BAB 9 👹

7K 264 0
                                        

" Astagfiruallah alazim Aina, macam mana boleh jadi macam nih?." Seorang perempuan memegang pipinya. Ibunya mungkin. Seorang lelaki yang berdiri di belakang nampak terlalu risau. 

Aku minta Aina nombor penjaganya supaya aku boleh memberitahu hal yang sebenar. Aku nampak dia pun macam baru belasan tahun. Muka dia tak matured langsung. Bukan aku menghina, tetapi memang betul.

" Apa jadi dengan anak makcik nih?." Dia memandang aku dengan pandangan simpatinya.

" Dia kena pukul. Nasib kami dengar suara dia jerit tadi." Aku menggaru kepala aku yang tidak terasa gatal. Kawan kawan aku yang lain masih menunggu di luar. 

Aku pula di dalam menunggu penjaganya sampai. Aku rasa bersalah kerana aku menyuruhnya mengemas rumah aku, kalau aku tak suruh hari ini, mesti di takkan kena macam nih.

" Memang bertuah dia tu. Sampai hati dia buat anak mak macam nih." Aina menangis sambil memeluk ibunya. Mungkin dia masih lagi takut dengan apa yang berlaku padanya tadi. 

*********

" Terima kasihlah nak, sebab tolong anak makcik tadi. Kalau kamu takda tadi, apalah jadi dekat anak makcik nanti." Dia memandang aku dengan senyuman sedihnya. Kami hanya mengangguk kecil.  

Aku tahu perasaannya, sebagai seorang ibu, mana mungkin dia sanggup melihat anaknya seperti itu. Sejujurnya, itu pertama kali aku melihat perempuan dipukul seteruk itu. Dayus gila lelaki tu. Kami sekarang di luar wad apabila anaknya mahu berehat.

" Dia ada bermusuhan dengan sesiapa ke makcik?. Tak silap saya yang pukul dia tu lelaki." Muizzin mencelah. Kami memandangnya dengan padangan tajam. Yang kau cakap macam tu dah kenapa?. Hakimi menyiku sedikit legannya. Makcik tadi mengeluh kecil.

" Dia tak pernah pulak beritahu makcik. Dia budak baik. Tak mungkin ada orang sanggup buat dia macam tu. Makcik kenal Aina tu macam mana." Aku memandang mereka. Kesian pula aku tengok dia macam ni. Siapa lelaki tu?.

" Macam ni makcik, makcik jangan risau. Kami dah buat laporan polis dan polis akan segera ambil tindakan. Kalau polis berjaya berkas lelaki tu, saya telefon makcik. Sebagai tebus kesalahan saya, saya akan bayar semua sekali bayaran bil hospital nanti. " Aku cuba meredakan hatinya daripada ketakutan. 

" Bukan salah kamu. Dia cuma pergi kerja saja. Makcik tak salahkan kamu pun. Makcik minta maaf sebab dah susahkan kamu." Dia tersenyum kecil ke arah aku. Aku mengangguk.

" Nanti kirim salam dekat Datin ya?." Aku mengangguk lagi. Rupanya makcik ni kawan mama. Patutlah mama beriya cakap anak kawan dia tu baik, cantik, comel apalah. Ya ke?

" Saya balik du.. ."

" Aina !!!. Mana kawan aku !!." Percakapan aku terhenti apabila seorang perempuan berlari tak cukup tanah menuju ke arah makcik di hadapan aku. 

" Makcik, mana Aina!?." Dia seperti kerasukan mencari adik atau kakaknya mungkin?.

" Ish kamu nih Hanis, Aina ada dekat dalam." Dia terus mendapatkan kawannya. Aku memandang mereka. Muizzin sudah terbeliak.

" Tu.... bukan perempuan yang tolak aku time kita dekat kelab tu ke?." Muizzin menutup mulutnya tak percaya. Aku memegang dahi aku. Pening dengan apa yang berlaku di hadapan aku sekarang nih. 

Makcik tadi memandang aku terkejut. Mungkin dia tak percaya dengan apa yang dikatakan Muizzin. Muka kami yang BAIK ini pergi ke kelab.

" Kami balik dulu ya makcik, kalau ada apa apa, telefon je saya. " Aku terus berlalu pergi meninggalkan kawasan hospital. Aku ada beri dia nombor aku sekiranya dia memerlukan apa apa, dia hanya telefon aku saja. Itu pun kalau dia mahu telefon setelah dia dengar apa yang Muizzin kata.

" Aku pun tak sangka budak perempuan tu boleh kena sepak terajang sampai macam tu sekali. Kesian weyh aku tengok. Bapak ah lelaki tu, dayus gila. Aku kalau dapat lelaki tu, dah lama aku cincang dia. Merosakkan nama kaum Adam betul lah." Aku hanya mengangguk setuju. Aku juga terkejut melihat rupa Aina habis berdarah. 

Tetapi, kenapa lelaki tu sanggup pukul dia macam tu?. Dia meragut ke?. Tetapi kenapa begnya tidak dibawa lari sekali. Perasaan ingin tahu aku semakin membuak. Ah lantaklah. Bukan urusan aku pun. Aku tak suka masuk campur hal orang. 

" Kau taknak cari lelaki tu?." Aqil memandang aku." Aku hanya tersenyum nipis.

" Aku dengan kes lelaki yang rompak bank aku pun tak selesai lagi, kerja aku melambak, aku tak rasa aku ada masa." Aku tak terfikir mahu mencari lelaki itu kerana aku sudah membuat laporan polis.

" Yelah kan. Takpelah. Asalkan dia dah selamat. Tetapi, bahaya jugak. Mana tahu dia datang lagi serang perempuan tu?." Aku memandang Aqil. Betul juga apa yang dia katakan kerana aku tak rasa itu kes meragut. Tetapi, polis akan ambil tindakan atas lelaki itu. Aku serabut.

****

HANIS

" Aina, aku risau tau dekat kau. Jatuh jantung aku bila abang kau cakap kau masuk hospital. Aku ingatkan kau pengsan je, tapi tak sangka sampai macam ni sekali rupa kau. Siap yang sanggup buat kau macam nih!!. Memang anak keparat betul lah budak tu. " Aku memegang tangan Aina cuba memberinya kekuatan. 

Aku nampak senyuman di bibirnya walaupun aku tahu, perit untuk dia senyum dengan keadaan bibirnya yang sebegitu. 

" Aku okay jelah. Dia salah orang kot?. Kau janganlah risau sangat, kan aku dah selamat nih." Aku memandangnya tajam. 

" Macam mana dia boleh salah orang pulak?. Pukul kau sampai macam ni sekali?. Kau dah buat laporang polis belum." Dia menjongketkan bahunya. Aku memandangnya sedih.

" Aina, benda ni jangan buat main tau, bahaya. Kau tu dahlah perempuan. Kalau dia datang lagi pukul kau, aku takkan maafkan diri aku tau." Aku lap air mata aku yang jatuh setitik. 

Hancur hati aku melihat keadaan Aina sebegini. Sanggup lelaki itu memukul wajah Aina yang cantik ini. Hilang senyuman manis dibibirnya. Dia susah untuk tersenyum seperti biasa. 

" Kau jangan cakap macam tu, aku janji, aku jaga jaga lepas ni." Dia memusingkan sedikit badannya memegang tangan aku tetapi lantas dia memegang pinggangnya. Mukanya menahan kesakitan. 

" Kau janganlah gerak !!." Jatuh lagi beberapa titik mata aku melihat Aina kesakitan. Aku ter esak esak memeluk tubuhnya. Kuat sungguh hatinya apabila dirinya sebegini. 

Aku tahu, walaupun dia tersenyum sebegitu, tetapi dia masih lagi merasai ketakutan. Aku mengusap usap belakang badannya. Aku minta maaf Hanis sebab risaukan kau. Aku tidak mahu kau tahu yang lelaki tu Haziq.

MR. SAVIORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang