MUIZZIN
Aku menggerakkan tubuh aku mengikut irama lagu remix yang aku buka di komputer Hakimi. Punggung Hakimi aku tampar sekali. Dia menjerit kesakitan. Tu lah, kenapa punggung kau comel sangat?, kan dah kena sekali dengan aku. Aku tergelak besar. Dia yang sedang bermain telefon sambil meniarap terus terduduk. Lengan aku dia tumbuk kuat.
" Sakit bodoh !!." Dia sambung semula bermain telefon. Aku memandangnya yang tak henti henti tersengih daripada tadi. Apa yang seronok sangat dia tengok tu pun aku tak tahu. Idea jahat aku bula bermain di fikiran aku.
" Kau tengok benda tak senonoh eh?. Kau, dah pandai sekarang nih !!." Aku tampar pipinya kuat sebelum kakinya hinggap ditepi kaki aku.
" KAU KENAPA ?!." Dia memandang aku tajam. Aku tergelak lagi melihat dia yang memegang pipinya yang aku tampar tadi. Kuat sangat ke?.
" Kau, dulu waktu aku jumpa kau, bukan main pemalu lagi. Sekarang, dah pandai. " Dia merenung aku tajam.
"Aku beli barang online lah. Yang kau tampar aku tiba tiba kenapa?. Sakit siak. " Dia mengusap usap pipinya sambil meregus kasar.
" Kau beli barang online?. Kau belikan aku apa?. Weyh, aku terharu !!." Aku terjun ke atas tubuhnya. Aku tergelak terkekek mendengar dia maki aku tak henti henti. Suka betul aku buli dia. Kesian kau Hakimi kena buli dengan aku. Aku tak boleh buat dekat Hakim dengan Aqil, nanti aku kena balik.
" Korang buat apa ni?!." Aku memandang Aqil memasuki bilik Hakimi. Hakimi meronta ronta minta dilepaskan. Aku tergelak kecil sebelum pipinya aku cubit kuat.
" Muizzin nak rogol aku." Aqil memandang Hakimi tak percaya. Dia sudah ternganga.
" Kau yang goda aku tadi." Aku menggigit bawah bibir aku lantas aku tergelak.
" Arghhh, apa ni?. Geli kau tahu tak?. Jangan nak buat maksiat dekat rumah ni. Rumah ni suci dari sebarang maksiat" Aqil duduk di kerusi manakala aku pula duduk di atas katil bersebelahan dengan Hakimi.
" Hakim tak datang ke?." Pelik juga aku, selalunya dia akan datang melepak dengan kami waktu waktu ni. Aqil menggeleng.
" Dia kata dia ada hal nak buat. Korang nak tahu sesuatu tak?." Aku pantang dengar cerita. Aku menarik kerusi Aqil supaya dekat dengan aku. Dia tergelak kecil teruja macam budak kecil.
" Apa apa?." Hakimi meletakkan telefonnya di tepi dan mendengar kami.
" Aku rasa kan Hakim dah nak kahwin." Aqil memandang aku bersilih ganti dengan Hakimi sebelum gelak aku terletus.
" Hakim nak kahwin, serius lah. Dengan siapa?. Suraya?. Nonsense lah." Mengarut betul. Aku kenal Hakim macam mana, lepas putus dengan Suraya, dia mana pernah bercinta dah, takkan tiba tiba nak kahwin?. Melainkan mama dia sendiri yang paksa dia kahwin. Itupun Hakim akan bantah. Hakim?, siapa tak kenal. Keras hati sekeras batu. Kalah batu lah. Tembok.
" Aku sendiri nampak dia bawa buku 'ciri ciri lelaki idaman wanita' tau. Takkan untuk abang dia pulak?. " Aku terdiam. Boleh jadi juga.
" Biarlah dia. Dia pun nak ada privasi. Ada masa dia boleh kongsi, ada masa dia rasa benda tu peribadi yang hanya dia saja yang rasa. Kalau Hakim tu nak berubah sekalipun, kita ni sebagai kawan dia, just support . Lagipun sampai bila dia nak membujang?. Kalau dia nak kahwin nanti, dia sendiri lah yang bagitahu kita." Hakimi memeluk tubuhnya. Aku memandangnya tak percaya.
" Pergh kau, matang dah kawan aku ni. Kau bila nak kahwin?." Aku menolak bahunya. Cakap kalah PM, Tapi diri sendiri still single. Aku pun single. Dia tersengih malu. Eh eh, kau tengok dia nih?.
" Sampai masa, aku kahwin lah. Aku ni pun apa kurang hensemnya." Dia tersengih kecil selepas memuji dirinya. Aku memandang Aqil sebelum Aqil bagi isyarat 'izin'. Aku terus merangkul tengkuknya sebelum atas kepalanya aku sekeh. Dia sudah tergelak minta dilepaskan. Aqil menggeleng melihat kami. Dasar kuat perasan !!.
**********************************
AMIRUL HAKIM
Aku menyelak satu persatu helaian buku yang sempat aku beli tadi. Tersengih aku di buatnya. Aku dah gila. Sumpah aku dah gila. Aku terus menerus menyelak satu persatu halaman. Lelaki idaman perempuan ni orang yang macam mana?.
1. Seorang yang berfikiran terbuka.
Ada masa saja aku ni 'positif'. Kalau aku dah start overthinking, memang semua benda aku imagin. Apa, ingat perempuan je ke yang imaginasi dia tinggi?.
2. Menghiburkan
Apa, aku ni bosan sangat ke?. Kadang kadang aku ni pandai buat lawak juga. Sikit lah. Sekurang kurangnya ada lah juga. Aku sempat baca satu ayat yang tertulis di dalam buku ini.
' Perempuan tidak akan memilih lelaki yang sempurna, tetapi dia memilih lelaki yang bertanggungjawab, prihatin dan selalu membuatnya tersenyum dan berasa tenang. Barulah dia belajar untuk mencintainya'
Aku menutup buku tadi dan letak di atas meja lampu. Aku menyandarkan tubuh aku di kepala katil sambil mengalaskan belakang kepala aku dengan kedua lengan aku. Pandangan aku tepat pada penghawa dingin. Otak aku masih memikirkan, aku ni cukup bersedia ke untuk beralas tanggungjawab sebagai ketua keluarga?. Mampu ke aku jadi yang terbaik untuk dia?. Mata aku menjadi berat apabila memikirkan semua tu. Aku menurunkan tubuh aku sebelum menyelubungi tubuh aku dengan selimut.
Aku berharap segalanya berjalan dengan lancar. Aku tiba tiba terfikirkan tentang Aina. Apa yang dia sedang buat sekarang ni?. Aku sudah mula kuat memikirkannya. Aku tak pasti dia jodoh aku tapi aku yakin, dia baik. Walaupun aku tak berapa kenal dia orang yang macam mana?, tetapi dia ada hati yang baik dan seorang yang cantik..
Aku ingat lagi waktu aku duduk berbual dengan Kak Dhia dulu..
" Kita tak perlu bercinta untuk kenal hati budi dia, tapi kita boleh kenal dia waktu kita kahwin nanti. Semuanya kita boleh betulkan waktu kita dah kahwin. Dengan perkahwinan, kita boleh bentuk pasangan kita macam mana kita nak. Bukan dengan menguli, tapi dengan memperbaiki dan menasihati. Bila kita ada kesefahaman dan toleransi antara satu sama lain, insyaAllah kita dapat apa yang kita nak. Rumah tangga kita tetap teguh sehingga akhir kecuali takdir menentukan untuk kita berpisah."
Aku tersengih mengingati semula apa yang dia kata. Sekarang, baru aku faham maksud dia. Bila aku fikirkan semula, aku juga memerlukan seseorang untuk memperbaiki diri aku. Kalau diri aku sendiri tak mampu ubah aku, mungkin pasangan aku. Mungkin itu kelebihan hidup berpasangan. Aku harap, aku jumpa seseorang yang sama dengan apa yang aku impikan lah.
Sofea di sisi aku mula bergerak. Tak selesa agaknya itu. Aku mendodoikan dia semula. Aku tersenyum memandangnya. Aku juga memerlukan seseorang yang boleh jagakan Sofea, dan anggap Sofea macam anak dia sendiri.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...