HANIS
Aku duduk di sofa rumah menunggu kedatangan dia. Tak pernah terpadam senyuman daripada bibir aku apabila dia telefon untuk datang jumpa aku.
Dia janji, dia nak bawa aku ke sesuatu tempat untuk sambut hari lahir aku. Ya Allah, terujanya. Telefon aku berdetik sekali menandakan ada mesej baru. Aku lantas melihat skrin telefon aku. Terus ke telinga senyuman aku mendapat mesej daripadanya.
'Saya dah sampai dekat depan rumah. Awak keluarlah.'
Aku bingkas bangun dan menyingkap langsir, melihat dia sedang berdiri di sisi kereta. Aku terus memulas tombol pintu rumah dan melambai ke arahnya. Dia sambut lambaian aku.
Pintu pagar aku buka dan menuju ke arahnya. Dia melemparkan senyuman ke arah aku.
"Dah lama ke awak tunggu saya?. Sorry lah, saya ada hal tadi. " Dia membukakan pintu kereta untuk aku. Aku tergelak kecil lantas memukul lembut bahunya.
" Alahai, saya boleh buka sendiri lah." Aku memboloskan diri masuk ke dalam perut keretanya. Dia juga turut masuk dan duduk di sebelah aku, memandu ke arah tempat yang dia nak bawa aku.
" Awak nak bawa saya pergi mana ni?." Nak juga aku tahu, dia langsung tak beritahu aku nak pergi mana. Aku jadi curious. Dia tersengih sebelum menggeleng.
" Adalah. Kalau saya bagitahu awak sekarang, tu bukan rahsia namanya." Aku mengangguk setuju. Ye tak ye jugak, dah nama pun rahsia, mana boleh beritahu. Bodohnya kau Hanis oi.
Aku tersengih memandang ke arahnya. Minggu hadapan, genap dua bulan kami simpan rahsia hubungan kami daripada orang lain. Dialah lelaki yang sentiasa buat aku tak tentu arah dan berani menyuakan rasa hatinya terhadap aku.
Warna kulitnya yang sawo matang, sesuai dengan rupanya dan semua lelaki asia. Wajahnya yang kacak, aku pandang tak berkedip. Bercerita kenapa aku dan dia simpan rahsia hubungan ni, sebab aku tak sedia lagi.
Dia juga mahu rahsiakan semua ni. Biarlah kami kenal dahulu hati budi masing masing sebelum kami pergi ke peringkat seterusnya. Aku terima saja keputusan dia, asalkan ianya terbaik untuk kami. Hidup berpasangan bukan mudah, aku takut aku tak ready lagi nak pikul tanggungjawab sebagai isteri dia.
AMIRUL HAKIM
Aku memandang Aina yang sedang tidur dibuai mimpi. Bahunya yang terdedah aku tutup dengan selimut. Aku menongkat tepi kepala aku memandang dia sebelum senyuman aku ukir. Tangan sebelah aku bermain dengan pipinya sebelum turun ke hidungnya dan ke bibir atasnya.
" Perlu ke buat aku tak tentu arah sampai macam ni sekali hah?." Aku memegang bahunya yang dilapik dengan comforter. Kalau diikutkan hati jantan aku ni, dah lama aku 'usik' dia sekarang ni. Nasiblah dia sedang tidur sekarang ni. Aku alihkan rambut depan Aina yang menutupi dahi miliknya sebelum satu kuncupan aku beri di atas dahinya. Dia mengeliat sedikit.
" Berapa lama lagi kau nak tidur ni?." Aku berkata lembut selepas melihat dia perlahan lahan membuka matanya. Aik, terus bangun ke?. Dia menutup semula matanya sebelum mengerutkan kening.
" Apa yang lamanya. Baru pukul 5 lah." Dia mendekatkan dirinya dengan aku sebelum pinggang aku dia peluk. Bibir dia ukir senyuman sambil matanya masih tertutup.
" Good morning." Dia tergelak kecil memandang aku. Aku tersengih kecil sebelum hidungnya aku picit kuat. Apa lagi, menjeritlah dia.
" Sakitlahhhh. Awak suka tau picit hidung saya kuat kuat. Bukan nak balas balik morning saya elok elok." Dia memegang hidungnya yang aku picit tadi.
" Bangun, dah nak subuh ni. Nanti kau terlepas pulak." Aku melepaskan pelukkannya dan mengalihkan selimut ke tepi sebelum aku bangun daripada katil memandang dia yang masih lagi terbaring.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...