BAB 27 👹

4.1K 180 2
                                    


AMIRUL HAKIM

" Encik Hakim?." Aku tersentak daripada lamunan. Aku memandang Risya yang sedang berdiri tersenyum memandang aku. Aku memandang ke arah beberapa helai kertas di tangannya.

" Ni senarai jumlah bahan mentah untuk bulan hadapan yang saya dah susun mengikut harga dan kuantiti. Kalau encik rasa ada yang perlu disusun semula, encik beritahu saya semula." Aku mengangguk dan dia berlalu pergi. Kertas tadi aku letak dia atas meja. Aku menyandarkan badan aku di kerusi. 

Fikiran aku melayang. Mata aku memandang lama siling pejabat aku . Aku memandang pula kalendar yang aku letak di atas meja. Aku menyelak helaiannya mencari bulan Julai sebelum mata aku jatuh memandang 1 haribulan yang telah aku bulatkan. Tarikh perkahwinan aku. Kelendar tadi aku letak semula.

Selepas 2 bulan aku mengikat tali pertunangan dengan Aina, tiga hari lagi aku bakal diijab kabulkan pula dengan dia. Bila memikirkan hal itu, aku rasa berdebar pula. 

Selepas aku dengar saja perkataan sah, maka berakhirnya zaman bujang aku yang sudah genap berusia 28 tahun ini. Aku akan masuk dalam fasa yang baru pula. Fasa berpasangan. Aku perlu duduk sebumbung, sekatil dengan dia. Aku yang lelaki ni, memang akan rasa tidak selesa tapi aku perlu selesakan juga.  Aku juga rasa Aina fikirkan benda yang sama dengan apa yang aku katakan tadi.

Keluahan berat dikeluarkan daripada mulut aku. Cepat rasanya masa berlalu. Aku rasa sekarang aku masih seorang pelajar lepasan SPM. Macam tak percaya je, aku sekarang dah nak masuk awal 30 an dan aku bakal jadi pengantin baru. Sepanjang tempoh tunang ni, aku banyak belajar tentang diri aku yang baru.

" Betul ke ni aku?." Aku memejamkan mata. Dulu aku benci perempuan. Aku benci tapi bukan bermaksud aku songsang, tapi kerana aku tak suka disayangi perempuan. Aku berubah selepas kenal Suraya. Dia ubah diri aku kepada Hakim yang sekarang. Walaupun aku dengan dia nakal, tak pernah terdetik dalam hati aku ataupun niat aku nak sentuh dia. Aku hormat dia sebagai teman wanita aku walaupun dia yang mula mencabar nafsu jantan aku.

Entah, aku tak tahu kenapa. Bagi aku, dulu aku hanya memerlukan Hakimi, Aqil dan Muizzin saja dan yang lain tak penting bagi aku. Hanya mereka saja yang ada waktu aku susah. Aku jujur, sewaktu aku 16 tahun, aku sudah duduk dengan mereka dalam satu rumah sewa yang kami sama sama bayar duit sewanya. 

Aku hidup berdikari bersama mereka sehingga 19 tahun kerana mama memaksa aku pulang duduk dengannya. Semua hal sekolah aku yang uruskan sendiri, aku kerja di bengkel ayah Muizzin untuk tampung perbelanjaan aku. Sesen pun aku tak minta duit mama. 

Bila ada majlis bersama ibu bapa, kami bertiga kongsi bapa dengan Muizzin. Hakimi boleh dikatakan kongsi masalah yang sama dengan aku, masalah keluarga cuma Aqil saja yang memang tiada ibu bapa.

Waktu papa hantar duit dekat aku, aku tolak. Aku tak perlukan duit mereka kalau aku sendiri boleh kerja. Walaupun papa paksa juga aku terima, duit tu aku hanya simpan saja dan sekarang duit tu selamat dimasukkan di akaun syarikat. Sekarang ni, aku bakal berkahwin, aku sudah siapkan diri aku untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

 Aku cuba baiki diri aku dalam bab agama dahulu kerana aku tahu, aku lemah dalam menolak nafsu dunia. Aku cuba yang asas seperti tak tinggalkan solat dan mengaji. 

Aku tersentak daripada lamunan apabila pintu bilik aku diketuk. Aku mengangkat tubuh aku daripada terus menyandar. Aku tersenyum nipis melihat papa melangkah memasuki ruang bilik aku dengan senyumannya. Aku berdiri menyambut kehadirannya. Aku menuju ke arah sofa supaya dia rasa selesa nak berbual.

" Macam mana Hakim, dah siap semua tu?." Aku tersenyum sebelum menggeleng. Aku sempat  meminta Cik Risya buatkan air untuk papa. Iyalah kan, bila 'bos besar' masuk pejabat kau, kau kenalah sambut dengan sesuatu yang dapat menggembirakan hati dia segembira apabila gaji aku dinaikkan nanti. Okay gurau.

" Tak lagi. Hakim kena pastikan dulu semua bahan mentah yang kita pesan tu ada, kalau tak, Hakim tak boleh kira jumlah semuanya." Papa mengangguk faham. Aku risau juga, sebab tapak untuk pembinaan dah siap dan sekarang masuk untuk bahagian rangkanya pula, jadi semakin banyak bahan mentah yang diperlukan. Aku takut kalau kuantiti yang diperlukan tak sama dengan apa yang aku rancang.

" Hakim jangan risau. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Hakim sekarang ni, fokuskan pada diri Hakim. Farah dan Lim akan gantikan Hakim untuk turun tengok perkembangan bangunan nanti." Aku menunduk sambil mengangguk setuju. Rambut depan yang aku sikat tadi jatuh beberapa helai di dahi aku. 

Haih, dulu sewaktu di sekolah menegah, rambutlah benda pertama yang aku akan pastikan kemas. Di dalam kelas, cermin mesti wajib ada bawa meja. Aku kongsi dengan Hakimi sebab dia sorang saja sekelas dengan aku. Aqil dan Muizzin pula kelas yang berbeza

" Untuk pengetahuan Hakim, mama dengan Puan Mizah dah uruskan semuanya. Baju nikah, tema pelamin." Cik Risya mengetuk pintu sebelum tubuhnya masuk membawa secawan minuman untuk papa. Dia meletakkan cawan tadi di atas meja dan meminta diri untuk keluar. Aku tersenyum janggal ke arah papa.

" Hakim minta maaf sangat dekat papa mama dengan yang lain sebab Hakim tak masuk campur dalam hal ni sedangkan Hakim yang kahwin. " Aku memang bodoh, susahkan mak bapak kau sedangkan aku boleh je masuk campur sekurangnya sikit, bukannya acah acah sibuk. Papa tergelak kecil.

" Hakim jangan risau. Mama hakim tu punyalah teruja nak pilihkan untuk Hakim baju sanding, sampai naik katil dia boleh cerita lagi minta pendapat papa tentang baju yang dia pilih. Sebagai lelaki yang gentleman, papa terus tidur, papa tak sekreatif mama nak memilih ni. Kesian papa sebab kena cubit malam tadi. " Aku tergelak kecil mendengar luahan sedih papa. 

Dia mengusap lengannya dengan muka cemberut. Dia kata seperti itu bukan bererti dia budak budak, tapi dia mahu bergurau. Boleh beza perangai budak budak ni dengan bergurau. 

" Balik nanti, insyaa Allah Hakim bincang dengan mama. Hakim balas budi papa balik sebab sanggup kena cubit dengan mama malam tadi. Papa jangan risau lagi, anak papa ada dekat sini membantu." Aku tersenyum bangga sebelum aku mengikut dia gelak bersama. 

Sudah lama aku tak duduk bersantai dengan papa. Mungkin dia bosan duduk di bangunan ni, sebab tu dia datang ke sini. 

**********

" Ni cantiklah mama." Aku menunjuk gambar baju sanding yang sempat mama tangkap. Mama tersengih memandang aku.

" Kan, mama pun rasa ni cantik. Kalau tanya dia, semua sama. Tak membantu langsung." Mama menguatkan suaranya supaya papa dengar. Aku memandang papa yang yang menjulingkan matanya ke atas sebelum menyambung semula menonton TV. Aku tersenyum sambil menggeleng melihat perangai mama dan papa. Biarlah mereka, asalkan tak gaduh teruk sudah. Parah papa nanti.

" Nikah ni kita buat biasa biasa je, nanti waktu bersanding pihak lelaki, kita buat dekat mana mana yang mahal sikit." Aku memandang mama yang sudah tersenyum ke telinga. Aku lantas menggeleng.

" Eh tak payah lah mama, daripada kita bazirkan duit, baik duit tu Hakim fokuskan untuk benda lain. Buat dekat rumah je. Besar apa rumah ni?." Aku cuba beri pendapat aku. Biarlah kalau bersanding nanti kita buat dekat rumah ni je. Tak perlu buat di mana mana tempat yang berbayar. Senang sikit nak uruskan. Tak membazir, tak guna banyak tenaga dan paling penting tak susahkan orang lain. 

" Mama tak kira, kita buat juga dekat hotel ke?, dewan ke?. Hakim ni, kahwin sekali je tau. Semua orang nak perkahwinan idaman masing masing. " Mama tetap mempertahankan cadangannya. Aku sudah mengeluh kecil. Lawan dengan mama, memang sampai bila bila aku takkan menang. 

" Biarlah dia nak buat dekat mana pun, dia yang nak bersanding, bukannya awak." Aku dan mama memandang papa yang bersuara tiba tiba. Mama bingkas bangun dengan muka tidak puas hatinya.

" Abang memang tak puas hati dengan saya eh?. Abang sini." Mama meletakkan telefonnya di atas meja dan menuju ke arah papa. Papa sudah tergelak.

" Papa naik atas dulu. Ada monster garang nak makan papa. Uuu, takutnya." Papa berlari menuju ke arah tangga. Aku sudah tergelak melihat telatah mereka berdua.

" Abang tunggu, saya dapat abang, saya lumat lumat abang tau." Mama berlari menuju ke arah tangga mengejar papa. Hah, apa kau tahu pasal mama?. Dia dulu jadi juara bertahan untuk 200M tau. Aku menggeleng kepala sebelum aku mencapai telefon mama untuk membelek gambar gambar baju tadi. Cantik !.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now