BAB 63👹

3.9K 164 5
                                        

ERIN 

" Aku tak buat...aku tak buat." Aku menggeleng geleng laju sambil bibir aku menggeletar. Selimut tebal yang  menyelubungi badan aku sedikit pun tak menghilangkan sejuk.  Badan aku semakin kesakitan akibat dicucuk cucuk kesejukkan. Nak cakap hujan, dekat luar tu panas je. Matahari masih memancar sinar. Peluh mula menitik nitik membasahi dahi dan wajah aku. Bibir juga sudah putih memucat.

" Erin... ." Ketukkan pintu bilik kedengaran tapi aku biarkan saja. Suara lembut ibu aku endahkan. Aku tak mahu sesiapa ganggu aku sekarang. Ketukkan pintu bilik semakin bertalu talu.

" Erin... bukan pintu ni sayang. Marilah makan. Semalaman kamu duduk mengunci dekat dalam bilik. Makanlah, nanti perut masuk angin." Sayup sayup kedengaran suara ibu disebalik pintu.

" Jangan kacau aku!!." Aku menjerit bagaikan menggila. Selimut tadi aku tolak lantas terduduk. Rambut aku cengkam kasar sambil mata aku membesar. Badan aku gerakkan kebelakang dan kehadapan cuba untuk melupakan apa yang sedang bermain di dalam fikiran aku. Wajah Hafiz dan Dhia tiba tiba muncul di dalam benak kepala aku. Nafas kedengaran akibat aku terlalu takut. 

" Kau jangan kacau aku lagi!!!. Pergi kau!!." Aku memukul mukul kepala aku berharap wajah mereka berdua akan hilang daripada pemandangan aku tetapi tak. Hafiz dan Dhia melemparkan sengihan sinisnya ke arah aku. Mereka seakan akan memandang aku dengan pandangan kemenangannya. Desahan kemarahan aku semakin kuat sebelum aku menjerit kuat   menendang nendang tilam katil.

" Kau s*al Hafiz. Kau si*al!!. Kau takkan bahagia sampai kau mampus!!. Arghh!!!. Bodoh bodoh bodoh!!!!." Aku menghantuk hantuk kuat kepala aku di dinding bilik. Darah yang meleleh aku biarkan saja sebelum teresak esak aku menangis. Jeritan ibu di luar aku biarkan. Hati aku terlalu sakit. Pertama kali apa yang aku nak tidak menjadi milik aku sepenuhnya. Aku tak boleh terima. Aku terus menerus menjerit. Sekejap aku menjerit, sekejap aku tergelak dan sekejap aku menangis. Emosi aku terganggu dan tak menentu.

Pintu ditendang kuat daripada luar. Beberapa anggota polis masuk bersama ibu dan ayah. Mereka memandang aku terkejut melihat wajah aku yang sudah dipenuhi dengan darah. Ibu cuba mendekati aku tapi ayah cepat cepat menghalang langkahnya, takut aku akan apa apakan mereka. Aku tergelak besar.

" Kau takkan bahagia Hafiz. Kau takkan bahagia!!!. HAHAHAHAHAHA." Gelakan aku semakin kuat. Dua orang pegawai polis perempuan datang ke arah aku sebelum menahan pergerakkan aku. Aku meronta ronta meminta dilepaskan sebelum dia menggari tangan aku.

" Maaf cik. Awak ditahan kerana didakwa atas cubaan membunuh. Apa apa penjelasan, cik boleh jelaskan atau menolak dakwaan nanti di balai." Aku sudah tak tentu arah mendengar yang aku ditahan. Aku menggeleng laju sambil memandang ke arahnya dengan pandangan merayu aku.

" Aku tak buat... aku tak ada niat nak bunuh Hafiz tapi aku nak bunuh Dhia!!. Perempuan sundal tu memang layak mati!!." Aku menjerit lagi. Mereka tidak menghiraukan segala apa yang aku cuba kata dan lakukan. Ya, aku dah gila. Hafiz yang buat aku gila!!. Aku akan cari kau nanti Hafiz. Kau tunggu nanti!!. Mereka menarik tubuh aku keluar daripada bilik. Aku menjerit meronta ronta ingin dilepaskan.

" Erin.... Ya Allah, anak ibu. Abang... anak kita." Aku dengar suara rintihan ibu yang bersimpati dengan nasib yang menimpa aku. Ayah di sisinya hanya mampu mengusap bahu ibu, menenangkan isterinya. Mereka menolak aku ke dalam kereta sebelum perlahan lahan kereta polis tadi meninggalkan kawasan perumahan ibu. Aku mungkin kalah waktu ni, tapi aku akan menang suatu hari nanti. Kau tunggu aku Hafiz!!.

**********

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN........

AMIRUL HAKIM

"Sabar sayang, sabar. Cool down. Tarik nafas..... ." Aina yang terbaring di atas katil hospital berhadapan dengan aku menahan kesakitan, cuba mengikuti langkah tarik nafas aku. 

" Hembus..... ." Dia menghembuskan nafasnya. Aku ulang lagi dan dia tetap ikut langkah aku. Aik, dah macam aku pulak yang nak bersalin. Dia mula rasa sakit contraction sewaktu kami duduk bersantai dirumah. Sofea di rumah terpaksa aku serahkan kepada mama untuk menjaganya. Lagipun kak Dhia ada dirumah bersama Hafiz, bolehlah mereka luangkan masa bersama. Sejak sejak dah rujuk semula ni, berdua saja.

Waktu dia kata kemaluannya mula rasa sakit mencucuk cucuk, aku terus bawa dia ke hospital yang aku sudah daftar kelahiran di sini untuk Aina. Kami masih menunggu doktor mengambil pemeriksaan dahuulu sebelum Aina masuk ke dalam ruang bersalin. Sejujurnya, aku rasa gemntar yang amat. Tangan mula rasa kebas kerana terlalu sejuk. Aina memejamkan matanya sambil berkerut kening menahan rasa kesakitan. Aku di sisiya memberinya kata kata semangat dan sekali sekala aku menyebut nama Pencipta bagi memudahkan urusannya.

" Okay puan Aina. Puan akan bersalin cara normal kerana kedudukan kedua dua kepala bayi di arah bawah, berat baby pun lebih 2 kg, tiada apa apa komplikasi lah kalau nak bersalin normal. Jadi puan tak perlu buat pembedahan caesarean ya." Dia mengangguk kecil. Disaat beberapa doktor perempuan mula mengerumuni di katil Aina, aku sudah mula gugup. Ya Allah, selamatkan Aina dan anak anak aku. Aku duduk disebelah Aina, menggenggam tangannya. 

" Okay puan. Tarik nafas dalam dalam. Bila saya kata push, puan tolak sekuat hati ya?." Aku memandang wajah Aina yang sudah berkerut kerut menahan kesakitan. Aku tak pernah rasa sakit dia macam mana, jadi aku tak tau. Aku hanya mampu berbisik di telinga Aina, memuji nama kebesaranNYA. 

" Satu...dua...tiga. Push puan." Aina mendongak kepalanya ke atas menarik nafas sedalam dalamnya sebelum dia mengangkat kepalanya, menolak dengan menggunakan segala tenaga yang dia ada. Ruang persalinan dihiasi dengan bunyi degupan jantung anak anak aku. Suara suara doktor membantu Aina beranak juga membuatkan bilik ini semakin riuh.

 " Lagi puan, push. Go!." Dia ulang lagi langkah yang sama sebelum bayi lelaki selamat dilahirkan. Aku terdiam, terbeliak memandang ke arah anak lelaki aku yang putih memucat. Wajah Aina aku pandang lagi. Jelas kelihatan diwajahnya yang dia terlalu penat. Dan akhirnya, selepas lama bertarung, anak perempuan aku pula keluar melihat dunia. Bunyi tangisan mereka berdua menghiasi labour room ini. Kedua dua bayi tadi diletakkan di atas dada Aina.

" Bayi pertama, lelaki, 11.27 pagi. Bayi kedua, perempuan, 11.33 pagi." Jam di dinding doktor tadi pandang. Mereka mencatat masa yang bersejarah dalam hidup aku dan Aina. Kelahiran anak lelaki dan perempuan kami.

" Allah... ." Aina mula menangis mengerutkan dagunya menahan esakkan. Aku tersengih lebar sebelum dahi Aina aku kuncup lembut. Bahunya sudah mula terhinjut hinjut menangis menahan sebak. Dia memandang ke arah aku dengan senyuman lebarnya.

" Abang... anak kita." Aku mengangguk kecil sambil melihat kedua dua anak aku yang sedang melalak. Wajah pucat mereka aku tenung, berharap mereka sentiasa menjadi manusia yang sihat.

" Tahniah. Isteri abang ni kuat kan?." Aku kuncup dahinya lagi. Teresak esak dia menangis melihat wajah mereka. Doktor tadi membantu aku untuk memotong tali pusat anak anak aku yang nampaknya.... macam pelik je?. Kenapa terbelit belit ni?. Dua tali pusat yang terbelit antara satu sama lain. Aku perlahan lahan menotong tali pusat tadi dengan wajah bangga aku. Yelah, bangga sebab potong tali pusat anak sendiri.

Alunan azan aku bisikkan di telinga kanan dan Iqamah di telinga kiri kedua dua anak aku selepas mereka berdua dibersihkan tadi. Tenang saja wajah mereka mendengar. Perlahan lahan pipi kecilnya aku kuncup. Sejujurnya, aku suka anak perempuan, tapi tak bermakna aku tak suka anak lelaki. Aku akan jaga mereka berdua dengan kasih sayang yang sama. 

Selamat datang ke dunia wahai anak anak aku. Jadilah manusia yang berguna, yang sentiasa mengagungkan kebesaranNYA. Yang sentiasa mengingati Allah adalah tuhan yang satu dan mengaku Muhammad adalah nabi dan pesuruhNYA. Jadilah manusia yang sentiasa menyinari hidup aku dan Aina. Menjadi harapan besar buat kami berdua bila besar nanti. Papa akan sentiasa melindungi keluarga kita walaupun papa tiada apa apa.

MR. SAVIORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang