Aina. Aku mencapai kotak tadi dan mengeluarkan sebentuk cincin emas yang ringkas saja rekaannya. Aku memandang wajah Aina yang menunduk.
Aku teragak agak mahu mencapai tangan dia tapi perlahan lahan dia menghulurkan tangannya ke arah aku. Aku tersenyum kecil sebelum perlahan lahan aku sarungkan cicin tadi di jari manisnya. Dia menguncup lembut tangan aku.
Cahaya kamera berkelip kelip menangkap gambar kami berdua. Kini, giliran aku pula menguncup ubun ubunnya lama. Aku memejamkan mata aku cuba berlagak tenang sedangkan jantung aku sudah tidak keruan. Aku duduk disebelah Aina untuk memberi wang hantaran kepadanya. Juru gambar menangkap beberapa gambar tadi.
Aku dan Aina duduk pula di atas pelamin untuk tangkap gambar berdua. Aku taknak nampak yang aku gementar, jadi aku ikut juga apa yag juru gambar tu cakap. Aku senyum selagi aku boleh senyum. Aina pula sudah tersengih suka melihat ramai sanak saudaranya hadir melihat majlis pernikahannya malam ini. Kami bukan saja tangkap gambar berdua, tapi dengan keluarga aku, keluarga Aina dan kenalan yang lain. Aku cuba senyum walaupun aku sedikit cuak.
" Kau dah kahwin doh. Aku bangga dengan kau." Muizzin memeluk aku yang sedang berdiri. Aku tersengih memandang kawan kawan aku yang segak berbaju melayu. Siap bersongkok dan bersampin. Aku memeluk mereka semua. Mereka yang lain sudah berada di luar untuk menjamu selera. Aina masih berada di luar.
" Kalau awak nak tangkap gambar dengan kawan kawan awak, saya tunggu dekat luar je." Aina berbisik lembut lantas aku meggeleng.
" Takpe, tunggu je sini." Aku menahan dia daripada keluar. Gila weyh tinggalkan isteri dekat luar. Nanti apa pula orang cakap.
" Takpelah, kitaorang pun nak tangkap gambar dengan puan Aina.' Muizzin tergelak kecil menukar panggilan Aina kepada puan. Aku tersengih kecil memandang mereka yang sudah tergelak kecil. Lepas ni, aku akan jarang keluar bersama mereka. Aku akan rindu untuk duduk dengan mereka semua.
" Tahniah bro, aku tunggu saat saat ni, sumpah aku tunggu." Aqil memegang lengan aku tak percaya. Aku tergelak kecil mendengar dia kata begitu. Hakimi dan Muizzin duduk disebelah aku lantas pinggang aku mereka peluk.
" Lepas ni kita dah tak boleh manja manja lagi dengan Hakim kan, Kimi?." Muizzin meletakkan kepalanya di bahu aku. Hakimi mengangguk laju dengan muka cemberutnya.
" Dah tak boleh mandi sama sama, makan sama sama, tidur sama sama. Nanti, siapa nak pupuk kita lagi?." Dia menghentak hentak kakinya. Tergelak aku dibuatnya tengok diorang macam budak budak di hadapan orang walaupun tak ramai. Diorang berdua ni kalau tak macam ni, tak sah. Aku merangkul bahu mereka erat. Sebenarnya, waktu aku duduk dengan mereka beberappa tahun yang lepas, diorang berdua ni suka kacau aku, beriya nak tidur dekat bilik aku. Aku bukan jenis yang menolak, biarkan saja mereka berdua ni.
" Alahai, aku bukan pindah pluto pun, aku still boleh jumpa korang, nanti aku mandikan korang berdua lagi, ya?." Aku tarik tengkuk mereka berdua ke arah aku. Tergelak besar mereka semua mendengar aku kata begitu. Dengan diorang saja aku tunjuk perangai aku. Aina juga tergelak kecil melihat telatah kami yang macam tak cukup tahun. Hanis datang menyerbu Aina. Tergelak mereka berdua lantas tubuh Hanis dia peluk.
" Kau pergi mana, aku tunggu kau doh." Aina melepaskan pelukkan. Mereka berborak bersama sebelum Muizzin bersuara.
" Dah alang alang tu, jom kita tangkap gambar." Muizzin menarik tangan juru gambar tadi ke arah kami. Kami semua tergelak besar. Muizzin memang macam tu, sekali tak sengal, tu bukan dia. Selamba je dia tarik tangan juru gambar yang tercengang tu. Selepas bergambar, kami berdua turun ke bawah untuk menyambut tetamu yang lain. Aina yang banyak menanya khabar sebab aku tak berapa kenal dengan mereka semua.
" Tak sangka kau dah kahwin kan?." Sepasang lelaki perempuan datang ke arah kami. Aku memandang Aina. Aku tersenyum kecil apabila tangan lelaki yang dihulurkan aku sambut.
" Terima kasih. " Aina menjawab ringkas. Dia memeluk tubuh Aina lama sebelum aku lihat wajah Aina berubah. Perempuan tadi tersenyum sinis sebelum merangkul lengan lelaki tadi dan berlalu pergi. Aku memandag wajah Aina yang macam orang kena sampuk. Aku mencuit lengannya lantas dia memandang aku. Dia termenung?.
" Kau okay tak?. Termenung ke?." Aku mengerutkan kening aku melihat dia yang tiba tiba saja tersenyum suka. Dia menggeleng memandang aku.
" Encik, jom makan. Saya lapar." Dia mengangkat lengan aku sebelum dia menggenggam kemas jari jemari aku. Aku memandangnya lama sebelum dia memandang aku dengan senyuman teruja dia. Dia menarik aku ke arah meja makan. Aku tersenyum nipis melihat dia buat begitu. Tak rasa apa, cuba gembira sikit?. Yelah, aku tengah belajar nak mencintai Aina, jadi sikitlah dulu rasa gembira tu.
Kami duduk di sebelah mama dan mak. Mereka berbual sampailah tetamu semakin ramai yang pulang. Aku hanya duduk di sebelah Aina menyumbat saja kuih seri muka ke dalam mulut aku, serius sedap. Aku sumbat sampailah habis kuih tu. Mulut aku mengunyah je mendengar mereka berbual. Aku tak boleh gerak sampailah mama berhenti berbual.
Aina pula mendengar cerita mereka dan kadang kadang mencapai lagi sepinggan kuih untuk aku sebelum dia sambung mendengar. Aku memandang dia tercengang, dia bagi lagi aku sepinggan?. Mungkin dia bantu aku untuk kurangkan rasa bosan. Aku bangun untuk ambil kuih lain. Minat pula aku kepada rasa kuih tradisional melayu ni.
Aku menoleh memandang papa yang sedang berbual dengan kaum lelaki. Aku nak pergi sana tapi..... aku memandang pinggan yang terisi kuih tadi sebelum aku sambung makan. Takpelah, kuih ni dah curi hati aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...