BAB 30 👹

4.6K 183 5
                                    

AINA ADRIANA 

Aku menguncup tangan mama. Biasalah, perempuan kalau nak berpisah, dia berselisih pipi. Dia memegang bahu aku.

" Aina tidur cukup cukup malam ni, esok nak bangun awal nak bersanding kan?. Jagakan Hakim untuk mama. Dia kalau buat perangai, Aina beritahu je mama. " Mama memandang Hakim yang berada disebelah aku. Kami tergelak. Mak disebelah aku juga turut tergelak. Aku memandang Hakim sebelum aku pandang semula mama.

" Aina percaya Hakim ni baik, nanti kalau ada apa apa Aina beritahu mama." Dia mengangguk. Mereka terus berlalu menaiki kereta memandu pulang ke homestay berdekatan di kawasan kampung aku. Esok aku akan bersanding pula, jadi aku perlu tidur yang cukup. Kami semua masuk ke dalam rumah.

" Hakim buat je rumah ni macam rumah Hakim sendiri. Kalau ada apa apa, bagitahu je Aina ni, dia boleh tolong Hakim." Hakim di sebelah aku mengangguk kecil. Kami berdua memasuki bilik aku yang sudah dihias ringkas oleh Hanis dan sedara aku yang lain. Okay, sekarang aku gemetar. Tidur sekatil, cukup buat aku rasa nervous. Aku beranikan diri juga untuk tidur dengannya malam ni. 

" Kau.. erm.. awa.. " Dia berhenti daripada meneruskan percakapannya. Aku tergelak kecil melihat dia nak guna apa untuk panggilan dirinya.

" Awak guna je aku kau, saya tak kisah pun. Nanti nanti je lah berlatih panggil abang sayang ke, baby bucuk ke." Aku tergelak kecil cuba buat lawak. LAWAK okay, tak berniat pun nak dia panggil aku baby baby ni. 

 " Kau mandi dulu, aku nak tidur kejap. mengantuk ni." Dia memandang katil, tiada ruang untuk kami tidur kerana semuanya sudah penuh dengan barang hantaran aku. Aku memandang encik Hakim.

" Sekejap saya alihkan dekat bawah." Aku mengangkat barang barang hantaran tadi ke bawah dibantunya. Aku cuba berhati hati kerana dah lah mahal semua ni. Kek yang dia beli pun sudah selamat disimpan di dalam peti ais.

 Selepas selesai, aku berdiri di meja solek aku. Satu persatu pin dan peniti aku cabut daripada tudung di kepala aku. Aku tanggalkan skarf dan aku letak tudung tadi di tempat pengantung. Encik Hakim pula menanggalkan songkok di kepalanya sebelum dia berbaring di atas katil. Aku pelik juga, selalunya kita tak akan selesa tidur di atas katil orang, tapi tak bagi dia. Dia sekarang sudah tertidur. Mungkin dia penat sangat tu agaknya. Aku mencapai baju dan tuala sebelum aku melangkah keluar daripada bilik untuk ke tandas. Punya lah malas aku nak keluar sebab tandas memang ada satu je dekat rumah ni. Nak taknak, encik Hakim kena selesakan juga. 

**********

Aku memandang tubuh encik Hakim  yang masih tidur lena. Aku menghampirinya sebelum aku duduk di lantai membelek wajah tampannya dari jarak dekat. Dagu aku alas dengan tangan aku di atas katil. Mata aku memandang wajahnya. Rambut yang jatuh di dahinya aku cuba alihkan tapi mata encik Hakim terbuka melihat aku yang cuba menyentuhnya. Aku terus angkat tangan aku dan aku jauhkan muka aku dengannya. 

" Awak... tak tidur lagi ke?." Cuak aku dibuatnya. Matilah nak aku.

" Nafas kau kena muka aku." Dia berkata selamba sebelum bangun. Aku terdiam. Dekat sangat ke?. Dia menraup rambutnya ke belakang. Mukanya merah kerana baru bangun daripada tidurnya yang lena. Dia memandang aku dengan keningnya berkerut.

" Kau dah mandi ke?." Dia memandang aku daripada atas hingga bawah. Mungkin sebab dia nampak aku sudah tukar baju. Aku lantas mengangguk. Dia bingkas bangun dan menuju ke tepi almari untuk mencapai beg galasnya yang dia simpan baju baju miliknya. Dia mengeluarkan baju dan tuala sebelum melangkah keluar tapi dia masuk semula. 

" Mana tandas?." Aku yang sedang duduk di birai katil terus memandangnya. Ouh ya, aku tak tunjuk lagi bilik air dekat dia. Aku bingkas bangun dan keluar daripada bilik. Dia mengikuti langkah aku menuju ke tandas. Dia dengan muka baru bangun dia, comel gile. Nak mampus.

Aku menunjuk ke arah bilik air yang berhadapan dengan dapur. Dia mengangguk dan menuju ke tandas. Nak tergelak aku dibuatnya bila aku nampak rambutnya yang serabai daripada belakang. Aku terus menuju ke dalam bilik untuk masuk tidur. Mata aku tahan saja daripada mengantuk tadi. Aku biasa periksa telefon dahulu sebelum aku tidur. Mana tau ada orag chat aku, ada pemberitahuan ke?. Mata aku kalau dah nampak cahaya, memang tak tidurlah jawabnya. Mulut aku ralit membaca ayat ayat twitter. Tergelak sorang aku membacanya. Layan twitter ni, sumpah best. Lawak lawak ayat diorang ni. 

Aku letak telefon aku ke tepi sebelum tubuh encik Hakim memasuki bilik. Aku masih dengan posisi aku yang terlentang. Dia berdiri di meja solek sebelum tuala di tengkuknya dia ambil dan menggosok rambutnya yang basah. Aku memandang ke arah lain.

 Aku tak bersusah payah mengeringkan rambut tadi sebab aku akan cuci rambut aku 2 hari sekali. Rambut perempuan, faham faham jelah. Dah lah tebal, panjang pulak tu. Dia punya waktu untuk keringkan rambut, pergh, siap sebiji rumah. Lama nak mati. Kalau yang ada pengering rambut tu, senanglah, 5 minit macam tu dah siap, yang takde tu, duduk jelah lap rambut guna tuala, tak pun duduk depan kipas. 

" Kau kenapa tak tidur lagi?. " Dia memandang aku. Aku hanya menjongketkan bahu aku.  Agak agaklah, lampu terang benderang macam ni, kau boleh tidur ke?. Sakit mata doh. Jadi, terpaksa aku tunggu dia siap. Dia menuju ke arah suis lampu sebelum menolaknya ke atas. Gelap. Cuma cahaya bulan yang menyelinap masuk tingkap bilik aku saja yang membantu aku untuk melihat susana dalam bilik. Dia seakan akan tahu aku tak boleh tidur dalam keadaan terang. Tapi, macam mana dia boleh tidur tadi?. Mata dia tak sakit ke?.

" Encik boleh nampak ke?. Gelap ni. Encik tak takut ke kalau ada orang main rambut encik malam malam ni." Power doh dia, boleh keringkan rambut gelap gelap ni. Aku cuba menakut nakutkan dia mengharapkan dia akan takut. Tiada jawapan daripada dia sebelum kaki aku dia tepuk kuat. Termelatah anak si meon aku. TERKEJUT. Kurang asam punya suami. Nasib baik aku tak maki dia tadi.

" Baik kau tidur sebelum ada orang naik atas badan kau malam malam ni." Aku terdiam. Suaranya yang garau tu sudah cukup buat aku takut. Iya iyalah, aku tidur sekarang. Aku yang nak takutkan dia, aku pulak yang takut. Siapa suruh kau kacau dia tadi, karma for you.

Aku mengiringkan tubuh aku ke tepi menghadapnya sebab aku tak berani pandang tingkap. Aku takut. Encik Hakim terus baring disebelah aku. Aku memejamkan mata untuk tidur. Aku tak rasa tangan dia peluk aku ke, kaki dia hempap kaki aku ke, apa ke, aku rasa kosong dekat sebelah aku ni. yelah, dalam cerita, lelaki peluk perempuan waktu tidur, balas balas goodnight, main I love You. Tapi aku rasa macam aku seorang saja di atas katil ni dan akhirnya, aku terus terlelap. 


MR. SAVIORWhere stories live. Discover now