AINA ADRIANA
Aku menuang kopi tadi di dalam cawan sebelum aku letak di atas dulang. Aku beri pada kak Adirah. Yeahhh, hari ni aku dah masuk kerja semula walaupun ditegah mak, aku tetap nak pergi. Aku dah sihat sepenuhnya. Aku dah boleh angkat barang yang berat sikit. Datin pun larang aku masuk kerja, tapi aku nak juga. Aku bukan keras hati, tapi aku rindukan bauan kopi di sini. Sumpah aku rindu. Sudah tiga minggu aku keluar daripada hospital.
" Aku nak Mocha panas." Aku memandang wajah lelaki yang memandang aku tanpa perasaan. Kenal dah tu siapa. Siapa lagi kalau...
" Eh encik Hakim. How are you?." Aku tersengih manis ke arahnya. Oh... awal awal pagi sudah minum kopi ya?. Hensem bergaya memakai tali leher berwarna biru. Rambutnya bagaikan ombak beralun alun. Dia hanya mendiamkan diri menunggu resitnya. Dia langsung tak layan khabar aku. Layan aku macam.... tiang?.
" Ouh encik Hakimku...... pergi ke tasik.... memungut batu, rindu Mocha buatan saya ke tu?." Dia memandang aku sebelum menoleh memandang ke arah lain. Aku kuntum senyuman lantas mengangguk. Dia taknak layan aku, takpe aku faham.
" Ini resitnya. Minum kopi....bersama saya, datang lagi ya." Dia mencapai resit ditangan aku sebelum berlalu menuju ke arah meja. Aku tergelak kecil. Sombong.
" Meon, kau tegur dia ke?." Dian datang menuju ke arah aku. Aku memandangnya sebelum menggeleng. Kami sekarang selesa ber aku kau selepas sudah lama berkenalan. Rupanya macam setan perangai Dian ni.
" Aku tak tegur dia lah, aku menyapa dan menceriakan pagi dia. Tapi tulah, dia macam period je?." Dia tergelak lantas menepuk nepuk lengan aku. Dia menutup mulutnya tergelak suka. Kau tepuk tepuk aku, sakit tahu tak?. Aku memandangnya bosan.
" Kau ni, dia baru putus cinta lah tu agaknya. Kalau ada ruang, aku sanggup je gantikan perempuan tu untuk dia." Lantas aku berpura pura gelak dan meniru semula perbuatannya tadi. Kau tak sedar ke diri kau tu lelaki wahai Dian?. Dia mengelak daripada terus dipukul aku.
" Sakitlah meon. Kau pergi buat kerja lah. Sakit pulak hati aku tengok muka kau yang tak berapa lawa ni." Aku menolak bahunya lembut. Acah acah gengster kan?, kenalah berlakon sikit.
" Wah kaklong, lu punya mulut banyak longkang ah. " Dia tergelak kecil melihat gaya gengster aku. Dia memandang aku sombong.
" Wa taknak lu join king punya grup. Kalau lu masuk tempat gua, lu mati." Dia menunjuk wajah aku dengan jarinya. Meniru dialog Shark dalam KL Gengster 1. Pergh, filem favorite aku tu. Aku memandangnya teruja.
" Lu jangan banyak cakap sama gua la, kalau bukan sebab bapak lu, lu takda dekat tempat lu berada sekarang ni tau." Aku menunjuknya bakat aku pula. Nak tergelak aku dibuatnya. Dahlah dekat kaunter, tak malu pulak tu. Sempat lagi kami berlakon dekat sini. Dasar dua dua sengal, masuk air.
" Awak berdua ni nak kerja ke nak gaduh?." Kami terus membuat hal masing masing apabila bos datang ke arah kami. Tahu kau takut, tadi bukan main pailang lagi. Aku menahan gelak aku daripada tersembur setelah melihat bos kembali ke tempatnya.
" Mantap doh. Kau layan juga ke cerita KL gengter tu?." Dian menampar lengan aku lembut. Aku memandangnya sinis.
" Kau pun layan ke?. Ingatkan kau layan Barbie Mariposa je." Aku mencuihkan bibir. Dia menjeling aku lantas menyambung kerjanya. Mata aku memandang encik Hakim yang melangkah kakinya menuju ke pintu untuk menuju ke pejabatnya. Haih, awal... awal...
**********
Berkedip kedip mata aku memandang wajahnya. Dia memandang aku tanpa perasaan. 2 minit jugaklah macam ni. Tak, dia nak jumpa aku ke nak main pandang pandang ni?. Dia membetulkan suaranya.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomansaApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...