BAB 17 👹

4.9K 203 1
                                    

***

" Dah kau boleh keluar dari situ." Hakimi bersuara melalui radio communication.  Aku keluar daripada bawah kereta Hafiz. Aku membongkok perlahan sebelum berlari menuju ke kereta aku. Aku meletakkan pengesan dan kamera kecil di belakang keretanya bagi memudahkan aku untuk tahu di mana Hafiz pergi.

" Fuh, sebaik takde siapa nampak." Aku menghembuskan nafas kelegaan. Aku tak mahu buat kerja aku di rumah takut dia perasan, jadi di tempat letak kereta saja aku mampu buat. Aku bijak dalam 'ghaib' di segala skrin termasuk CCTV. Jika betul ini semua kerja Irfan, aku mahu tengok di mana kereta dia bawa.

" Kita tunggu je. Aqil, aku dah pasang, kau just hidupkan je." Aku tersengih sinis menampakkan gigi taring aku. Jom kita tengok permainan dia.

" Aku dah on, korang baik cepat blah daripada situ. Abang kau dah keluar." Aqil sekarang berada di tempat lelaki yang aku serang tempoh hari. Aku meminta bantuannya supaya mengesan Hafiz melalui CCTV. Aku memandang Hakimi supaya segera memandu. 


*************************************

AINA ADRIANA

Aku menutup mata aku semula lantas menoleh ke arah lain  apabila encik Hakim datang memasuki bilik wad yang menempatkan aku. Aku berpura pura tidur. Aku dengar kerusi di sebelah aku ditarik. Jantung aku berdegup laju. Aku malu. Apa aku perlu buat sekarang?. Aku perlu buka mata sekarang ke?. Aku yang sedang bersandar sudah mula rasa kejang belakang badan aku.

" Kau buka jelah mata tu. Tak payah tipu aku. " Aku masih memejamkan mata. Malulah kalau aku buka mata sekarang, nampak sangat aku sengaja tutup mata tu nanti.

" Sakit ke?. Nak tengok." Aku merasai tangannya memegang bahu aku terus terbuka mata aku. Aku menoleh memandangnya. Dia sudah tersengih sinis. Aku menarik baju aku yang nampak sedikit besar bagi aku. Apa aku ni murah sangat ke nak tengok tengok?.

" En...encik kenapa datang sini?." Kalut aku dibuatnya. Terbongkar sudah penyamaran aku tadi. Baru aku tak nak jumpa dia.

" Nak tengok kau lah. Takkan saja saja pulak." Dia menjawab selamba.

Encik tak malu ke jumpa saya?. Encik bukan tak suka saya?." Aku menyoalnya. Dia memandang aku lama sebelum dia mengalihkan pandangannya. Betul apa yang aku cakap, masa aku jumpa dia, langsung tak pandang aku, tengok bayang aku pun dia rasa meluat. Sekarang ni, siap jenguk jenguk pula.

" Kau ingat aku nak jumpa kau sangat ke?. Aku just nak tengok kau okay ke tak?. Macam mana luka kau?." Dia memandang bahu aku. Aku mengangguk.

" Tak sesakit semalam. " Aku tersengih melihat bahu aku yang berbalut. Dia memandang aku lama. Dia berangan ke?.

" Kenapa encik pandang saya macam tu?." Dia berdecit kecil.

" Aku... aku nak cakap terima kasih je dekat kau." Dia menunduk memandang tangannya sebelum mata aku dia tenung. Aku terdiam.

" Aku nak minta maaf juga sebab dah dua kali kau masuk hospital sebab aku." Aku terdiam. Dia minta maaf ke?. Ni dia tak ada prank aku ke apa kan?. 

" Dah lah encik, benda dah jadi dah pun. Sudah berparut juga bahuku ini encik Hakim. Anggap je tu semua nasib bertuah untuk encik." Aku tersenyum. Biarlah parut ni nanti tanda aku seorang HERO membantu orang.

" Siapa lelaki ni." Dia menunjukkan aku sekeping gambar yang dia keluarkan daripada blazernya. Aku terdiam sebelum pandangan aku naik memandangnya. Kelu tak terkata.

" Mac..macam mana encik tahu dia ni?." Dia hanya menjongketkan bahunya.

" Aku tak rasa mak dengan abang kau tahu." Lagi sekali aku terkejut. Kali ini aku terkejut besar lantas aku menggeleng.

" Encik, tolong jangan bagitahu mak dengan abang saya. Kawan saya sekali. Tolong encik,saya merayu sangat." Aku cuba mendekatinya tapi bahu aku terasa sakit. Dia memegang aku supaya aku duduk menyandar semula.

" Kau tak payahlah gerak. Aku tak akan beritahu mak dengan abang kau pun. Hanis, tu pun aku tak bagitahu. Aku cuma tanya kau, siapa lelaki ni?." Aku memandangnya. Aku tak mahu buka buku lama aku lagi. Aku tak mahu ingat tentang semua tu lagi tapi.... biarlah aku cerita padanya memandangkan dia sudah tahu.

" Tu Harith Haziq. Dia... first love saya." Aku tersengih apabila aku teringat tentang dia yang dulu, seorang yang ceria dan tak pernah sentuh aku ataupun pukul aku jika dia marah. Dia selalu bersabar dengan aku walaupun aku ni annoying

" Dia baik sangat, saya tak mampu cerita tentang kebaikkan dia sebab terlalu banyak sangat. Dia bagi saya kasih sayang, dia ajar saya erti hidup dan dia jadi satu satunya kawan dan teman lelaki saya dalam satu masa. Tapi...... ." Aku terdiam. Dada aku pegang. Dia memandang tangan aku.

" Tapi dia berubah sampaikan saya tak tahu siapa diri dia. Dia tergamak nak jual saya dekat kawan dia." Jatuh setitik air mata aku. Aku pantas lap air mata aku. Aku dah janji dengan diri aku taknak menangis untuk dia lagi. Dia mengeluh kecil.

" Kalau kau tak sanggup cerita, jangan cerita lagi. " Aku menahan air mata aku daripada mengalir di hadapannya. Aku menggeleng kepala kerana aku ingin dia tahu tentang lelaki tu. Biarlah dia tahu semuanya. Aku bercerita sehingga habis. Dia tetap memandang aku mendengar segala cerita perit aku sehingga habis. Dia mencapai kotak tisu disebelah aku dan beri aku beberapa helai tisu. Aku mencapai dengan senyuman.

" Kau jangan risau, aku akan tolong kau." Aku memandangnya pelik.

" Kenapa encik nak tolong saya?. Lelaki yang nak bunuh encik tu macam mana?." Aku tak mahu dia masuk campur dalam hal aku. Biarlah dia tahu, tapi tak ambil tindakan nak tolong aku. Haziq dah berubah. Aku tak tahu perangai dia macam mana sekarang ni. Aku cuma kenal dia yang dulu saja. Bagaimana dia nak bantu aku kalau aku sendiri tak tahu Haziq macam mana sekarang.

" Tu, kau jangan tahu. Aku ada akal jadi aku tahu apa aku kena buat dan apa yang aku tak perlu buat. Kau duduk dekat sini tak perlu buat apa apa, kali ni, biar aku tolong kau pulak." Dia memandangnya aku. 

Hanis masuk ke dalam. Dia memandang aku pelik apabila aku sedang berbual dengan encik Hakim. Encik Hakim memandang aku sambil tersenyum lantas berdiri. Dia sempat tersenyum pada Hanis sebelum dia menuju keluar.

" Apa dia buat dekat sini?. Dia buat apa dekat kau?." Dia duduk disebelah aku. Bekas makanan dia letak di meja sebelah aku. Aku hanya tergelak. Tubuh aku dia peluk.

" Dia tak buat apa apa pun lah. Dia datang jenguk aku je." Hanis mengangguk faham. Aku memandang ke arah pintu. Betul ke dia nak tolong aku?. Tapi kenapa tiba tiba?. Hanis memanggil nama aku untuk mendapat pendapat daripada aku tentang baju yang dia ingin beli. Aku mengangguk kecil melihatnya.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now