Aku menuju ke arah ruang tamu dengan perasan gementar aku. Aku takut. Mereka memandang aku. Tahu apa yang sedang aku fikirkan sekarang ni?. Aku terbayang yang Datin ke arah aku terus tampar aku macam dalam drama. Perh, takutnya. Aku menunduk memandang mereka.
" Aina jangan malu malu. Angkat muka tu." Mak memegang lengan aku.
" Dah semakin cantik Aina sekarang." Aku mengangkat kepala aku memandang mereka. Aku melihat Datin memandang aku teruja. Suaminya juga tersenyum melihat aku. Aku tersenyum janggal. Dia cakap aku cantik?. Aku tak salah dengar kan?. Kan kan?. Tetapi, dia tak marah aku ke tentang anaknya ?.
" Dat.. Datin dengan Dato sihat?." Aku duduk di sofa berhadapan dengannya. Aku cuba membuat keadaan menjadi tidak kekok. Mereka mengangguk. Mak hanya mendengar saja perbualan aku dengan mereka.
" Aina macam mana sekarang?. Ada rindu nak duduk lagi dekat sana ke?." Aku mengangguk terpaksa. Nak je aku geleng. Aku memang tak nak datang sana lagi. Semuanya pahit bagi aku. Aku takkan sesekali buka buku lama yang aku dah buang jauh jauh daripada kotak fikiran aku.
" Baguslah macam tu. Pandai Mizah jaga anak dara awak ni. Suka saya tengok." Aku tersenyum malu. Mereka tergelak kecil.
" Maaflah bertanya. Tetapi apa niat Datin datang sini?. " Mak membuka suara. Aku juga mempersoalkan kehadiran dia ke sini tetapi malu pula aku mahu bertanya.
" Macam ni Mizah, maaflah kalau saya ni nampak macam tergesa gesa, tetapi niat saya ni besar." Mati senyuman aku. Aku memandang mak. Mak hanya tersengih.
" Apa niatnya tu Datin." Datin Nawarah memandang suaminya sebelum memandang aku dengan senyuman bermaknannya.
" Saya datang nak merisik Aina untuk anak saya." Aku terasa seperti otak aku memberi isyarat supaya menghantar darah daripada peparu ke jantung aku untuk mengepam segala darah menyebabkan jantung aku berdegup dengan kencang. Aku terkaku mendengar niatnya tadi. Suaminya juga memandang Datin dengan pandangan tidak percaya. Hanya dia saja yang tersenyum, kami pula ternganga.
" Macam mana, Aina terima ke?." Aku tersedar daripada terus tercengang.
" Saya tak kisah, asalkan Aina setuju." Mak memegang tangan aku. Aku memandang mak sebelum aku mememandangnya. Aku tak tahu. Aku buntu. Encik Hakim?. Dia setuju ke dengan apa yang ibunya?. Aku sedikit pun tidak ada perasaan pada encik Hakim. Aku hanya anggap dia tak ubah seperti majikan aku selama ini.
" Saya minta maaf Datin, saya hanya anggap .... ." Aku tak mampu teruskan apa yang aku katakan. Aku takut dia kecil hati dengan apa yang aku ingin cakap.
" Eh takpe, saya faham dengan apa yang awak rasa. Saya nak minta maaf juga kalau niat saya ni buat awak tak selesa." Aku geleng laju. Aku cuma tak pasti dengan diri aku. Betul ke encik Hakim lamar aku?. Ke hanya Datin yang uruskan semua ini sendiri?.
*************************************
AMIRUL HAKIM
" Hakim tak sedia lagi lah nak kahwin. Hakim tak setuju." Aku berdiri. Apa semua ni?.
" Hakim, mama nak Hakim kahwin. Itu je. Sampai bila nak membujang." Mama bersuara. Kenapa perlu paksa aku?. Aku tak kenal pun hati budi budak tu, alih alih suruh aku kahwin dengan dia. Tak masuk akal betul semua nih.
" Mama, kalau Hakim rasa Hakim dah sedia nak kahwin, Hakim beritahu dengan mama. Lagipun, budak tu siapa?. Setakat dia kerja dengan Hakim, mama terus nak dia jadi menantu mama. Macam tu?."
" Tak, mama dah cukup lama kenal Aina tu. Dia budak baik. Mama kenal keluarga dia. " Aku mengeluh berat.
" Hakim, duduk. Sudah sudahlah tu awak paksa si Hakim ni kahwin. Biarlah dia yang buat keputusan nak kahwin. Soal kahwin ni tak boleh di bawa main. Dia yang nak kahwin, bukan kita." Papa membuka suara apabila lama mendiamkan diri. Aku duduk di sofa semula. Mama memandang aku.
" Saya bukan apa abang, Hakim ni bukan budak lagi nak kita yang jaga. Siapa yang nak uruskan makan pakai dia nanti. Saya cuma risaukan dia. Nak tunggu jawapan daripada dia, tunggu saya masuk kubur jelah nampaknya." Mama mengeluh kecil. Aku menghargai apa yang mama buat untuk aku tapi kahwin melibatkan hal peribadi aku. Aku yang pilih pasangan hidup aku nanti. Aku mahu yang betul betul sepadan dengan aku.
" Hakim selesa mama hidup bujang ni. Hakim okay je uruskan semua tu sendiri." Aku merendahkan suara aku menjadi nada memujuk.
" Mama dengan papa buat apa berkumpul petang petang nih?. " Hafiz datang ke arah kami. Aku menoleh pandangan aku daripada memandangnya. Yang dia ni sibuk campur hal aku kenapa?. Tak nampak orang tengah talk ke?.
" Ni bukan urusan kau nak masuk campur." Aku memandang ke arah lain. Dia tergelak kecil.
" Kau ni, still keras hati kan?. Setuju jelah dengan cadangan mama tu. Teruk sangat ke perempuan tu kau nak tolak?." Aku berdegus kecil.
" Hafiz, tak nampak ke mama tengah cakap dengan Hakim nih?." Hafiz terdiam. Dia tersengih kecil.
" Alah, Hafiz cuma setuju dengan cadangan mama je?."
" Sudah, kamu dari mana tadi. Keluar sampai petang tak balik." Dia tersengih lagi.
" Tadi Hafiz lawat Cafe mama tadi. Ada pula perempuan tumpahkan kopi dekat baju Erin. Dasar budak tak terlatih." Dia berkata selamba. Aku memandangnya.
" Terus Hafiz pecat dia. Aina?. Entah apa nama dia pun Hafiz tak tahu. Mama jangan berterima kasih dekat Hafiz sebab bantu mama pecat budak tu." Terus mata kami semua memandangnya tidak percaya.
" HAFIZ !!." Mama berdiri memandang Hafiz tidak percaya. Hafiz memandang mama pelik.
" Eh, kenapa mama marah semacam?. Hafiz buat benda betul je. Cafe kita tu untuk pekerja yang bijak je." Dia berkata selamba lagi. Kak Amirah yang baru turun juga terkejut mendengar mama menjerit.
" Yang Hafiz pecat dia kenapa?. Itu kerja mama yang uruskan. Mama yang ambil pekerja, mama yang pecat. Yang Hafiz pandai pandai buat keputusan Hafiz kenapa!?. Mama mula meninggikan suaranya. Papa datang mengusap belakang badan mama. Aku hanya terdiam. Dah lain topik pula sekarang ni.
Mama memegang atas dadanya menahan kemarahannya. Aku juga terkejut melihat mama naik angin. Macam singa.
" Hafiz pandai pandai panggil dia balik bekerja dekat tempat Cafe. Mama tak kira, Hafiz pujuk dia nanti kalau dia tak mahu." Mama berlalu pergi. Papa mengeluh kecil sebelum mengekori mama.
" What !!. Aku kena pujuk dia?. Wah.... besar pangkat dia." Dia berkata sendirian. Kak Amirah tergelak kecil.
" Kau buat jelah apa yang mama suruh tu Fiz....." Kak Amirah mencelah. Lelaki di hadapan aku menjulingkan matanya ke atas.
" Semua yang aku cakap, semua mama tak terima." Dia mengeluh sebelum berdiri dan terus menuju ke atas dengan rasa tidak puas hatinya.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...