Aku melihat kelibat Irfan yang membawa Aina semakin lama semakin menghilang disebalik tembok bangunan. Aku cuba untuk mengejar mereka tapi langkah aku disekat oleh seorang lelaki yang cuba menyerang aku.
Aku berdecit sebelum aku cepat cepat menumbuk dan menyiku kepalanya pula. Dia terkebelakang. Dia serang aku lagi tapi selaju mungkin aku sepak kakinya aku membuatkan dia jatuh terjelepuk dan tak mampu untuk berdiri lagi. Aik, batu kena bantai sikit, dah tak larat?. Lelaki ke ni?.
Aku menghantar isyarat bibir ke arah Muizzin, Aqil dan Hakimi supaya mengikuti aku agar mengejar Irfan. Mereka mengangguk dan menyerahkan semuanya pada kawan kawan yang lain. Aku berlari cuba mendapatkan Aina.
" Korang pergi dulu, anak kau aku jaga!!." Syazwan menjerit sambil tangannya mengendong Sofea apabila hampir kesemua orang suruhan Irfan satu persatu ditumbangkan.
Ini Thirteen Amigos lah, nama pelajar pelajar yang menjadi kegemaran semua cikgu di bilik guru, lagi lagi cikgu perempuan. Kesian Sofea, kecil kecil lagi dah kena tengok semua ni. Apabila aku sampai diluar, kereta Irfan sudah tiada. Aku berdecit sebelum menyepak tanah.
"Argh sial!" Aku mengawal pernafasan aku apabila kepenatan mula menyerang. Aku menoleh memandang ke arah mereka bertiga yang terkalut kalut mendapatkan aku. Muizzin merendahkan tubuhnya mengumpulkan tenaganya semula.
" Penat weyh. Dah lama aku tak gunakan kekerasan." Dia menyelak rambutnya 'gold' ke belakang menayangkan dahinya. Aku pun penat tapi semua tu tak penting sekarang ni. Yang penting, aku kena dapatkan Aina semula.
" Kita nak buat apa sekarang ni, aku tak tahu dia nak bawa Aina pergi mana." Aqil menggeleng geleng kepalanya. Aku memandang wajah mereka satu persatu.
" Aku tahu nak buat apa." Mereka memandang aku yang mengerutkan kening. Walaupun cara ni merbahaya, tapi ini saja caranya nak selamatkan Aina.
***
" WQR 2981. Cari kereta tu sampai dapat. Kalau korang jumpa, bagitahu aku." Aku memandu laju mencari kelibat kereta CX-* milik Irfan. Mata aku tajam mencari model keretanya di atas jalan raya pada waktu malam malam begini.
Belum sempat aku nak tekan minyak menambah kelajuan, mata aku melihat nombor plat dan model kereta yang sama dengan Irfan.
Sah, memang itu lah kereta Irfan. Aku menekan minyak kuat menambah kelajuan mengejarnya. Daripada 120 terus naik 200 km sejam aku bawa. Semua kereta di hadapan aku, satu persatu dipotong.
Inilah kebaikkan tengok cerita Fast & Furious. Bahaya tapi membantu. Bunyi hon kereta yang lain aku hiraukan. Kereta Irfan semakin laju. Mungkin dia perasan kewujudan kereta aku dibelakangnya.
" Aku dah jumpa dia. Ingat, sampai tepat waktunya." Aku menutup panggilan dan memokuskan pemanduan. Apabila berada di simpang empat, kereta Irfan terlebih dahulu bergerak walaupun ketika itu lampu merah. Bagus Irfan, kau sangat bijak.
Kau memudahkan urusan aku. Kereta aku, Hakimi, Aqil dan motor Muizzin yang datang daripada empat arah yang berbeza menghalang keretanya di tengah tengah simpang. Bahagian depan, belakang, kiri dan kanan kereta Irfan dikepung oleh kereta kami bertiga dan motor Muizzin menyebabkandia terpaksa membuat brek kecemasan.
**********
AMIRUL IRFAN
Tubuh Aina yang sudah kaku dibelakang aku biarkan saja. Lantak dialah, nak mati ke nak apa ke asalkan, Hakim bagi apa yang aku nak. Aku memandu selamba kereta sebelum aku dikejutkan dengan bunyi hon di belakang kereta.
Aku melihat ke arah belakang melalui cermin pandang belakang apabila sebuah kereta BM* yang aku cukup kenal, tu kereta Hakim. Dia mengejar aku sampailah ke sini. Lajunya dia bawa kereta?. Aku memaki dirinya sebelum aku tekan kuat pedal minyak kereta supaya meningkatkan kelajuan.
Apabila lampu isyarat menunjukkan warna merah, menandakan untuk berhenti tapi aku tak ada masa, aku terus memandu tanpa brek sampailah ditengah tengah simpang, kereta aku dihalang oleh dua buah kereta dan sebuah motor dari empat simpang yang berbeza.
Aku cuba kebelakang tetapi kereta Hakim terlebih dahulu menghalang pergerakan kereta aku. Aku menjerit sambil memukul mukul stereng kereta apabila aku rasa, ini pengakhiran untuk aku.
Hakim yang berada di belakang kereta aku mencuba untuk buka pintu kereta aku tapi tak berjaya. Dia kebelakang sebelum tingkap pintu kereta aku dia tumbuk kuat beberapa kali sehingga menampakkan retakkan. Aku menjauhkan diri aku daripada tingkap kereta dan akhirnya..
'PRANG!!'
Tangannya yang berdarah dibiarkan saja sebelum menyelinap masuk membuka lock kereta dan menarik pintu kereta aku. Tubuh aku dia tarik dan menolak kasar di atas tar. Tiada secalit senyuman di wajahnya ataupun boleh dikatakan riak wajahnya kosong.
Dia memandang aku lama sebelum membuka pintu belakang kereta aku lantas membawa keluar tubuh isterinya yang sudah terkulai akibat hentakkan di kepalanya yang aku hentuk tadi. Dia masukkan tubuh Aina di dalam perut keretanya.
" Kau dah kalah Irfan." Dia mengeluarkan telefonnya dan menelefon seseorang. Aku hanya duduk terdiam di atas tar, aku tak tahu nak buat apa. Aku terkaku masih tak percaya dengan apa yang aku nampak tadi. Aku memandang ke arah tangannya yang daripada tadi tak henti henti mengalirkan darah. Dia manusia ataupun robot?. Kenapa dia tak rasa sakit?.
" Assalamualaikum, saya nak buat laporan penculikkan." Dia memandang ke arah aku yang sudah terbeliak memandangnya sebelum kakinya aku pegang. Dia mematikan panggilan.
" Tolong Hakim, jangan hantar aku masuk lokap. Aku tak nak meringkuk dalam penjara. Qaisarah mengandung Kim, kesian kan dia. Nanti dia nak beranak, siapa nak jaga dia kalau bukan aku?." Bunyi hon kereta kereta lain aku biarkan. Yang penting, aku tak mahu masuk lokap dalam keadaan macam ni. Dia tersengih sebelum menendang tangan aku lembut sebelum perlahan lahan dia melutut sebelah kaki memandang aku dengan pandangan tajamnya.
" Kau cabar aku Irfan. Kau cabar aku untuk buat semua ni. Kau dengar sini baik baik Irfan, aku tak bunuh kau untuk balas dendam, tapi aku akan pastikan kau sengsara. Aku kejam dengan abang kandung aku sendiri. Aku kejam untuk orang yang berlagak masuk campur hal urusan aku dan akan buat kau rasa macam mana terperangkap dalam dunia aku. Kau salah satu daripadanya. Tahniah."
Dia mengukir sengihan jahat menayangkan gigi taringnya sebelum bingkas bangun. Aku terdiam. Mata aku membesar tak percaya dengan kata katanya tadi. Ternganga mulut aku. Walaupun kata katanya savage, tapi menusuk ke dalam pelosok hati aku.
Aku tersengih apabila aku dapat rasakan, aku masih ada peluang untuk tengok Hakim mati depan aku. Perlahan lahan pistol di poket belakang seluar, aku keluarkan dan menarik picu sebelum....
" Aduh." Hakim menahan kesakitan apabila...... peluru manik terkena pada bahagian dadanya. Wait... what!?. Manik?. Pistol mainan di tangan aku terlepas. Dia hanya tersengih.
" Aku taknak masuk penjara sebab menyeludup senjata api. Tu yang aku beli pistol mainan." Terlopong aku mendengar penjelasan daripada Hakim yang tersengih menggaru cuping telinganya. Aku tertunduk sebelum mendengar bunyi siren kereta polis mengampiri tempat kejadian.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...