AINA ADRIANA
Fikiran aku melayang. Aku tak tahu apa yang aku sedang fikirkan sekarang ni. Tangan aku masih menggentel gentel hujung bantal. Kaca skrin TV aku tenung. Drama kegemaran aku malam ni langsung tidak menarik perhatian aku.
" Sudah sudahlah tu Aina. Jangan dok fikir lagi hal tu. Itu kan keputusan Aina. " Mak yang daripada dapur menuju ke arah aku. Aku yang bagaikan baru tersedar daripada lamunan, memandang mak yang sedang duduk di sebelah aku. Aku menguntum senyuman.
" Mana ada Aina fikirkan hal tu, Aina kan tengah tengok TV ni. " Aku berbohong. Eh kau, padahal macam nak tembus TV tu kau tenung tadi.
" Jangan nak tipu mak lah. Mak tahu Aina tengah termenung. Selalunya bukan main bising lagi tengok TV macam dia yang berlakon, hari ni diam je." Aku hanya tersengih.
" Mak, Aina rindu Abah lah." Tiba tiba saja aku terbayangkan wajah abah sewaktu umur aku darjah 3 dahulu. Arwah abah selalu ajar aku Matematik sebab aku lemah dalam subjek tu. Tetapi sekarang aku dah tak dapat merasai semua tu. Mak memandang aku lama.
" Bukan Aina aja yang rindu. " Mak tersenyum. Aku mendekati mak lantas lengannya aku peluk.
" Mak, mak ada sesuatu niat tak yang mak nak Aina buat?." Aku memandang wajah mak. Aku rasa sudah masa untuk aku kabulkan niat mak kali ini.
" Mak nak Aina kahwin. Dengan sesiapa pun mak tak kisah, asalkan Aina kahwin." Aku terdiam dengan permintaan mak.
" Kenapa mak nak Aina kahwin?. Abang kan tak kahwin lagi?." Aku memandang mak pelik. Takkan aku nak mendahului abang pula?.
" Aina taknak kahwin ke?. " Aku hanya tersengih. Siapa tak mahu kahwin?. Kalau disoal aku, memang aku nak kahwin lah jawabnya. Tetapi, masalahnya sekarang, aku takde calon yang sesuai. Semua lelaki dalam kampung ni tak sesuai bagi aku. Kebanyakkannya lelaki dekat sini hanya 'mat motor' saja. Tak mahu aku.
" Nak lah. Tapi mak faham kan. Anak mak ni mana pernah bercinta. " Aku mengeluh kecil. Walaupun aku yang cantik bagaikan bulan ni pun orang tak pandang. apakan lagi nak kahwin dengan aku. Puihh cantik bagaikan bulan kambeng kau.
" Kahwin syarat dia bukannya bercinta, tetapi hati. Kalau hati kita rasa dia sesuai dengan kita, tak mustahil itu jodoh yang dah ditentukan untuk kita." Aku hanya terdiam. Wajib sangat ke kahwin tu?.
" Iyalah mak, sampai masa, kahwinlah anak mak nih. Aina tunggu takdir je." Aku sudah mula berpasrah. Kalau ditentukan aku untuk jadi anak dara tua, aku terima saja.
" Apa pulak kata macam tu, usahalah sikit. Apa gunanya kita ni jadi manusia kalau kita tak berdoa minta dipermudahkan semuanya. Allah tu maha adil. Dia tahu yang terbaik untuk hamba hambaNYA. Walaupun doa kita kadang kadang tak dimakbulkan, tetapi kita kena ingat, bantuan Allah S.W.T tu tak datang bila kita mahukan sesuatu, tetapi datang bila kita perlukan sesuatu. "
ZAPZZZZ..... Hambek kau. Terdiam aku dibuatnya. Ni baru betul tazkirah daripada mak.
" Terima kasih mak. Insya Allah Aina usaha ya mak." Aku memejamkan mata aku. Selesa berada di sisi mak. Mak banyak memberi aku semangat kalau aku sudah mula berpasrah. Terima kasih mak.....
**********
" Eh meon, ada pesanan ni. " Aku memandang Dian. Dia panggil aku Meon?. Kurang ajo. Ya, aku sudah berkerja semula disini seminggu yang lepas apabila bos sendiri yang memanggil aku untuk bekerja dengannya. Kalau diikutkan hati, memang taknak aku tapi disebabkan susah untuk aku cari kerja, aku terima juga.
" Kau ada lagi dekat sini?." Senyuman aku mati apabila mata aku memandang seorang perempuan yang rambutnya perang nak mati. Mat salleh ke nih?. Tapi kenapa muka macam melayu?. Aku tersengih kecil. Ouh dia nih. Nak kena simbah air lagi ke?.
" Ya cik. Saya masih di sini lagi. Cik kenapa ada dekat sini?. Nak kopi lagi?." Dia berdegus. Kenapa dia ada dekat sini lagi?. Takde tempat dia nak lepak ke?. Aku nampak dia datang bersama sama dengan kawan kawannya.
" Maafkan saya cik." Bos datang ke arah aku. Dia tersenyum memandang perempuan tadi.
" I dah suruh You pecat dia kan?. Kenapa dia ada dekat sini lagi?." Dia menjeling aku. Aku hanya tersenyum.
" Maafkan saya cik, husband you sendiri yang suruh." Dia membuat riak wajah tidak percaya.
" What?. Husband I. Eh, nonsense lah." Dia tak percaya dengan apa yang bos kata.
" Saya tak tipu cik, kalau cik tak percaya, cik boleh tanya suami cik sendiri." Dia memandang aku tidak percaya dan berlalu meninggalkan Cafe dan kawan kawannya yang sudah tercengang.. Kenapa dia tak boleh biarkan apa yang sudah berlaku?. Terima jelah kenyataan.
**************************************
AMIRUL HAKIM
Aku menghirup Mocha panas aku sambil mata aku melihat Erin mula menghentak hentak kakinya sebelum keluar daripada Cafe tadi. Mengamuk pula. Aku tak tahu pula yang dia datang ke sini.
" Encik Hakim tak ambil order lagi kan?." Aku memandang seorang perempuan yang sedang tersenyum malu malu memandang aku. Aku tersengih kecil. Yang aku pegang ni apa?. Pinggan?>
" Ouh dah, saya tengah minum lah ni." Aku mengangkat sedikit cawan minuman aku. Dia tersgelak.
" Ouh tak nampak. Encik nampak hensem sangat hari ni, tu yang tak nampak tu." Dia tersenyum sebelum berlalu. Aku tersengih lagi. Tak, apa kena mengena hensem dengan tak nampak?. Aku menghirup lagi air minuman aku.
Aku memandang Aina yang sedang mengambil pesanan. Wajahnya aku tenung lama. Entah, sejak sejak aku bermimpi tentang dia, aku rasa lain macam seperti rasa ada yang tak kena dengan aku. Mungkin aku terbawa bawa. Perempuan yang berani masuk ke dalam mimpi aku semata mata nak cakap rindu dekat aku. Ah, gila lah aku ni.
**********
Aku yang baru membuka pintu kereta terkejut apabila lengan aku ditendang seseorang. Jatuh kunci kereta di tangan aku. Aku memandang dia yang menendang lengan aku tadi. Di tangannya tergenggam kemas sebilah pisau. Wajahnya yang terlindung dengan sapu muka menyukarkan aku untuk melihat mukanya. Dasar penakut.
Dia datang menyerang aku lagi tetapi aku tahan tangannya dan menetak tangannya supaya pisau ditangannya dilepaskan. Perutnya aku tendang dengan lutut aku membuatkan dia ke belakang. Dia berlari ke arah aku lantas aku sepak kepalanya, lengannya aku tarik membawa ke belakang.
" Encik !!." Aku memandang Aina yang berlari ke arah aku.
" Jangan datang sini !!." Aku menghalangnya daripada datang ke arah aku. Dia sudah terlalu dekat dengan aku. Hanya beberapa tapak saja. Dia mengeluarkan telefonnya menelefon seseorang. Tanpa sedari, lelaki tadi menyiku tepi pinggang aku membuatkan dia terlepas daripada aku. Pisau di lantai di capai.
" Encik !!!." Aina mencampak telefonnya ke tepi sebelum dia menarik aku ke dalam dakapannya dan...........
Aku memandang wajahnya yang sudah memucat menahan kesakitan. Aku merangkul tubuhnya. Lelaki tadi menarik pisau yang di benamkan di atas bahu Aina menyebabkan darah memercik keluar. Dia yang nampak kekalutan terus melarikan diri. Darah mula memenuhi belakang bajunya. Mata aku membesar memandang wajahnya. Kening dia kerut menahan kesakitan. Aku tutup atas bahunya supaya darah berhenti mengalir. Aku merangkul tubuhnya membawa dia ke hospital. Kali ini...... aku terasa lagi bersalah. Aku punca dia merasai kesakitan.
![](https://img.wattpad.com/cover/159820767-288-k576291.jpg)
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...