BAB 57👹

3.7K 164 5
                                        


Belum sempat lelaki itu keluar daripada pintu rumahnya, lantas aku tolak dia kembali masuk ke dalam rumah. Aqil, muizzin dan Hakimi terkedek kedek memasuki rumahnya. Dia memandang aku dengan pandangan terkejut sebelum Aqil menutup pintu rumah. Aku lantas memandangnya dengan pandangan yang serius.

"Kau kena tolong aku kali ni." Aku merenung tajam ke arah matanya. Dia yang masih dengan pandangan terkejutnya mengangguk perlahan.

***

" Kau cari CCTV yang berdekatan dengan tempat ni." Aku menunjukkannya alamat dimana Kak Dhia ditekup. Lelaki yang pernah tolong Irfan dulu menaip laju keyboard komputer sebelum semua paparan CCTV tertera di setiap skrin komputernya. Aku tersengih sinis. Ni baru betul jenayah siber.

" Undur balik masa waktu 13 Disember 201* dan area pukul  2.28 petang macam tu." Aku mengambil kerusi dan duduk disebelahnya. Mereka bertiga hanya berdiri dibelakang aku. Dia menjelirkan lidahnya ketepi sebelum dia menekan beberapa butang sebelum semua paparan kembali pada waktu yang aku sebutkan tadi tapi bermula pada pukul 12 malam. Kami semua memandang dia pelik.

" Aik, cepatnya?. Bukan kena tunggu dulu ke semua CCTV ni undur masa?.Setahu aku lah, kalau nak tunggu semua ni throwback balik, memang lama. " Muizzin menggaru kepalanya.. Dia hanya tersengih kecil sebelum menjongketkan bahunya.

" Ni Yuyu lah. Semua teknologi IT aku boleh terokai hanya dengan semua cip ni." Dia menunjukkan beberapa kepingan sim. Kami semua memandang dia meluat. Tu lah dia manusia. Ada kerja halal, haram juga nak buat.

" Sekarang ni, kita tunggu target kau datang." Aku mengangguk sekali sebelum aku memandang semua skrin komputer untuk mencari kelibat Kak Dhia di dalam CCTV ini. 

" Dah dah, dia dekat sini!!." Hakimi menjerit kecil sambil menunjukkan kelibat Kak Dhia yang baru keluar daripada bangunan klinik yang bercantum dengan bangunan bangunan yang lain. Di pekan mungkin. Kami bertiga lantas memerhati setiap pergerakkannya. Jelas terpapar di wajahnya sinar kegembiraan. Isteri mana yang tak gembira apabila dikhabarkan dia mengandung anak bersama suami yang dia cintai?. 

Belum sempat dia memasuki keretanya yang diparking di kawasan lorong, bibirnya ditekup oleh seseorang yang tak dikenali. Disebabkan lelaki tadi fikir di kawasan ini tiada CCTV, dia mendedahkan wajah sepenuhnya membuatkan kami berlima dapat melihatnya tetapi tidak beberapa jelas. 

" Dekatkan sikit." Aku menepuk lembut tangan lelaki tadi. Dia mengangguk dan menekan space button beberapa kali menyebabkan kami dapat melihat wajahnya dengan penuh dan jelas. Sejelas jelasnya. Kami semua juga terperanjat kerana melihat wajah Erin daripada dalam kereta mendekati mereka berdua.

" Stop. Kau screenshot cepat. Lepas tu kau bagi aku." Mata aku masih merenung wajah Erin yang terpapar di pandangan CCTV. Lelaki tadi mengangguk.

 Lelaki yang bersama Erin tadi memboloskan diri di dalam kereta sebelum mereka hilang daripada paparan CCTV. Aku mengeluh kecil. Tak sangka dengan apa yang aku tengok tadi. Muizzin menggeleng geleng kepalanya.

" Wahhh.. Perempuan ni licik juga eh?. Dia memang macam tu ke?." Muizzin memandang ke arah sebelum aku menjongketkan bahu aku. Aku sendiri tak tahu dia sebegini kerana aku tak berapa kenal dengan sikap Erin. Aku hanya tahu yang dia ni.... kaki kikis?.

" Aku kenal lelaki ni." Kami berempat memandang ke arah lelaki tadi. Dia tersengih janggal. Aku lantas mendekatinya dengan pandangan ingin tahu aku.

" Siapa dia ni?." Mereka bertiga terkalut kalut mendekati lelaki tadi. Dia sudah cuak melihat kami yang bagaikan 'pemangsa' yang memerlukan mangsa untuk teruskan hidup. Dia menelan liurnya sebelum tersengih.

MR. SAVIORTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang