AMIRUL HAFIZ
Selepas dipukul di kepala oleh Erin yang datang secara tiba tiba, aku terus tak tahu apa yang jadi walaupun waktu tu, aku masih sedar. Kepala yang terlalu berat menyukarkan aku untuk mengawal keseimbangan badan aku.
Mata yang terpejam aku kerutkan lagi apabila terasa cahaya lampu yang menyakitkan mata. Rasanya seakan ada orang yang membuka lampu ketika kau sedang tidur di bilik yang gelap. Tangan aku naik menutup mata aku aku tetapi desingan yang terlampau kuat menyebabkan tangan aku tadi beralih pada belakang kepala. Ngilunya tak mampu aku cakap.
" Hah, sedar pun kau. Macam mana kepala kau, hilang tak sakit?." Aku perlahan lahan memandang ke arah susuk tubuh yang aku cukup kenal. Pandangan yang kabur juga perlahan lahan menjadi jelas. Dia memberikan aku sekuntum senyuman.
" Kau buat apa dekat sini?." Aku cuba bangkit daripada perbaringan lantas dia membantu aku. Dia kembali duduk melihat aku dengan pandangan simpatinya.
" Aku buat apa lagi, jaga kau lah." Hakim membetulkan rambutnya. Aku tersengih sinis. Sejak bila dia jadi baik dengan aku ni?.
"Aku ni bukan budak kecil lagi nak berteman teman. Yang kau ni datang sorang je ke?. Mana mama?." Aku betulkan posisi tubuh aku supaya lebih selesa. Sakit dikepala juga semakin berkurangan. Dia menggeleng.
" Semua datang lawat kau tadi Fiz. Mama, papa, bini aku. Cuma waktu tu je kau tak sedarkan diri lagi. Tapi kau jangan risau. Doktor cakap, esok kau dah boleh discharge. Nasib baiklah tak serius mana hentakkan tu. Banyak risiko tau, tempurung kepala kau boleh pecah, strok. Semua macam tu boleh jadi." Aku hanya membuat riak wajah kosong.
" Alah, perempuan tu pukul aku sikit je. Tak kuat mana pun." Aku memegang belakang rambut aku yang bagaikan sudah membenjol. Bodoh punya Erin, aku dapat kau lepas ni, aku cincang cincang kau. Hakim berdegus sinis.
" Tak kuat kau cakap?. Kau punya tak sedarkan diri disebabkan pukulan sikit tu, sampai ke malam tau. Punya lah lama kau pengsan. Kak Dhia sampai menangis nangis terpaksa call aku minta bantuan. Tu kau cakap sikit?." Dia memeluk tubuhnya, berang dengan kata kata aku tadi. Aku terdiam mendengar Hakim kata...Dhia menangis. Dia menangis untuk aku ke?.
" Dhia mana?." Perasaan ingin berjumpanya semakin tak tentu arah. Aku nak tengok muka dia. Tak kisahlah muka dia menangis ke, marah ke, apa ke, asalkan aku nak tengok muka dia. Hakim terdiam. Selepas melihat dia berdiam diri macam tu, aku cuba untuk turun daripada katil tapi dia cepat cepat halang.
" Eh eh, kau nak pergi mana ?." Dia memandang aku dengan pandangan terkejutnya.
" Aku nak jumpa Dhia. Tepilah." Aku menolak tangannya tapi dia terus kunci tangan aku kuat. Aku terbeliak memandang dia.
"Kak Dhia ada dekat luar tu, dengan Aina. Dia tunggu kau sedar je tadi. Lagipun, dia takut nak tengok kau. Dia rasa bersalah." Hakim mengeluh kecil lantas aku terdiam. Senyuman aku ukir secalit. Bahu Hakim aku tampar kasar.
" Kau panggil dia cepat. Aku nak jumpa dia." Aku menolak nolak bahunya kasar. Dia memandang aku pelik.
" Amboi kau, senangnya. Aku ni adik kau yang terpaksa mengendong badan kau yang seberat beratnya tu bawa datang hospital tau. Dah lah tak terima kasih dekat aku. Tolak tolak aku pula tu. Aina yang mengandung pun senang lagi aku nak angkat berbanding kau tau." Panjang lebar dia bercakap. Aku terdiam sebelum menolak tubuhnya daripada katil.
" Kau sejak bila jadi baik dengan aku ni?. Panggillah cepat Dhia. Aku nak jumpa dia." Dia tersengih sinis.
" Senangnya kau Hafiz. Layan dia macam dia takde perasaan je kan?. Kau dapatkan balik Kak Dhia macam tu je?. Kau tau tak kesalahan kau dekat dia?. Kau tak rasa bersalah ke dengan kak Dhia?." Aku terdiam mendengar dia bertubi tubi mengajukan aku soalan. Apa yang Hakim cakap tadi betul betul makan dalam. Aku dapatkan Dhia macam tu je?. Tak fikirkan kesalahan aku, tak bagi dia masa untuk tenangkan hati, alih alih, aku dapatkan dia minta maaf macam tu je. Tapi apa aku boleh buat?. Tu je cara untuk aku dapatkan balik hati Dhia.
" Ni je peluang yang aku ada untuk berbaik dengan Dhia, Kim. Aku betul betul dah sedar semua tu. Aku tahu hati dia still sakit dengan apa yang aku dah buat dekat dia dulu, cakap yang bukan bukan, hina dia macam macam. Kalau dia minta aku masa, aku sanggup tunggu, tapi asalkan jawapan yang dia bakal bagi tu tak mengecewakan aku. Aku nak sayang dia macam dulu dulu Hakim, aku nak dia ada dengan aku selalu." Panjang lebar aku terangkan pada dia. Aku sedar yang aku ni selfish. Aku tak fikirkan tentang perasaan dia. Hakim disebelah memegang bahu aku lembut dengan senyuman ikhlasnya.
" Dah lah. Aku takde niat nak sakitkan hati kau pun. Aku keluar dulu, nak panggilkan kak Dhia." Hakim tersenyum nipis sebelum dia bingkas bangun dan menuju keluar daripada bilik wad aku. Aku tertunduk memikirkan apa yang bakal berlaku apabila Dhia masuk nanti. Daripada mana aku nak mula?. Aku perlu buat apa?.
Aku menoleh ke arah pintu bilik apabila susuk tubuh Dhia melangkah takut takut masuk ke dalam wad aku sebelum pintu wad dia tutup rapat. Hanya wajah risau saja yang terukir di wajahnya. Aku tersenyum kecil sebelum duduk menghadapnya.
" Dhia..... ." Perlahan saja suara aku memanggil nama dia. Dia perlahan lahan duduk di hadapan menghadap aku. Dia memandang ke arah setiap inci wajah aku.
"Aw..awak okay?. Sakit lagi ke kepala tu?." Lembut saja dia bercakap. Suara tu, dah lama aku tak dengar. Suara dia risaukan aku waktu aku demam panas. Ketika tu, dia rasa bersalah sangat sebab aku terpaksa mandi hujan nak tunggu dia dekat bas stop. Tapi aku suka, sebab dia jaga aku. Dia suapkan aku, mandikan aku, tidurkan aku. Alahai, ada lagi ke semua tu untuk aku?.
" Sakit tu hilang bila abang dapat tengok muka Dhia." Dia terdiam sebelum menumbuk kasar lengan aku dengan pandangan marahnya. Aku pandang wajah dia dengan sengihan kecil aku. Aku suka tengok dia marah marah aku, comel.
" Awak ingat awak tu siapa?. Magician?. Tengok muka orang je terus baik?." Aku tergelak besar mendengar dia cakap begitu dengan nada marahnya. Aku memegang belakang kepala aku yang terasa berdesing tiba tiba. Dia cuba untuk mendapatkan aku. Aku cuma tersengih kecil.
" Awak memang suka buat saya macam ni kan?. Sepatutnya awak yang kena datang dekat saya, tapi kenapa saya pula yang kena datang dekat awak?." Aku terdiam dengan kata katanya. Bibir aku kemam. Dia juga terdiam.
" Terima kasih sebab risaukan abang tadi." Aku cuba mencapai tangan dia tapi dia lantas mengalihnya. Aku mengeluh berat sebelum tersengih kecil.
" Abang boleh bagi Dhia masa. Abang akan bagi Dhia sebanyak masa yang Dhia nak tapi asalkan jawapan Dhia adalah jawapan yang abang mahukan. Abang nak rujuk semula dengan Dhia. Abang nak buktikan dekat Dhia yang abang betul betul sayangkan Dhia. Kita jaga anak sama sama. Abang mint... ."
" Sudah sudahlah tu abang minta maaf. Dhia tak suka dengar lah." Aku terdiam. Berhenti daripada meneruskan niat aku mahu memujuknya. Dia mengeluh berat sebelum memandang aku simpati.
" Dhia tahu, abang memang banyak sakitkan hati Dhia, bukan setakat sakitkan hati tapi hancurkan hati Dhia. Tapi kalau Dhia tak terima abang, Dhia yang sakit. Dhia yang kena tanggung rindu Dhia dekat abang. Bila Dhia fikir balik... " Dia menunduk memandang tangannya sebelum mengangkat kembali kepalanya memandang aku dengan senyumannya.
" Sampai bila Dhia nak merajuk dengan abang?. Dhia nampak usaha abang nak pujuk Dhia. Bila Dhia fikirkan balik, Dhia pun nak bahagia dengan abang. Dhia nak bagi pel.. ." Aku lantas memeluk tubuhnya erat. Aku tergelak kecil sebelum gelakkan aku menjadi semakin bahagia. Aku tersengih melebar.
" Dhia..... . Abang janji, abang akan jaga Dhia sampai bila bila. Abang akan bahagiakan Dhia dengan anak anak kita. Ya Allah, abang..abang tak tahu nak cakap apa lagi ni. Abang sayang Dhia!!." Aku memeluk tubuh dia erat seeratnya, teruja tak mampu aku sorokkan. Tergelak suka aku dibuatnya. Apa yang aku nak sekarang ni, Dhia. Aku nak dia. Dia terus menolak tubuh aku kuat. Aku terdiam melihat renungan tajamnya.
" Jangan main peluk peluk macam tu jelah. Tau tak semua tuh haram?. Kalau nak, tunggulah waktu kita rujuk nanti." Aku terdiam sebelum sengihan aku menjadi semakin melebar. Arghhh, aku nak menangis!!!. Ya Allah, kau dengar doa aku selama ni. Dia tersengih kecil sebelum tergelak melihat wajah aku yang bagaikan ingin menangis. Ya Allah, kau kembalikan Dhia untuk aku akhirnya. Aku takkan sia siakan peluang ni. Sumpah!!.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...