BAB 49👹

4K 169 3
                                    


4 BULAN KEMUDIAN.....

HANIS 

" Are you ready?." Dia memandang aku dengan senyuman ikhlasnya. Aku mengangguk. Sejujurnya, aku sedang gementar sangat sangat. Aku takut kalau Aina merajuk dengan aku sebab tak cerita dekat dia tentang hubungan kami. 

Jadi hari ini, dia rancang untuk umumkan yang bulan depan kami akan bertunang. Selepas kedua dua pihak berbincang, akhirnya kami berdua akan mengikat tali pertunangan dan aku bakal tamatkan zaman bujang aku. Huhu.

Perlahan lahan dia membuka pintu restoran tadi. Mata mereka semua tertunpu pada kami. Ya, mereka semua terdiam daripada gelak tawa. Mana taknya, daripada luar aku boleh dengar diorang gelak. Ya Allah, takutnya aku. Aina, dia pun macam tak percaya je tengok aku masuk dengan bakal tunang aku ni.

" Ha..Hakimi?." Muizzin mengerutkan keningnya melihat aku masuk bersama Hakimi ke dalam bangunan restoran yang suami Aina sendiri  tempahkan untuk kami. Hampir setahun aku dan Hakimi bersama. Aku tak nak cerita bagaimana aku kenal dengan dia.

Waktu tu, aku jumpa Hakimi dekat Hospital semasa Aina kena pukul dan aku kenal dengan lebih mendalam waktu kami sama sama berbual di hospital waktu Aina kena tikam. Aku sendiri tak sangka hubungan kami boleh pergi sejauh ni. Dia baik sangat waktu tu dengan aku, siap belikan aku makanan lagi. Haihh dah kalau jodoh tu, tak ke mana kan walaupun jumpa dekat mana mana pun.

" Hai Aina." Aku melambai ke arah Aina yang memandang aku pelik sebelum dia tersenyum teruja sebelum melambai aku kembali. Dia tak marah aku ke?. Aqil di sebelah memberikan sedikit ruang untuk Hakimi dan aku duduk. 

" Aku harap korang boleh terima keputusan aku." Hakimi akhirnya membuka mulut selepas lama dia mendiamkan diri. Dia memandang aku seketika sebelum memandang ke arah kawan kawannya semula. 

" Aku dengan Hanis nak bertunang bulan depan." Muizzinlah orang pertama yang terperanjat. Dia memandang kami tak percaya. Hakim yang berada disebelahnya tergelak kecil sebelum tangannya naik memegang bahu Muizzin. Kenapa, dia tak percaya ke?. Aina pula sudah membesar matanya.

" Tahniah doh kau Kimi, tak tahu pulak kau diam diam dah berpunya." Aqil menyiku lengan kawannya sambil tersengih. Hakimi juga tersenyum mendengar sahabatnya berkata begitu.

" Ouh, patutlah selama ni kau tersengih je hadap telefon. Dah berpunya rupanya. Lepas ni boleh makan nasi minyak kau pulak. Aqil dengan...... ." Mata kami semua menumpu ke arah Muizzin yang... terkaku tak berkata apa apa. Matanya terbeliak memandang ke arah hadapan. Kena rasuk ke?. Hakim disebelahnya terus menarik kepalanya menyorokkan wajah Muizzin yang erm, hodoh. 

" Takpelah. Jom kita semua makan dulu. Mahal semua ni. Tahniah ye Kimi, Hanis. Semoga dipermudahkan urusan korang." Hakim tersentum memandang ke arah kami. Aku mengangguk sebelum mata aku memandang ke arah Aina yang tersenyum nipis ke arah aku. Aku harap dia tak marah aku

***

" Aku tak tahu pun kau dengan Hakimi?." Aina di hadapan aku memandang tanpa berkedip. Aduh, kan aku dah cakap, dia memang akan marah punya. Apa aku nak jawab ni.

" Aku minta maaf, aku tak berniat nak sorokkan semua ni daripada kau. Aku.. ." Aina lantas memeluk tubuh aku perlahan. Aku tak boleh balas pelukkannya sebab perut dia yang dah macam tong salji. Lain betul [erut dia waktu ni. Aku terdiam.

 " Tahniah weyh. Dah nak tunang sahabat aku ni." Dia mengusap usap belakang badan aku. Aku terdiam sebelum perlahan lahan aku tersenyum. Tangan aku memeluk tubuhnya berhati hati supaya tidak mengganggu anaknya.

" Kau tak marah aku ke sebab simpan rahsia ni daripada kau?." Aku melepaskan pelukkan sebelum memegang lengannya. Aku memandang dia simpati.

 Kalau aku jadi Aina, aku pun marah. Janji tak nak ada rahsia antara kami, tapi aku pula yang berahsia dengan dia. Dia tersenyum sebelum menggenggam tangan aku.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now