AINA ADRIANA
" Kau buta ke !?." Aku menundukkan sedikit badan aku meminta maaf kepadanya. Dia merengus kasar. Aku dengan tidak sengaja tertumpahkan air kopi di baju seorang perempuan yang secara tiba tiba melanggar aku. Tapi bukan salah aku. Salah dia sendiri apabila dia berjalan tanpa melihat hadapan kerana matanya leka dengan telefon. Dia memegang bajunya yang sudah basah akibat air kopi tadi.
" Kenapa ni baby?." Seorang lelaki datang ke arah kami apabila melihat perempuan tadi megungut.
" Baby, you tengok perempuan ni, dia sengaja tumpahkan kopi dekat baju I. Dah lah baju ni mahal. " Aku membesarkan mata. Aku sengaja tumpahkan?. Eh sorry sikit, aku sentuh kau pun tak, lepas tu tuduh aku. Dia yang berjalan tak pandang depan.
" Kau ni buat kerja ke, cari masalah?." Lelaki tadi memandang aku tajam. Aku memandangnya dengan pandangan tak puas hati aku sebelum aku mengeluh kecil.
" Encik, saya cuma nak hantar coffea ni, isteri encik ni yang langgar saya. Sekarang tetap salah saya juga ke?." Aku cuba mempertahankan diri aku apabila lelaki tadi juga seperti menuduh aku. Orang ramai mula memandang kami.
" Kau jangan tipulah perempuan, kau yang langgar aku dulu. Baby, macam mana nih?. Basah dah. " Dia menghentak hentak kakinya tidak puas hati. Aku memandangnya meluat. Alahai, setakat kain baju kau ni, dekat kedai batu nisan pun ada jual lah.
" Hah apa lagi, bayarlah ganti rugi." Lelaki tadi meninggikan suaranya ke arah aku. Eh, tak profesional betul lah lelaki ni, bukan nak dengar alasan aku, percaya bulat bulat kata isterinya itu. Pengurus aku menuju ke arah kami.
" Maafkan saya en... ." Pengurus aku terbeliak mata. Dia memandang aku.
" Maafkan saya Tuan, apa yang pekerja saya dah buat?." Bos aku seperti takut dengan mereka. Aku memandangnya tak percaya.
" I nak You pecat budak tak terlatih ni kalau dia tak boleh ganti rugi baju wife I." Aku membesarkan mata. Besar pangkat kau nak pecat aku?. Kau siapa?.
" Eh, kenapa pulak encik nak pecat saya?. Encik owner kedai ni ke?." Aku ke hadapan sedikit. Apa dia ingat dia tu PM?. Dia tersengih sinis. Isteri di sebelahnya memeluk tubuh.
" Aina !!. Saya minta maaf tuan. Saya akan pastikan dia bayar balik baju isteri encik." Lelaki tadi menggeleng.
" Aku taknak perempuan ni ada dekat dalam bangunan di lagi. Kau pecat dia !!. " Aku terdiam memandang perempuan tadi. Lidah aku bermain dengan tepi mulut aku. Apa masalah laki bini nih?.
" Baiklah Tuan. Saya akan pastikan dia dipecat."Dia menunduk meminta maaf. Aku memandang pengurus aku tak percaya. Apa, dia nak pecat aku?.
" Takpe baby, nanti I belikan You banyak lagi baju macam ni. Dah jom balik." Lelaki tadi menjeling aku tajam sebelum berlalu bersama isterinya. Aku mengeluh berat. Apalah dugaan aku hari ini.
Selepas lelaki dan perempuan tadi keluar, bos terus memandang aku dengan pandangan serius.
" Aina, ikut saya." Aku mengangguk kecil mengikutinya menuju ke dapur. Perkerja lain memandang aku simpati.
**********
" Awak dipecat." Terus pandangan aku naik memandang wajahnya serius. Betulkah apa yang aku dengar nih?.
" Apa salah saya sampai saya kena pecat bos?. Saya tak salah." Aku cuba mempertahankan diri aku dari terus d ifitnah. Aku sikit pun tak langgar dia. Dia sendiri yang langgar dulang yang aku pegang waku itu.
" Awak tahu tak lelaki dan perempuan yang awak cakap tu siapa?." Aku memandangnya lama sebelum aku menggeleng.
" Dia anak kepada pemilik cafe ni awak tahu tak?. Dia anak kepada Datin Nawarah." Aku memandangnya terkejut. Anak pemilik cafe?...... jadi, dia siapa nak pecat aku?. Anak, bukan pemilik pun.
" Jadi disebabkan dia anak pemilik, dia boleh buat apa yang dia suka, macam tu?." Aku sudah mula hilang sabar. Itulah manusia. Asal ada pangkat sikit, terus layan orang yang tak berpangkat ni ikut suka hati mak bapak dia. Aku sendiri tak faham.
" Awak tak boleh persoalkan benda tu Aina, saya minta maaf, saya tak boleh tolong awak. Awak dipecat." Dia meninggalkan aku keseorangan. Semudah tu je?. Aku memegang dada aku yang terasa sakit. Macam tu je dia buat keputusan?.
***************************************
AMIRUL HAKIM
" I tak puas hati. I nak dia melutut depan I jugak. Takkan semudah tu je You pecat dia?." Aku menoleh memandang dua manusia yang sudah mula buat bising di pagi pagi ini. Aku hanya duduk di sofa buat bodoh tidak mencampuri hal rumah tangga mereka.
" Habis tu, You nak buat apa?. Baju ni tak mahal mana pun lah. I boleh belikan You something lagi mahal daripada ni." Aku tersengih sinis. Belikan lagi mahal ?, kau nak dapat duit daripada mana?. Kerja pun malas, mengharapkan duit yang mama bagi je.
" You janji eh?." Hafiz mengangguk. Dengar saja sudah buat aku meluat dengan dua orang itu.
" Kalau macam tu, I nak itu ini....... ." Aku buat buat pekak. Besarnya impian kau wahai kakak iparku....
" Padan muka perempuan tu. Biar dia tahu rasa kena pecat. Cari pasal dengan I lagi. Ada ke patut dia tumpahkan kopi tu atas baju I ?. Kalau You takde tadi, dah lama I tampar dia tadi. Ish geramnya !!." Hafiz mengusap belakang badan isterinya.
****************************************
AINA ADRIANA
Air mata aku lap. Tak guna punya manusia. Sikit punya hal, terus dia pecat aku. Ingat nak cari kerja tu senang ke?. Walaupun kau ada sijil tinggi melangit, orang takkan pandang kau macam tu je sebab dah ramai orang yang ada sijil macam yang aku ada. Aku berdegus kasar. Hampir 30 jam aku duduk di dalam bilik. Perasaan marah aku tak akan hilang semudah macam tu je.
" Aina okay ke ?. Pinggang Aina sakit ye?." Mak duduk di atas katil aku. Aku terus lap air mata aku sambil menggeleng.
" Aina okay je. " Mak mengusap belakang badan aku. Pintu aku lupa kunci tadi.
" Datin Nawarah dengan Dato Faizal dah sampai, tapi tak sampai hati mak nak suruh Aina jumpa diorang dengan keadaan Aina yang macam ni. Aina memang betul betul okay ke?." Aku memandang mak terkejut. Datin apa?......
" Siapa nama Datin tu?." Aku rasa aku salah dengar.
" Datin Nawarah dengan Dato Faizal?." Mak memandang aku pelik. Terbeliak mata aku. Datin Nawarah...
" Dia anak kepada pemilik cafe ni awak tahu tak?. Dia anak kepada Datin Nawarah." Aku teringatkan apayang bekas bos aku tadi. Ah mesti dia nak marah aku kan tentang anak dia?. Eh kejap, jadi encik Hakim tu....
" Arghhhh ." Aku meraung kecil mengempaskan tubuh aku di atas katil. Bantal aku tekup kepala aku. Dugaan apa ni.... takkan ini pengakhiran kerja aku?. Kalau Datin Nawarah sendiri yang beri aku kerja, maksudnya.... dia nak aku berhenti daripada kemas rumah encik Hakim juga ke?. Lepas tu, aku nak dapat duit macam mana?.....
" Eh Aina, Aina kenapa nih?." Aku duduk semula memandang mak dengan pandangan simpati aku.
" Mak, kenapalah mak lahirkan Aina?." Aku memandang aku pelik.
" Apa yang Aina merepek nih?. Aina nak jumpa tak diorang?." Aku memandang mak lama sebelum mengangguk kecil. Aina Adriana..... hadap selagi kau bernyawa, berhenti bila kau mati. Aku menukar baju aku. Penampilan aku kemaskan sedikit. Aina, fighting !!!.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomansaApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...