AMIRUL HAFIZ
" Hafiz?." Aku tersentak daripada lamunan lantas menoleh memandang ke arah mama yang sedang memegang lengan aku dengan pandangan peliknya.
" Ouh ... kenapa?." Aku tersenyum kecil ke arah mama. Dia hanya mengeluh kecil.
" Hafiz termenung ke?. Kesian cashier ni tak selesa Hafiz tenung dia lama lama macam tu." Mata aku menoleh memandang ke arah cashier perempuan yang sudah tersengih sengih malu. Aku tersengih sinis.
Ingat aku nak pandang kau sangat ke?. Tak hamak lah. Aku menoleh memandang ke arah lain. Banyak lagi pandangan menarik dekat market ni yang aku boleh tengok.
***
" Hafiz nak makan dekat mana ni?. Ada ke restoran dekat area sini?." Mama yang bercakap di sebelah aku biarkan kerana mata aku masih khusyuk melilau mencari kelibat Dhia yang aku jumpa dia di area sini minggu lepas.
Aku cari Dhia?. Entah, aku sendiri tak tahu kenapa aku cari dia. Aku rasa aku benci dia tau tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku.. mungkin rindu nak tengok muka dia?.
" Hafiz cari apa ni?. Mana ada orang makan dekat sini." Aku akhirnya mengeluh, berputus asa mencari Dhia dan menoleh memandang ke arah mama dengan senyuman kecil aku.
" Takdelah. Hafiz nak ajak mama teman Hafiz belikan handbag untuk Erin... tapi tak apalah. 'Handbag' tu macam dah takde je dekat sini?." Mata aku melilau mencari kelibat dia untuk kali terakhir sebelum berlalu pergi meninggalkan mama di belakang. Mama membuat riak wajah peliknya.
" Handbag boleh hilang ke?. Kalau jenama tu dah habis, belilah jenama yang lain?." Mama terus mengejar langkah aku yang sudah semakin jauh. Sejujurnya, dalam hati aku ni memang tak pernah terlintas nak menampar Dhia tempoh hari tapi aku sakit hati.
Aku sakit hati bila dia berulang kali cakap yang dia sayangkan aku, cintakan aku tapi aku tak boleh percayakan semua tu. Dia sayang aku tapi dia tinggalkan aku?. Tu yang dipanggil sayang ke?.
Dia biarkan aku terseksa rindukan dia siang malam sampailah suatu hari, Erin sendiri yang ajak aku kahwin. Aku ingatkan kahwin dengan dia boleh hilangkan perasaan sayang aku pada Dhia tapi nampaknya tak.
Kenapa susah sangat aku nak bencikan diri kau hah Dhia?. Kenapa aku tak boleh buang perasaan sayang aku pada dia walaupun aku tahu, dia dah curang dengan aku?. Kau kejam Dhia. Kau seksa jiwa raga aku sampaikan aku rasa semua tu dah mati untuk kau.
*********
INDIRA
Tersedak aku dibuatnya apabila seseorang daripada belakang menolak kasar tubuh belakang aku. Aku memejamkan mata menahan kemarahan aku pada manusia bertuah tadi. Sebaik air minuman tadi tak terkeluar balik daripada mulut aku.
Dia sambil tergelak duduk di hadapan aku sebelum memandang aku dengan wajah ejekkannya. Aku memandang dia meluat sebelum mengacunya buku lima aku. Tahu siapa manusia bertuah tu?.
" Wahh, ni bukan Indira Raihanna model terkenal tu ke?. Eh, saya fan awaklah. Boleh awak signature dekat pipi saya tak?." Muizzin mengacukan pipinya ke arah aku yang sudah kepanasan menahan kemarahan. Hah, Muizzin lah. Siapa lagi manusia yang berani buat macam tu dekat aku?.
" Sebelum aku bagi signature aku, sini aku bagi kau rasa kaki aku dulu." Dia menutup mulutnya tak percaya.
" Uuuu, takutnya saya. Tolong... ada orang nak bagi saya kaki." Dia menjerit perlahan sebelum tersengih jahat ke arah aku. Aku pukul tangan dia kasar sebelum dia menangkap tangan aku. Aku terbeliak memandang dia yang sudah tersengih jahat ke arah aku. Dia kuncup bertubi tubi tangan aku sebelum melepaskannya. Aku terdiam. Dia... cium tangan aku ke?.
" Hai awek." Dia duduk bersandar merenung wajah aku. Kenapa aku rasa muka aku ni panas semacam?. Oksigen.. oksigen. Dia ke hadapan dan menongkat dagunya menggunakan tangan di atas meja.
" Awak malu ke?. Kenapa muka merah merah ni, nak cendol?. Abang boleh belikan untuk awak." Aku tersengih kecil sebelum menutup muka aku malu. Dia tergelak melihat riaksi aku.Malunya Ya Allah. Kau ingat comel ke pujuk aku guna cara tu?. Aku siku kau nanti.
" Eh Erin?. Dia buat apa dekat sana tu?." Aku menoleh memandang ke arah wanita yang Muizzin tunjuk tadi. Dia bersama seorang lelaki yang sedang berpelukkan sambil tergelak gelak suka. Aku memandang semula ke arah Muizzin.
" Siapa tu?. Kau kenal ke dia tu?." Aku melihat Muizzin yang sedang mengeluarkan Ipho** miliknya dan menyorok sedikit untuk mengambil gambar. Dia menolak kepala aku perlahan. Haih.. sabar jelah...
" Perempuan tu nama dia Erin. Bini abang Hakim. Tapi nampaknya... perempuan tu tengah curang je. Siap main peluk peluk bagai." Aku menjulingkan mata aku ke atas sebelum membuat riak wajah meluat.
" Eii, mengenyamnya. Tak sedar ke dia tu isteri orang?." Aku menyelak rambut panjang ke belakang. Aku benci gila lelaki atau perempuan yang tak sedar diri tu dah kahwin tapi acah acah mengaku 'single'. Sepatutnya manusia macam tu dah pupus. Muizzin di hadapan aku sudah tersengih kecil.
"Kau percayalah, aku tak macam tu." Dia menyepetkan matanya memandang aku. Aku memandang dia meluat.
"Aku tak cakap kau pun kan?." Aku memandang ke arah pelayan yang meletakkan dua pinggan hidangan di atas meja. Muizzin menjongketkan bahunya.
" Jadinya kau terima akulah ni?." Aku terdiam memandang wajah dia yang tiada riak. Aku hanya menjongketkan bahu mengikuti perbuatannya tadi.
" Aku okay je." Aku memandang hidangan yang pesan tadi. Kalau dia cakap dia nak lamar aku, aku terima je. Aku pun rasa diri aku sesuai dengan dia cuma kami ni suka bergaduh mulut.
Dia mengangguk perlahan sebelum mengeluarkan sekotak cincin ke arah aku. Okay, sekarang ni aku nak jerit. Dia buat apa ni?.
" Kalau kau boleh terima aku, aku nak kahwin dengan kau." Kepala aku naik memandang wajah Muizzin. Nampaknya, kata kata dia kali ni macam serius. Aku cuba mengawal perasaan gembira aku.
Jantung yang bagaikan berdetak laju aku biarkan sebelum mencapai cincin tadi. Dia ni, tak sweet langsung. Ajaklah aku pergi dinner ke, lepas tu acah acah melutut,'will you marry me?'.
" Aku terima." Kalau dia pun tak gementar melamar aku, aku pun boleh buat acah acah tak gementar terima lamaran dia. Dia mengangguk sebelum memeluk tubuhnya dan menyandar di kerusi.
" Aku dah tunjukkan gambar kau dekat ibu ayah aku, diorang pun setuju je. Tapi kau boleh terima ke status aku ni?. Yelah, kau kan dikenali ramai. Takut kau malu je nanti." Dia menghirup minumannya selamba sambil matanya memandang ke arah aku. Aku hanya tersengih sinis.
" Aku yang pilih pasangan hidup aku, kenapa diorang nak sibuk sibuk pulak?. Kalau kau takut sangat, biar aku jadi pengantin lelaki, kau jadi pengantin perempuan."
Aku dengan selamba menyarungkan cincin tadi di jari manis aku sebelum menayang nayangnya di hadapan Muizzin, meunjukkan apa yang aku cakap ni, aku maksudkannya. Aku pun dah lama hidup bujang. Aku menghirup minuman aku cuba mengawal perasaan gementar.
" Tahun depan kita kahwin." Nak tersembur minuman tadi. Tahun depan?!. Dia dah gila ke?.
" Kau tak rasa semua tu awal sangat ke?. Tak nak tunang dulu?." Aku memandang wajahnya tak percaya dengan kata katanya tadi. Sumpah dia dah gila. Dia menggeleng laju.
" Tak nak. Takpe, aku memang gelojoh sikit." Dia tersenyum nakal ke arah aku. Arghhh, Muizzin, kau dah gila!!. Aku membalas sengihan jahatnya sebelum aku mengangguk perlahan. Gelojoh eh?.
Okay. YA ALLAH, kenapa aku rasa macam budak budak ni!!!. Aku tengok drama, semua orang melamar cara yang romantik , malu malu tapi kenapa kitaorang straight the point je nih?!.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...