DHIA AULANA
" Saya nak minta maaf dekat Datin sekeluarga. Saya tahu saya bersalah. Disebabkan saya, orang cakap benda yang bukan bukan tentang keluarga Datin." Tertunduk aku dibuatnya. Empangan air mata aku akhirnya pecah kerana aku terlalu sebak.
Setelah hampir 2 tahun aku menghilangkan diri, akhirnya aku buat keputusan untuk minta maaf secara baik, ikhlas daripada aku. Aku tahu, disebabkan aku larikan diri daripada semua ni, Datin sekeluarga dah pandang hina dekat aku.
Aku cuma tiada kekuatan untuk jelaskan semuanya di waktu tu. Datin mengeluh kecil sebelum peha aku dia pegang. Malam malam macam ni, aku sanggup datang hanya kerana aku mahu meminta maaf untuk pihak diri aku.
" Dhia jangan cakap macam tu. Mama tak pernah salahkan Dhia. Mama tahu Dhia langsung tak bersalah dalam hal ni. Mama percayakan Dhia seratus peratus. Dhia takkan buat semua tu." Dagu aku bergetar menahan esakkan. Walaupun aku sudah tidak menjadi menantunya, tapi dia tetap menggelar dirinya mama. Aku mengangkat kepala aku perlahan sebelum senyuman aku ukir.
" Terima kasih . Dhia tak tahu nak buat apa waktu tu. Dhia buntu. Tapi sumpah Datin, saya tak buat semua tu. Saya kena fitnah Datin." Datin duduk disebelah aku sebelum belakang tubuh aku dia usah lembut.
Aku jujur, aku gagal jadi isteri yang baik untuk Hafiz dulu, aku gagal jadi mak yang baik untuk Sofea. Aku pentingkan diri aku, aku tinggalkan Sofea macam tu je. Aku hanya fikirkan tentang diri aku saja. Aku cuma lemah untuk pertahankan diri aku. Aku terlalu sayangkan Hafiz sampai aku biarkan orang fintah aku bukan bukan. Tapi sekarang aku sedar, semua tu hanya menambahkan kebencian orang terhadap aku.
" Assalamualaikum." Aku terdiam. Suara tu... aku kenal suara tu. Perlahan lahan kepala aku menoleh memandang ke arah... Hakim yang sedang berdiri di hadapan pintu bersama seorang perempuan di sisinya sambil mengendong.. Sofea. Anak aku. Hakim terbeliak sebelum menuju ke arah aku dengan senyuman.
" Eh, kak Dhia. Dah lama tak dengar khabar. Akak macam mana, sihat?." Dia duduk disebelah aku. Aku terdiam. Dia.. tak marahkan aku ke?. Semua orang tahu, aku tinggalkan Hafiz sebab dikhabarkan aku curang dengan lelaki lain. Dia tak marah ke sebab aku dah buat abang dia macam tu?. Aku hanya tersenyum kecil.
" Alhamdulillah. Ak.. akak sihat." Mata aku memandang ke arah Sofea yang sedang digendong oleh Hakim. Senyuman aku melebar.
" Sofea.. ." Hakim pantas menyerahkan Sofea kepada aku. Aku mengambilnya daripada tangan Hakim. Tak henti henti aku menyebut nama Pencipta kerana aku terlalu teruja dapat mengendong anak aku sendiri yang sudah lama aku tinggalkan. Ya Allah, aku kejam. Aku kejam dengan anak aku sendiri. Aku hamba yang hina Ya Allah.
" Kau buat apa dekat sini?." Kelibat Hafiz yang sedang menuruni setiap anak tangga sambil menyelukkan tangan ke dalam poket seluarnya. Riak wajahnya kosong. Aku terdiam. Dengan pantas, aku serahkan Sofea semula kepada Hakim dan bingkas bangun.
" Datin, saya balik dulu." Aku salam tangan bekas ibu mertua aku dan ingin berlalu pergi. Aku tak kuat nak hadap muka Hafiz. Biarlah, sekurang kurangnya aku dah minta maaf pada Datin.
" Aku tanya, kau buat apa dekat sini!?." Dia menengking kuat menyebabkan aku tersentak, terkejut dengan suaranya yang memetir. Sofea mula menangis akibat tengkingan Hafiz tadi. Langkah aku terhenti. Apa aku nak buat sekarang ni. Aku perlu melangkah keluar daripada rumah ni, atau hadap dia?.
" Sudahlah tu Hafiz. Dhia datang sini nak minta maaf sebab dia rasa bersalah. Itu je." Datin bingkas bangun cuba mempertahankan aku. Aku dengar bunyi gelakan sinisnya.
" Betina tu datang sini nak minta maaf?. Eh perempuan, kau boleh pergi mampus lah dengan maaf kau tu." Ya Allah, tergamaknya dia cakap macam tu dekat aku?. Aku memegang atas dada aku yang terasa bagaikan pedih dipanggil 'betina' oleh orang yang aku sayang. Aku hanya membatu.
" Hafiz!!. Apa Hafiz cakap macam tu. Cukup baik lah Dhia tu minta maaf walaupun bukan salah dia. Apa yang susah sangat Hafiz nak maafkan Dhia?." Datin lagi sekali cuba mempertahankan aku. Hakim dan isterinya hanya mendiamkan diri melihat pergaduhan mulut diantara Hafiz dan Datin Nawarah.
" Mama tak faham perasaan Hafiz!!. Hafiz yang rasa, Hafiz yang kena tanggung semua tu. Dia khianat Hafiz. Dia curang dengan jantan lain belakang Hafiz!!. Suami mana yang sanggup terima semua tu. Tahu salah dia, dia selamba tinggalkan Hafiz macam tu je. Dia janji nak bahagiakan Hafiz, dia janji nak setia dengan Hafiz tapi mama tengok!!. Dia datang balik lepas Hafiz dah ada pengganti!!." Bergetar getar suaranya meluahkan segala perasaan. Aku menangis tertunduk mendengar apa yang dia cakap. Keadaan memaksa aku untuk tinggalkan kau Hafiz.
" Dhia terpaksa abang." Aku toleh memandang Hafiz yang sedang merenung aku tajam. Aku beranikan diri memanggil panggilan sewaktu perkahwinan kami dahulu. Mama dan Hakim turut memandang aku simpati.
"Dhia kena fitnah abang. Dhia terpaksa larikan diri sebab hanya cara tu je yang terbaik untuk Dhia selesaikan semua tu. Tapi Dhia bodoh. Dhia tak fikirkan perasaan abang, Dhia pentingkan diri tapi percayalah, Dhia tak tergamak nak curang belakang abang. Dhia sayang abang sepenuh hati Dhia. Sofea bukti sayang Dhia dekat abang. Dhia sayangkan abang lebih daripada Dhia sayang diri Dhia sendiri."
Meleleh leleh air mata aku mengalir membasahi pipi. Aku tak kuat nak tahan air mata aku. Aku sayangkan Hafiz, tapi itu saja cara yang aku ada. Hafiz tersengih sinis sebelum mendapatkan aku. Lengan aku dia cengkam kasar.
" Eh kau jangan nak tipu aku lah. Aku tahu semuanya. Erin ada bukti yang kau ada hubungan sulit dengan orang lain!!. Kau sedar tak yang semua perasaan sayang kau dekat aku tu, semuanya palsu Dhia. Kau tak pernah cintakan aku. Kau terima aku sebab kau nak harta aku kan?." Aku terdiam. Dia tersenyum sinis.
"Okay fine, Kalau kau gilakan sangat duit aku ni, kau ambik semua duit ni, kau berambus sekarang!!. Aku tak nak tengok muka tak tahu malu kau ni lagi!!." Dia mencampak segala duit yang ada di dalam dompetnya. Jam mahal yang dia pakai di pergelangan tangannya juga dilemparkan di hadapan aku. Mama sedaya upaya cuba menghalang. Hakim menahan tubuh abangnya.
" Dah lah tu Hafiz." Tangan Hakim dia tepis kasar sebelum memandang aku tajam.
" Kau berambuslah. Apa lagi!!." Dia menengking ke arah aku. Aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis.
" Sumpah dengan nama Allah, Dhia sayangkan abang sorang je. Dhia tak pernah cur.. ."
'PANG!!'
Belum sempat aku habiskan kata kata aku, satu tamparan pijar hinggap di pipi aku menyebabkan aku terduduk. Mama menjerit sebelum menahan tangan Hafiz daripada cuba memukul aku. Ya Allah, kuatkan hati aku. Kalau ini hukuman untuk aku kerana tinggalkan suami dan anak aku, aku terima.
" Berani kau nak cakap semua tu lagi?. Aku takkan percayakan kata kata kau sebab semua tu tipu. Kau tak pernah cintakan aku Dhia!!." Dia cuba untuk memukul aku tapi cepat cepat mama beristighfar menghalang anak ketiganya.
Hakim membantu aku berdiri. Aku seka air mata aku di hadapan Hafiz yang sudah menyinga sebelum aku kuntum senyum kecil.
" Abang, Dhia minta maaf. Dhia mengaku ni semua salah Dhia. Tapi percayalah, sampai mati, dhia takkan pernah berhenti daripada sayang abang. Halalkan makan minum yang selama ni Dhia dapat daripada abang. Abang jaga anak kita baik baik. Dhia sayang abang sangat sangat. Dhia pergi dulu, assalamualaikum." Aku menyeka air mata aku sebelum melangkah keluar daripada rumah agam yang pernah aku duduk bersama dengan Hafiz.
Biarlah semua kenangan aku bersama Hafiz tetap tersimpan didalam kotak hati aku. Hanya dia saja lelaki yang tertakhta di dalam hati aku. Hanya Hafiz.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...