Aku melepaskan genggaman tangan aku pada penarik beg bagasi sebelum mata aku ralit memandang ruang sekeliling. Cantik. Itu saja yang mampu aku katakan sekarang ni. Dekorasi rumahnya yang nampak moden, dan pokok pasu yang terletak di setiap sudut rumahnya menjadi tarikan minat kepada aku. Aku menuju ke ruang tamunya. Banyak frame, tapi semua tu bukan gambar tapi ayat ayat semangat. Aku tersengih membaca setiap ayat ayatnya.
Sekarang aku berada di penthouse encik Hakim tiga hari selepas majlis persandingan pihak lelaki yang berlangsung di Hotel. Sejujurnya, aku takut sangat waktu tu sebab orang lebih ramai berbanding waktu sanding di rumah aku. Ramai sangat. Tapi aku tabik lah pada siapa yang hias pelamin tu sampaikan aku rasa, inikah syurga dunia?. Hakim bergaya sungguh waktu tu dengan baju melayunya bersama tengkolok. Selepas lama aku membelek ruangan rumahnya, Hakim datang ke arah aku.
" Come, aku tunjukkan bilik." Aku memandang Hakim yang berjalan ke suatu lagi ruangan. Aku menarik beg bagasi sambil mengikuti langkahnya. Terima kasih padanya kerana tolong angkatkan beg aku hingga ke rumahnya. Tombol pintu bilik dia pulas lantas menolaknya menayangkan keluasan bilik dia. Aku bagaikan baru tersedar daripada mimpi. Biliknya besar, lebih besar daripada bilik aku. Tak banyak perabot di dalamnya, cuma ada katil, meja solek, sofa dan.... aik, mana almari dia?.
" Kau bawak beg kau sini." Aku memandang ke arah Hakim yang membuka suatu lagi pintu sliding door. Aku tertanya tanya juga tadi, apa dalam bilik tu. Dia menolak pintu tadi dan aku.....
" Wahhhh... banyaknya almari awak. Macam dalam cerita Finding Dory." Okay, aku gurau.
" Cermin pun ada?."
" Kalau saya jual semua jam tangan awak ni, kaya saya."
" Kasut pun ada almari?."
Aku bagaikan pelancong yang baru datang ke sebuah negara yang tak pernah dilawati sesiapa. Aku rasa, ruang bajunya sebesar bilik aku. Serius, aku tak tipu. Dia hanya memandang saja aku yang sedang membelek setiap barangannya.
" Kau kemas baju kau, letak dekat dalam almari ni, kalau hanger tak cukup, dalam almari aku ada hanger lebih, kau ambil lah." Dia mengetuk pintu almari disebelah almari baju tshirtnya. Ada 5 almari yang mengisi perlbagai jenis baju dan seluar, banyak tak banyak?. Aku mengangguk faham. Dia terus keluar daripada ruang ini dan aku mengikutinya. Biasalah, dimana Hakim berada, di situ Aina ada. Peciuw peciuw !!.
" Malam ni kau nak masak ke, kau nak makan luar?." Dia berdiri menghadap aku. Aku berfikir sebentar. Kalau masak dekat rumah, aku tak mahir sangat, tapi kalau nak makan dekat luar, tak rasa terlalu awal sangat ke?. Aku tersenyum memandangnya.
" Kita makan dekat rumah je lah. Tapi, saya minta maaf tau sebab saya baru nak belajar masak, jadi kalau tak berapa sedap sangat, awak jangan marah eh?." Aku tersengih kecil memandang dia. Manalah tahu dia nak marah aku ke kan, kenalah buat muka comel sikit, alah tomel tomelnya kau... PANG !!, kena tampar dengan dia. HAHAHA aku gurau je lah. Aku pandai buat sup dengan kari ayam je, yang lain aku baru nak belajar. Dia mengangguk sambil tersenyum kecil ke arah aku. Dia mengusap atas kepala aku lembut.
" Kalau kau tak pandai masak, kau jangan risau. Aku boleh tolong kau." Aku terdiam. Matanya masih memandang anak mata aku. Terdiam. Mata aku turun memandang bibirnya yang tersenyum. Aku bagaikan terbuai dengan belaiannya. Adakah ini yang dikatakan perasaan jatuh cinta pandang kedua?.Dia berhenti daripada mengusap kepala aku. Alah, usaplah lagi.
" Aku balik rumah mama sekejap, nak ambil seseorang. Kau nak ikut tak?." Aku memandangnya pelik. Seseorang?.
" Aik, seseorang?. Siapa?. Kenapa awak tak bawak je dia sekali dengan kita tadi?. Kita tinggal bertigalah maksudnya?." Aku menyoalnya bertubi tubi. Pelik juga aku. Kenapa dia tak ikut je tadi dan kami akan tinggal berdua atau dia hanya singgah dan siapa dia, mama ke?. Kan dah menyusahkan dia nak kena ulang alik. Bukannya dekat, ambil masa juga nak gerak ke rumah mama.
" Kau nak ikut tak?. Kalau taknak aku pergi sorang je." Hakim tak menjawab persoalan aku. Aku lantas menggeleng. Takpelah, bila aku tahu siapa tu, mungkin aku akan tahu jawapannya.
" Tak pelah. Saya duduk dekat sini je, jaga rumah. Lagipun saya nak kemas barang saya, takut tak sempat je nanti. " Dia tersenyum lantas mengangguk sebelum meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik. Aku menuju semula ke ruang tadi untuk susun baju baju aku. Aku rasa, tiada baju yang perlu digantung kerana aku bawa banyak baju t shirt saja. Baju baju gaun, aku tinggalkan dulu di rumah mak. Nanti tak cukup beg je nak angkut.
Aku membaringkan beg aku tadi dan zipnya aku buka. Satu persatu baju aku letak di dalam almari kerana aku tak perlu susah payah nak lipat. Aku sudah siap melipatnya di rumah. Aku meletakkan beg bagasi aku di tepi sebuah almari kecil. Aku melihat almari tersebut. Apa ada dalam ni?. Aku lantas membuka pintunya. Aku buat riak wajah terkejut apabila aku nampak baju baju ...... bayi yang cantik tersusun. Eh, bayi?. Sejak bila Hakim kerja jadi pengasuh ni, aku tak tahu pun?. Aku mencapai sehelai. Aku membelek baju tadi, kalau diikutkan saiz, bayi ni dalam umur 3 ke 4 bulan macam tu?. Aku lipat dan letak semula di dalam almari.
Aku tutup pintunya dan menuju ke arah katil. Berpusing pusing aku semata mata nak tengok keadaan sekeliling. Kalau katil bilik aku saiz Queen, katil bilik dia mestilah King. Aku duduk di sofa yang terletak di tepi koridor. Aku tak berani buka pintunya kerana aku takut ketinggian. Aku yang sudah mula kebosanan terus keluar daripada bilik. Aku menapak ke arah ruang tamu. Aku masih tak puas melihat ruang tamunya. Terlalu cantik. Pandai dia hias bagi cantik macam aku. CUT !!.
Aku terpandang ke arah cermin besar yang boleh melihat keseluruhan ruang tamu ni, punyalah besar cermin tu. Aku melambai lambai ke arah pantulan aku di dalam cermin. Sebaik dia lambai balik, kalau tak lambai, aku sanggup lari daripada rumah ni. Hashtag, saya takut cermin. Aku menuju ke arah dapur pula. Dapurnya taklah sebesar rumah mama tapi cukuplah untuk berdua, eh tak, bertiga. Aku rasa, kalau aku tengok dapur ni, semangat nak memasak tu, membuak buak sebab nampak tenang saja. Tak sempit, tak luas. Betul lah orang cakap, nak masak memerlukan suasana yang menyenangkan, barulah bersemangat. Okay, tu aku yang cakap.
Aku menoleh memandang ke arah pintu apabila aku dengar bunyi kod rumah ditekan. Macam mana kalau tu bukan Hakim, mesti dia nak culik aku kan?. Aku menuju ke arahnya. Pintu dikuak daripada luar sebelum senyuman aku mati. Hakim mengukir senyuman ke arah aku. Dia mendukung seorang bayi yang mungkin sedang tidur dan sebelah tangannya lagi menggenggam sebuah beg. Aku mendekatinya.
" Anak siapa ni?." Sumpah aku terkejut sekarang ni, aku tak pernah nampak pun Hakim bawa bayi ni?. Ke, dia ambil anak angkat atau dia jadi pengasuh?. Anak kakak dia ke?.
" Ni anak aku. Nama dia Sofea." Tersentak aku. Bayi tu.... anak dia?. Dia duda ke?. Haishh, terlalu banyak persoalan di dalam kepala otak aku ni. Aku mengukir senyuman dan tangan kecilnya aku pegang dan aku kuncup. Comel.
" Comelnya. Tapi, anak awak?. Awak dah pernah ada isteri ke?." Aku cuba tanya dia. Takut takut aku ni terfikir yang bukan bukan je nanti. Dia menggeleng.
" Ni anak aku, tapi aku tak pernah ada isteri selain kau." Aku membuntutinya menuju ke bilik. Dia meletakkan bayi tadi di atas katil. Jadinya, baju bayi tadi tu, memang baju bayi ni lah. Aku mengangguk seorang diri.
" Kiranya ni anak angkat awak lah?." Dia menggeleng. Aik, habis tu, daripada mana dia dapat bayi ni, dalam sungai?.
" Ni anak abang aku tapi dia dah jadi anak aku. Nak tak nak, kau kena jadi mak Sofea." Aku tergelak kecil. Iyalah wahai suamiku, tak kisahlah anak siapa ni, aku boleh je anggap dia anak aku sendiri. Aku mendekati bayi tadi sebelum aku kuncup pipinya.
" Hai Sofea, saya mama baru awak, selamat berkenalan." Aku salam tangannya dengan senyuman. Tergelak Hakim melihat perkenalan ringkas aku dan Sofea, merangkap anak baru aku. Di saat ini, bermulalah kisah antara kami berdua bersama si comel, Sofea.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...