AMIRUL HAKIM
" Sayang, bangunlah. Dah sampai." Aku menguncup lembut dahi Aina. Wajah tidurnya aku pandang sebelum aku tersengih. Cantik dia tak boleh bawa bincang. Aina menggerakkan sedikit tubuhnya sebelum perlahan lahan matanya terbuka memandang aku.
" Dah sampai ke?." Aku mengangguk perlahan sebelum senyuman aku kuntum untuk dia. Alahai, mak buyung ni comel pulak pagi pagi ni. 3 pagi tadi kami sempat singgah di RnR untuk berehat sementara dan mengisi minyak kereta. Apa ingat manusia je ke kena refill energy?. Kesian BM* aku sorang ni. Penat ya?. Aina mengadu sakit pinggang akibat duduk terlalu lama. Aku terpaksa kebelakangkan tempat duduk supaya dia dapat berbaring. Haihh, banyak betul dugaan orang mengandung ni.
" Abang bukakan pintu eh?." Aku membuka pintu kereta sebelum menghampiri pintu kereta untuk membantu Aina keluar. Muka dia menahan keperitan pada belakang pinggangnya. Seorang perempuan yang lengkap berpakaian kebun datang ke arah kami. Mungkin inilah Tokma Aina?.
sis bukan orang Terengganu, jadi terpaksalah orang disini cakap melayu biasa berunsurkan melaka.
😂😂😂
" Eh Aina, cucu tokma dah sampai!!." Dia datang ke arah kami. Aina tersenyum kelat menahan kesakitan sebelum menyalami tangan neneknya atau dikenali sebagai Tokma. Aku juga salam tangannya sebelum dia memeluk aku erat. Aku terdiam sebelum menepuk nepuk lembut bahunya.
" Aina sakit belakang ya?. Jom masuk dulu. Mak kamu ada dekat dalam." Aku mendukung dahulu tubuh kecil Sofea yang sedang tidur di belakang sebelum aku dan Tokma memimpin tangan Aina menuju ke dalam. Aina hanya tersengih kecil.
Saat aku masuk saja di dalam, ruang tamu di rumah ini bagaikan dikumpuli dengan 'mayat hidup' yang sedang tidur di atas toto. Aku hanya mendiamkan diri. Semuanya terdiri daripada kanak kanak dan remaja. Memang budak budak balik kampung macam ni ke?. Ke aku yang tak tahu?. Tapi kenapa Hazim ada sekali tidur dengan diorang semua?.
" Ya Allah budak budak ni, diorang tak bangun lagi ke?. Eh bangun!!. Ya Allah, aje aku simbah satu satu dengan air karang!!." Suaranya bagaikan bergema satu rumah membuatkan mereka semua mengeliat tapi tak bangun. Aku hanya menggeleng dan bawa Aina ke dalam bilik yang Tokma tunjuk. Selepas membaringkan Aina di atas katil, aku terus menuju ke arah dapur yang nampaknya sedikit riuh. Terkejut aku apabila dapur ini dipenuhi dengan ramai makcik makcik yang sedang memasak dan memotong segala jenis bahan mentah. Aku nampak kelibat mak yang sedang duduk santai di kerusi sebelum dia tersenyum ke arah aku.
" Eh Hakim dah sampai?." Aku menuruni tangga dan salam tangannya. Ruang dapur ni luas, jadi tak terlalu sesak. Senyuman tak pernah lekang daripada bibir aku.
" Menantu kau ke ni Mizah?."
" Ya Allah, tingginya."
" Kenapa rupa dia macam shahrukh khan?."
Haih, pagi pagi dah berbunga hati aku dengan semua pujian yang diberikan. Apa boleh buat?. Aku hanya tersenyum sebelum meminta izin kembali ke bilik untuk menunaikan solat subuh. Tubuh aku terlalu letih sekarang ni tapi aku perlu juga menunaikan tanggungjawab aku sebagai hamba kepadaNYA. Aku dah janji padaNYA.
Selepas menunaikan solat Subuh, aku bingkas bangun apabila Aina tiba tiba duduk bersandar memegang perutnya. Wajahnya jelas menunjukkan kesakitan yang amat pada perut. Esakkannya menjadi semakin kuat. Aku tak tahu nak buat apa sebelum menghampirinya dengan keadaan resah.
" Sayang kenapa ni?. Sekejap, abang panggilkan mak ya?." Aku lantas menuju ke arah dapur. Kandungan Aina baru 6 bulan, tak mungkin dia dah nak beranak. Risau aku tengok sebelum aku menuruni tangga dapur sebelum perlahan lahan menghampiri mak.
" Mak, boleh tak mak tengokkan Aina tu. Dia cakap perut dia sakit. Hakim tak tahu nak buat apa." Aku rasa, aku cakap perlahan je tau, tapi semua orang yang ada di dapur ni memandang aku terkejut sebelum menghampiri aku.
" Aina sakit perut?. " Mak bingkas bangun dan aku mengikuti langkahnya ke bilik. Bukan mak saja, tokma juga ada. Mak menyelak langsir dan duduk disebelah Aina yang sudah menangis menahan kesakitan. Aku hanya berdiri memandang resah ke arah Aina. Apa aku nak buat ni?. Tokmak naik ke atas katil dan mengensot ke arah Aina dengan senyuman risaunya. Dia mengusap sekitar perut besar Aina sebelum mengeluh kecil. Dia memandang ke arah aku.
" Perut Aina kejang ni. Bawakan tuala dengan air suam. Tuam dekat perut Aina, nanti perlahan lahan elok lah tu." Aku mengangguk dan menuju ke arah dapur sebelum kembali dengan semangkuk air suam dan sehelai tuala yang aku peroleh daripada makcik di dapur. Terima kasih pada mereka. Mangkuk tadi aku serahkan kepada Tokma.
Dia perlahan lahan menuam perut Aina dengan senyumannya. Aina menyeka air matanya yang mengalir. Terima kasihlah pada Tokma kerana tolong aku. Kalau tak, aku sendiri pun tak tahu nak buat apa.
" Aina selalu sakit macam ni ke Hakim?." Aku lantas menggeleng mendengar soalannya.
" Aina memang tak pernah mengadu dia sakit dekat perut. Dia cuma rasa tak selesa je." Aku menjelaskan kepada dia yang sudah mengangguk angguk faham dengan apa yang aku cakap. Dia tersenyum sambil tangannya menuam disekitar perut besar Aina yang merah kebiru biruan. Waktu aku kecil kecil dulu, aku selalu terfikir. Perut orang mengandung ni tak meletup ke?.
" Bila anak dah makin besar dekat dalam perut ni, memang akan selalu rasa kejang kejang. Lagi pulak dalam perut tu ada dua orang, memang makan ruanglah jawabnya. Kalau Aina sakit lagi dekat perut, tuam dengan air suam, insyaAllah sembuh." Tokma memandang aku. Aku tersenyum sebelum pantas mengangguk faham. Dapat juga aku ilmu hari ni. Mak disebelahnya memicit micit kaki Aina yang disebalik selimut. Sayang betul mereka pada Aina.
Kadang kadang mata aku beralih ke arah Sofea yang sedang tidur di dalam buaian. Takut dia terjaga. Memandangkan Aina sedang mengandung, jadi mak memberikan aku buaian bayi yang mungkin sedara sedara di sini punya. Jadi, Sofea tak perlulah tidur sekatil dengan kami. Biar dia tidur je dalam buaian.
" Macam mana, selesa tak?." Tokma memandang ke arah Aina sebelum dia menguntum senyuman. Alhamdullilah, berkesan juga cara tu. Aku juga turut tersenyum melihat Aina yang nampaknya sudah tersenyum suka.
" Tokma keluar dulu. Ingat pesan Tokma ni, guna cara tu kalau dia rasa kejang kejang lagi ya?." Aku lantas mengangguk faham. Aku sempat mengucapkan terima kasih pada mereka sebelum mak dan Tokma keluar daripada bilik. Aku menghampiri Aina yang sedang bersandar pada kepala katil. Senyuman aku kuntum sebelum tangannya aku capai.
" Sayang okay tak ni?. Risau tau abang tengok sayang menangis nangis tadi." Aina tergelak kecil sebelum tangan aku dia kuncup lembut.
" Sayang dah okay. Baby je nakal sangat." Dia mengusap perutnya yang kini sudah ditutup dengan baju besarnya. Aku harap sangat yang Aina kuat waktu melahirkan anak anak aku nanti. Aku risau sebab doktor kata, anak kembar boleh bagi banyak komplikasi sewaktu dilahirkan. Bayi boleh terlilit tali pusat, ibu mengandung boleh tumpah darah, dan yang paling aku takutkan, kematian janin. Aku selalu berdoa padaNYA supaya dipermudahkan segala urusan bersalin Aina nanti.
" Abang tidurlah. Daripada malam tadi abang tak berehat. Jaga sayang, jaga Sofea lagi. Mesti abang penat kan?." Aku tergelak kecil melihat dia bersimpati pada aku. Aku lantas menggeleng.
" Sayang tidur dulu. Lepas sayang tidur, baru abang boleh tidur. Kalau sayang sakit lagi, siapa nak tengok tengokkan?." Aku menggenggam erat tangannya. Dia tergelak kecil sebelum mengangguk perlahan.
Walaupun aku selalu sakat dia, tapi tak bermakna aku tak sayang dia. Kalau melibatkan nyawa dia, aku sanggup buat apa. Aku sayang...tak, aku terlalu sayang dia. Aku tak nak kehilangan dia lagi. Biarlah aku selalu ada dengan dia, tengok dia ketawa, tengok dia menangis dan tengok dia teruja. Aku nak rasa semua perasaan tu dengan Aina dan anak anak aku nanti.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomantizmApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...