BAB 44 👹

3.7K 170 0
                                    

AINA ADRIANA

Perlahan lahan tangannya melepaskan tengkuk aku dan dia terduduk di atas katil menyandarkan belakang tubuhnya dikepala katil sambil memejamkan matanya. 

Aku meletakkan Sofea di dalam katilnya sebelum menuju ke closet untuk ambilkan baju untuk Hakim. Dia daripada hospital, sampai dalam kereta dan masuk dalam bilik ni, tak berbaju kau tahu. Panas panas dekat luar tu.

" Macam mana awak boleh kena tikam ni?." Aku perlahan lahan menyarungkan t shirt  ke tubuhnya, kalau kasar kasar, sakit dia nanti. Dia hanya mendiamkan diri. Aku mengeluh sebelum tangan aku naik mengusap rambut di atas kepalanya. Dia tersengih membiarkan tangan aku. Senyuman aku ukir. 

" Dia nak main main dengan aku tu. Biarlah dia, dia bosan kot tak dapat tikam orang." Selamba saja dia kata begitu sebelum telapak tangan aku yang lagikan kecil ni naik menampar kasar lengannya. Dia terus mengadu kesakitan. Hah, kan dah kena dengan aku. Aku memandangnya panas.

" Awak boleh tak jangan bergurau dengan benda serius macam tu?." Aku merenung anak matanya sebelum aku mengalihkan wajah daripada memandangnya apabila aku rasa air mata aku sudah mula bertakung dikelopak mata aku. Aku tak tahu kenapa aku sayu macam ni. 

" Eh kau janganlah nangis. Aku gurau jelah tadi." Dia yang perasan kelopak mata aku mula bergenang terus memegang tangan aku tapi tepis perlahan. Wajahnya aku pandang serius.

" Awak memang tak sayangkan saya kan?. Saya tak sukalah awak sakit macam ni. Rasa macam nak tercabut jantung saya tau waktu Hakimi cakap awak kena tikam tengah hari tadi. Awak memang tau. Semua orang risaukan awak, mama, papa, mak, abang tapi awak langsung tak risaukan diri awak sendiri." Teresak esak aku menangis di hadapannya. Dia suka buat lawak benda yang serius macam ni. Sebaik luka dia tak besar dan dalam, kalau tak, dia ada di dalam wad sekarang ni.

" Kalau awak mat.. ." 

" Dah lah. Jangan cakap macam tu. Kau taknak jumpa aku lagi ke?." Dia memeluk tubuh aku. Aku lantas menggeleng laju. Aku cuma takut je. Aku takut kalau dia pergi tinggalkan aku dan Sofea macam tu je. Aku sayangkan dia, aku taknak dia pergi tinggalkan aku. Sejahat mana pun dia, aku masih sayangkan dia. Sedetik pun tak kan pernah berubah perasaan aku terhadap dia.

" Awa.. awak jangan tinggalkan saya." Hati aku sedih. Aku tak tahu. Air mata aku bagaikan dipaksa keluar daripada kelopak mata. Berderai tak henti air mata aku membasahi pipi aku. Hakim mengusap belakang rambut aku, cuba untuk menenangkan aku. 

" Aku takkan tinggalkan kaulah. Aku janji. Dah dah, jangan menangis lagi. Lap air mata tu." Dia menolak bahu aku memandang wajah basah aku. Dia seka pipi aku dengan telapak tangannya. 

Aku memandang ke arah balutan lukanya d tutupi sebalik bajunya, terus berkemut dagu aku menahan tangisan sebelum mengalir lagi air mata aku. Sumpah, kali ni pecah habis. Aku memejamkan mata tersedu sedu menangis di hadapannya. Ya Allah, aku sedih lah...... Hakim tersengih.

" Kau kenapa ni?. Luka aku ni tak serius mana pun." Dia tergelak lantas menarik aku kembali ke dalam dakapannya. Aku peluk atas tubuhnya dan menyembamkan tepi pipi aku di dadanya. Aku dengar bunyi degupan jantungnya. Dia menguncup beberapa kali atas kepala aku. 

" Sekejap lagi aku nak keluar. Kau tunggu aku dekat rumah okay?." Terbeliak mata aku lantas aku menggeleng. Nak mati ke apa?.

" Tak boleh. Awak jangan keluar. Orang yang tikam awak tu berkemungkinan ada dekat sekitar ni tau. Saya risaulah." Aku memegang lengan dia sambil mata aku memandang dia simpati. Tolonglah kesian dekat aku ni. Dia mengenggam tangan aku sambil tersenyum.

" Aku janji, aku akan balik juga. Aku ada kerja yang tak diselesaikan lagi ni." Dia memandang aku dengan pandangan pujuknya. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan nak berhadapan dengan sifat degil dia ni. Aku mengeluh kecil. Dia tersengih sebelum memeluk aku kembali. Dasar manja punya suami.

***

Aku menolak Nadine di atas lantai.  Mama memandang ke arah Nadine yang sudah terduduk bersilih ganti memandang aku dengan pandangan peliknya. Aku hanya membuat riak kosong sahaja. Papa menghampiri aku manakala Mama membantu Nadine supaya berdiri. 

" Hakim buat apa ni?." Aku memandang papa sebelum tersengih. Pandangan aku naik memandang ke arah Kak Amirah dan Hafiz yang terkalut kalut menghampiri aku dengan pandangan tak percaya mereka.

" Hakim, kenapa tolak tolak Nadine ni?. Kalau gugur anak dia, Hakim nak bertanggungjawab ke?." Mama memegang bahunya lantas Nadine menangis teresak esak. Aku tersengih sinis sebelum memandang ke arah mama.

" Gugur?. Macam mana nak gugur kalau dalam perut dia tu takde janin langsung." Sinis saja aku berkata. Lantas mereka memandang aku tak percaya. Mama memandang Nadine sebelum pandangannya kembali ke arah aku.

" Ap–apa Hakim cakap ni?." Tergagap mama berkata. Aku memandang Nadine tanpa perasaan.

" Aku nak kau ceritakan semuanya daripada awal sampai habis. Jangan satu pun tertinggal kalau kau tak nak aku cincang kau hidup hidup." Nadine terduduk sambil air matanya deras mengalir menuruni pipinya. Aku menoleh memandang ke arah lain. 

" Se–sebenarnya. Hakim tak rogol saya pun." Perlahan saja dia menyebut nama aku. Mama terdiam. Mereka yang lain juga terbeliak mendengar penjelasan daripada Nadine.

" Saya kena paksa dengan.... dengan." Dia terdiam menundukkan kepalanya. Tersedu sedan dia ingin menyebut nama Irfan. 

Aku tahu dia takut, takut mama dan yang papa akan terkejut apabila anak sulung kesayangan mereka tu sebenarnya yang merancang semua ni. Rancang nak bunuh aku.

" Apa motif dia buat semua tu?." Muizzin membuka suara. Aku hanya tersengih. Irfan, abang yang aku sendiri tak percaya apabila perangainya berubah seratus peratus. Dia dulu yang suka mendiamkan diri tapi aku tak sangka, diam diam ubi berisi. 

" Dia godam kata laluan akaun syarikat bapak aku supaya papa aku tak percayakan aku lagi. Dia hantar orang untuk tikam aku semata mata nak aku mati atau terlentang dekat hospital supaya dia dapat ganti tempat aku. Sekarang ni, dia suruh Nadine tipu mak bapak aku bulat bulat dan sebarkan berita palsu tu semua supaya dia nak aku dapat malu, dipandang hina orang ramai."

 Aku memandang ke arah Hakimi dan Muizzin sambil  menyandarkan kepala aku di atas sofa. Mereka memandang aku pelik.

" Macam mana kau boleh tahu semua tu?. Kita pun tak tahu lagi niat sebenar dia. Macam mana kalau dia ada sebab lain?." Hakimi mengerutkan kedua dua keningnya, ragu ragu dengan apa yang aku cakap. Aku hanya menjongketkan bahu aku. Suatu hari nanti, dia sendiri yang aku beritahu, kenapa dia buat semua tu. Sama ada untuk kepentingan hidup dia, atau untuk sebab lain.

" Ni semua.... kerja Irfan. Dia yang suruh saya buat semua tu dan dia jugak suruh saya sebarkan semua berita palsu tu." Mereka semua terdiam. Tak percaya. Mama suda mula terhuyung hayang tapi dibantu oleh Kak Amirah dan papa. 

Hafiz memandang aku tak puas sebelum menghampiri aku sebelum kolar baju aku dia cengkam. Matanya tajam mencerlung ke dalam anak mata aku.

" Kau jangan nak kotorkan nama abang aku lah!!. Aku tahu, kau yang ugut perempuan ni supaya dia tutup semua kesalahan kau kan?!." Aku lantas menolak bahunya. Wajah mama aku pandang.

" Mama, Hakim minta maaf. Hakim tak berniat nak buat mama terkejut. Tapi apa yang perempuan ni cakap, semuanya betul. Mama, percayalah. Hakim takkan pernah buat kerja tak senonoh tu." Papa memandang ke arah aku dengan pandangan simpatinya.

" Hakim, apa yang dah jadi ni?." Papa berkata perlahan. Aku tiada masa untuk jelaskan semuanya pada papa sekarang ni. Mata aku melilau sekeliling mencari kelibat Irfan.

" Papa, sekarang ni, Hakim kena cari Irfan. Mana dia?." Aku memandang papa. Dia hanya menggeleng.

" Dia tak balik daripada semalam." Aku mengusap wajah aku kasar sebelum mengeluarkan  telefon aku yang berdering sebelum aku mengangkatnya.

" Hakim, Irfan ada dekat rumah kau area rumah kau sekarang ni. Muizzin dengan aku tengah gerak pergi rumah kau. Aku takut dia do something dekat anak dengan isteri kau." Aku tersentak. Terbeliak mata aku mendengar Hakimi berkata begitu. Aku memandang ke arah mereka dengan pandangan terkejut aku.

" Mama, papa. Hakim pergi dulu." Belum sempat papa memanggil aku, Aku terlebih dahulu terus berlari pecut, menuju ke arah kereta dan memandu laju ke rumah aku. Tuhan, selamatkan isteri dan anak aku. Aku menekan minyak, menambah lagi kelajuan kereta aku. 

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now