BAB 38 👹

4K 166 2
                                    


AMIRUL HAKIM

Aku memandang memandang wajah Aina tak berkelip. Dia yang sedang tergelak bermain dengan Sofea membuatkan wajahnya dihiasi dengan kecantikkan. Aku tersengih. Bila pandang lama lama ni, makin cantiklah pulak. Aina menoleh memandang aku. Dia memandang ke arah belakang sebelum memandang aku semula.

" Ouh awak..., dah pandai eh pandang perempuan belakang ni?." Dia mengecilkan matanya. Aku tergelak kecil. Aku pandang kau lah ngek. Takde masa aku nak pandang perempuan lain kalau ada perempuan cantik depan mata aku ni. 

" Aah, kenapa, salah ke?." Aku tarik tali dengan dia. Dia mencebikkan bibirnya.

" Eh, salah lah. Kalau saya tenung je lelaki hensem tu, siap sengih sengih lagi. Awak marah tak?."  Dia memuncungkan bibir menunjuk ke arah sekumpulan lelaki di arah sana. Aku jongket bahu sambil tersengih. 

" Buat apa nak marah?, bukan kau cium dia pun." Selamba saja aku jawab. Dia terdiam sebelum mendekatkan dirinya dengan aku.

" Awak tak sayang saya eh?." Aku tergelak mendengar soalannya. Ni soalan SPM yang wajib jawab ke?. Dia masih memandang aku dengan pandang curious nya. Belum sempat aku jawab, makanan yang aku pesan di bawa ke meja kami. Aku memandang Aina yang sudah ternganga memandang segala jenis hidangan di atas meja. Dia memandang aku dengan gelakkan kecilnya.

" Banyaknya makanan !!. Ada ketam, udang, ikan, kupang. Wahhh udang galah dengan king crab pun ada!!." Dia sedikit menjerit teruja melihat semuanya di atas meja. Mulut ditutup dengan tangannya, teruja tak terkata. Aku hanya tersenyum saja. 

" Kau kan nak makan seafood tadi, aku pesanlah ni semua. Lagipun dah lama kita tak makan dekat luar. Last pun, sebelum kita kahwin. " Dia tersengih malu malu. Sofea yang duduk di kerusi bayi memegang sudu tak lepas lepas. Aku pun tak tahu apa yang menariknya sudu tu. Kegelapan malam yang diterangin oleh cahaya bulan dan cahaya lampu yang datang daripada kedai makan ini, membuatkan suasananya cantik tak terkata.

" Tapi ni banyak sangatlah. Boleh ke kita habiskan semua ni?. Kalau dulu, bolehlah saya makan semua ni, tapi lepas dah kahwin ni, mana larat nak makan semua ni." Dia mencebik memandang semuanya. Aku memandang dia pelik.

" Kenapa pulak macam tu, lepas kahwin lah kena makan banyak banyak." Betul apa aku cakap, kau dah kahwin, nak jaga badan sangat kenapa?. Normal lah tu kalau kau berisi sikit. Dia menggeleng.

" Nanti gemuklah. Sekarang pun berat saya dah naik tau. Saya tak nak awak cari lain." Selamba saja dia cakap macam tu. Aku tergelak mendengar dia kata begitu. Ingat aku ni apa, buaya pencen?. Aku tak segila tu lah nak tinggalkan dia dengan alasan dia 'berisi'. Aku tergelak kecil sebelum dahi aku letak di atas meja beralaskan lengan aku.

" Kau ingat aku ni lelaki jenis apa?. Berisi je, bukan apa pun. Boleh kurus balik lah." Aku angkat kepala aku memandangnya. Dia terdiam sebelum mulutnya ternganga sedikit.

" Macam mana?." 

" Exercise lah. Kalau kau nak tahu, dulu waktu aku remaja, aku gemuk tau. 96 kg !!. Tapi semua tu boleh ubah. Banyak exercise kau boleh buat untuk turunkan berat badan." Dulu aku comel, muka aku bulat. Kalah bola. 

" Yeke !!. Mesti awak comel kan waktu tu?. Saya tak boleh bayangkan." Dia tergelak memejamkan matanya. Aku tetap memandang wajahnya sebelum dia naik memandang aku.

" Dah jom makan. Kita habiskan semua ni sama sama." Matanya sudah melilau mencari menu pertama yang dia perlu rasa. Dia cuba dahulu Butter Prawn. Dia membesarkan matanya selepas rasa makanannya.

" Ya Allah, sedapnya. Macam dalam mimpi je lah. Ni yang tak boleh ni." Dia rasa lagi sebelum satu persatu dia makan. Dia sumbat selagi dia boleh sumbat. Aku senyum teruja melihat dia makan dengan seleranya. 

" Nah." Dia menghulurkan sesudu isi ikan kepada aku. Aku apa lagi, ternganga lah. Siap buat bunyi aaa.. lagi. Dia tergelak kecil. Sofea di sebelah aku menjerit kecil kerana tak dapat makan apa yang kami makan malam ni. Kami tergelak sama sama, tunggu lah sayang ye, dah tumbuh gigi nanti, makan banyak banyak.

Aku pilih nak makan dekat kedai makan yang berdekatan dengan pantai. Nyaman sikit, dapat merasai aura dia. Orang yang pernah pergi saja tahu bagaimana suasananya. Aman je nak makan. Sejuk malam malam ni, sesuai makan seafood yang panas panas.

HAKIMI

Terperanjat jugalah bila pintu rumah tiba tiba dihempas dengan kuat. Aqil disebelah memandang aku pelik. Muizzin dengan muka mencuka duduk menghempas tubuhnya di atas sofa. Aku letak console di atas sofa bersebelahan aku. 

" Kau kenapa ni, masam je muka. Dapat tak beli rim motor kau tu?." Aqil menyoal sambil matanya melilau mencari di mana dia letakkan rim motor. Dia menggeleng. Aqil memandang aku pelik.

" Aik, kenapa kau tak beli?. Tadi kau bukan main beriya. Habis stok ke?." Aku pula buka mulut mencampuri halnya. Dia geleng lagi sebelum duduk secara selesa. Dia memandang kami semua.

 Setahu aku, dia ni tak pernah 'segarang' ni. Biasanya, bila dia balik daripada bengkel ataupun daripada mana mana, dia mesti datang dengan lawak bodoh dia. Tak pun, dia akan tergelak secara tiba tiba. Mesti ada sesuatu yang buat dia marah. Risau juga aku, dia ni bukan jenis kuat marah.

" Aku memang nak pergi beli tadi, tapi ada perempuan entah daripada mana lalu tepi kereta aku. Salah aku lah sebab tak tengok dulu sebelum buka pintu tu, lepas tu dia terlanggar pintu kereta. Aku dah minta maaf tau, lepas tu, dia marah aku, main tolak tolak aku. Haih, nasib aku ni bukan dayus tau, kalau di ikutkan hati aku tadi, lunyai dia. Banyak lagi laluan dia boleh lalu, tepi kereta aku juga dia nak lalu. Hilang mood aku nak beli ah." Dia menyandarkan tubuhnya ke belakang.

 Panjang lebar dia bercerita sebab kenapa dia marah sebegini. Aku memandang Aqil sebelum dia menjongketkan bahunya.

" Alah, kau rilek lah. Benda tu pun bukannya serius mana pun." Aku cuba untuk menenangkan dia. Dia memandang aku tajam. Aku terdiam, okay.

" Bukan serius kau cakap?. Minah tu siap tepuk tepuk side mirror kereta cakap aku ni tak guna benda tu. Dia yang bodoh takde akal, akal letak dekat lutut lalu tepi kereta ape pasal?." Suara garaunya sudah keluar. Marah benar dia malam ni. 

" Kau sabar lah banyak banyak. Dia perempuan kan?. Takkan kau nak marah sebab perempuan tu. Dia stres kot malam malam ni. Kau anggap jelah benda tu tak serius mana." Aqil bersuara membantu aku menenangkan Muizzin. Dia berdegus kasar.

" Ah lantak dia lah, rim Alloy dengan engkei tiga batang aku tu, macam mana kalau aku tak dapat?. Kalau dah habis stok macam mana?. Tokey tu cakap, tinggal berapa je lagi tau. Aku call dia malam ni aku nak ambil, kalau dia jual dekat orang lain?, melepaslah aku." Dia melunjurkan kaki ke bawah sambil menghentak hentakkan kakinya. Mula dah..... 

" Jadinya, kau marah marah ni sebab kau tak dapat rim tu lah, bukan sebab perempuan tu?." Aku luah apa yang aku terlintas di fikiran aku. 

" Ah, sebab perempuan tu lah aku tak dapat. Mengaku diri dia lawa, Hanis lagi lawa lah." Dia menggigit bibir bawahnya. Tangannya laju mengusap atas rambutnya. Aku terdiam. Hanis lagi cantik?. Aku memandang Muizzin.

" Kau dengan Hanis tu ada apa apa hubungan ke?." Aku cuba menyoal Muizzin. Dia tersengih.

" Asal kau nak tahu?." Dia memandang aku. Aku menjongketkan bahu aku. 

" Saja. Mana tahu kau suka dia?. Hanis tu kan cantik." Lantas Muizzin dan Aqil memandang aku. Aku mengangkat kedua dua belah kening aku. Kenapa, betul apa aku cakap?.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now