AMIRUL HAKIM
" BABY !!!." Kepala aku naik memandang Suraya yang berlari anak menuju ke arah aku. Risya mengikutinya daripada belakang sehingga dihadapan pintu bilik aku. Pipi aku dia cium lantas dia duduk di atas peha aku. Tengkuk aku dia rangkul. Mukanya aku pandang tanpa perasaan.
" You macam mana boleh naik ni?." Aku memandang Risya yang menggaru kepalanya. Setahu aku, mahu naik atas perlukan ID kad saja. Mukanya nampak gelisah. Aku membuat isyarat muka supaya Risya meninggalkan aku dengan Suraya.
" I cakap You future husband I lah. Tu yang diorang bagi I naik." Dia tersengih teruja. Aku mengeluh kecil sebelum pehanya aku tolak lembut.
" You keluarlah. I penat ni. Banyak kerja I nak kena fokus sekarang ni." Aku memandangnya penat. Setelah projek bermula, aku selalu ulang alik ke tapak pembinaan supaya memastikan segalanya dijalankan dengan sempurna dan bekalan bahan mentah cukup untuk bulan ini. Sofea di rumah juga tiada siapa yang menjaga. Terpaksalah aku minta bantuan mama dan papa.
" Alah, sorry lah. I tak tahu pun You busy. I nak ajak You lunch dengan I." Dia memandang aku dengan bibirnya di muncungkan. Aku diam memandangnya.
" I'm so sorry, I can't. I banyak kerja nak kena buat ni. Lain kali eh?." Aku mahu menyambung semula kerja aku tapi lantas dia menarik tangan aku.
" You asyik sibuk je?. Sekali sekala You layan lah I. Penat tau I nak naik bilik You semata mata nak jumpa You." Dia memandang aku marah. Aku lantas berdiri. Aku menundukkan sedikit kepala aku supaya mata aku merenung anak matanya.
" Suraya, I kan dah cakap I sibuk. I minta maaf. You baliklah. You dengan I dah takde apa apa hubungan lagi. I buat hal I, You buat hal You. We broke up a few months ago. You need to accept all this. We're done !!!. Kenapa you susah sangat nak terima semua ni?." Suara aku naik senoktah. Hilang sabar aku dibuatnya. Dia memandang aku lama sebelum matanya mula berair.
" Takkan takde sikit pun peluang You nak bagi dekat I. Sikit pun jadilah. I nak tunjukkan dekat You yang I memang betul betul dah berubah Hakim. Hakim, tolonglah." Dia mencapai lengan aku. Aku menoleh memandang ke arah lain. Aku tidak boleh memandang wajahnya yang mula memujuk. Hati aku terlalu lembut untuk dia.
" Untuk maafkan You, I dah lama maafkan dengan apa yang You buat dekat I dulu. Tapi untuk percayakan You, I tak boleh. Hati I dah lama takde nama You Suraya. I dah tawar hati dengan You. Kita memang takkan dapat jadi macam dulu dulu lagi. " Aku beranikan diri aku memandangnya. Dia terdiam. Tangannya perahan lahan melepaskan lengan aku. Dia lap air matanya sebelum dia melangkah keluar. Pintu dia hempas perlahan. Aku terduduk di kerusi. Hilang mood aku untuk bekerja. Fokus sudah tiada. Aku serabut.
**********
Pandangan aku menuju ke halaman rumah mama. Fikiran aku kosong. Sofea yang sedang bermain di dalam pelukkan aku mengeluarkan suaranya tetapi aku masih mengelamun.
" Hakim." Kak Amirah menepuk lengan aku lembut. Aku lantas memandangnya. Senyuman aku kuntum buatnya. Dia duduk di sebelah aku.
" Hakim kenapa ni?. Mengelamun je. Dah sampai ke mana?." Aku tersengih mendengar lawaknya.
" Masih dekat sini kak. Cuma tak tenang je." Aku mengeluh memandang Sofea yang menggoncang goncang patungnya. Kak Amirah tergelak kecil melihat anak buahnya sebelum mengambil Sofea di dalam dakapan aku.
" Hakim masih teringatkan Suraya ya?." Aku menoleh memandangnya. Dia tersengih.
" Macam mana akak tahu?." Kak Amirah tergelak kecil. Dia seperti tahu apa yang aku sedang fikirkan sekarang ni. Aku memang sedang fikirkan apa yang Suraya kata tadi.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomansaApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...