BAB 40 👹

3.9K 162 2
                                    

'PANG !!'

Kepala aku tertoleh memandang bahu . Turun naik nafas mama menahan kemarahannya terhadap aku. Aku memejamkan mata dan memandang mama.

" Hakim dah gila ke?." Mama mencampak sehelai kertas ke arah aku. Aku memandang kertas tadi sebelum aku membongkok sedikit mencapainya. Aku menggelengkan kepala memandang mama. Kenapa ni?. Kenapa mama tampar aku kerana sehelai kertas ni?. Aku tak faham.

" Hakim tak faham. Apa mama cakap ni?." Aku memandang seorang perempuan yang berdiri di belakang mama. Siapa dia?. Aku memandang ke arah kak Amirah yang memandang aku simpati. Hafiz pula memeluk tubuh memandang aku dengan pandangan menyampahnya.

" Hakim buta ke?!. Tergamak Hakim malukan mama!!. Hakim nak jadi apa ni?!." Mama menjerit di hadapan aku. Dia menampar nampar dada aku sebelum papa berusaha menahannya. 

" Apa ni?. Cuba mama beritahu Hakim betul betul. Jangan main teka teki dengan Hakim lah." Hafiz tergelak sinis sebelum memandang aku.

" Yang kau lembab sangat ni kenapa?. Tu surat daripada Hospital. Kau dah mengandungkan perempuan ni !!." Tersentak aku dibuatnya. Aku mengandungkan dia?. Wait.. what ?!. Aku tersengih tak percaya.

" Apa kau cakap ni?. Sejak bila pulak aku mengandungkan dia?. Dia pun aku tak kenal, macam mana aku boleh rogol dia pulak?!." Aku tinggikan sedikit suara aku. Nonsense lah. Tak mungkin aku boleh buat kerja segila itu nak mengandungkan anak orang.

" Habis tu, ni apa?. Hakim nak cakap surat penjelasan daripada doktor ni palsu lah?. DNA anak dalam perut perempuan ni memang sepadan dengan Hakim. Hakim nak tipu lagi sekarang ni?." Aku mencampak kertas tadi sebelum menoleh ke belakang. Rambut aku genggam kasar sambil memejamkan mata. Ya Allah, apa ni?!.

" Mama. Hakim tak segila tu lah nak sentuh perempuan lain. Hakim ada Aina, Hakim ada kehidupan Hakim sendiri, kenapa pulak Hakim nak buat benda tak senonoh tu. Lagipun, bagi Hakim bukti selain daripada benda tu." Aku memandang mama. Mama langsung tak dengar penjelasan aku, datang datang terus tampar aku secara melulu. Aku memandang perempuan tadi tajam.

" Woi betina !?. Kau nak apa hah daripada aku?." Aku cuba untuk mendekatinya tetapi papa halang aku. Urat di tepi dahi aku mula timbul. Aku tahan kemarahan aku daripada tadi tapi sekarang ni aku tak boleh. Bila aku tengok muka sedih dia, lagi aku hilang kawalan. Aku tahu dia berlakon.

" Hakim, sabar nak. Sabar. Kita boleh selesaikan benda ni dengan cara yang elok. Tak perlu nak marah marah macam ni." Papa memandang aku yang sudah mengetap rahang. Pantang mak bapak aku lah orang gunakan nama aku untuk kepentingan hidup dia. Aku tak tahu apa motif perempuan ni nak burukkan aku depan keluarga aku. Dia membuat riak wajah simpati. Papa memandang perempuan tadi.

" Siapa nama awak?." Dia menundukkan wajahnya.

" Nadine." Dia berkata perlahan. Aku tersengih sinis. Nadine eh?. 

" Awak kenal ke Hakim ni?." Dia mengangguk. Sial punya perempuan. Bila masa kau kenal aku?. Aku tak nak kenal kau pun lah.

" Apa Hakim buat dekat awak sampai awak mengaku anak dalam perut awak tu, anak dia?" Dia naik memandang wajah aku. 

" Hakim... dia .... dia rogol saya." Terus tergelak besar aku cuba menahan api kemarahan aku yang sudah meluap luap. Tunggu masa je ni weyh. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran hadap semua ni.

" WOI !!. Kau jangan nak fitnah aku lah. Aku tak kenal kau pun. Kalau aku kenal kau sekalipun, sumpah, aku jijiklah nak sentuh kau. Kau beritahu sekarang, apa kau nak daripada aku sebelum aku pecahkan kepala otak kau sekarang ni!!!." Aku cuba mendekatinya lagi tapi papa tahan aku juga. Aku jerit melepaskan kemarahan aku. Aku tak pernah sentuh mana mana perempuan selain daripada Aina Adriana binti Fahmi !!. 

Dia sudah mula menangis. Mama memegang dada kirinya lantas kak Amirah memegang bahu mama, memberi sokongan kepadanya untuk terus berdiri.

" Aku bukti dia." Mata kami semua memandang ke arah Irfan yang sedang menuruni anak tangga. Dia membuat riak wajah tidak bersalahnya. Aku tersengih sinis. Sorang lagi bapak Iblis dah sampai. Kau ingat kau hero ke, datang daripada tangga?. 

" Aku sendiri nampak kau bawa dia pergi hotel." Irfan berdiri di sebelah mama. Matanya tepat memandang anak mata aku. Kita nak letak nama apa eh drama ni?. Aku merapatkan muka aku dengan wajahnya sambil bibir aku ukir sengihan sinis aku.

" Macam mana kau boleh nampak?. Kau pakai alat Doraemon ke?." Aku membesarkan mata aku memandangnya. Papa mengusap wajahnya, pening dengan situasi sekarang ni. 

" Irfan, macam mana Irfan boleh nampak Hakim pergi hotel dengan dia?. Irfan kenal ke perempuan ni?." Dia memandang ke arah papa sambil menggeleng. 

" Tapi memang Irfan nampak dia dengan perempuan ni papa. Irfan tak tipu." Aku memejamkan mata aku. Aku rasa macam nak tumbuk je muka dia sekarang ni. Kalau dia benci aku sekalipun, perlu ke nak menfitnah aku sampai macam ni sekali?.

**********

INDIRA RAIHANNA

 Aku tekan tekan butang mesin ATM untuk keluarkan wang tunai aku. Aku tersengih suka. Aku kalau shopping, ada prinsip. Nak beli barang idaman kau, gunalah wang tunai. Beli barang lain, baru boleh guna kad debit. Pelik kan, tapi itulah aku, Indira Rihanna, model terkenal di peringkat antarabangsa.

Aku baru mahu keluar daripada pintu bank, seorang lelaki terpacul di hadapan pintu. Aku memandang wajahnya yang seiras dengan..

" Arghh, shuh shuh, pergi kau lelaki tak guna." Aku memejamkan mata aku, mengalau halau mukanya daripada hadir di hadapan aku. Aku tak mahu melihat mukanya. Aku benci. Aku benci dia sangat sangat.

" Cik okay?." Perlahan lahan mata aku terbuka memandang lelaki di hadapan aku. Aku terdiam. Wajah lelaki tu, dah berubah. Dia bukan lelaki tu. Dia menggaru kepalanya sebelum berlalu masuk ke dalam bank. Aku menutup muka aku sebelum berlari anak menuju ke arah kereta apabila semua orang di dalam bank memandang aku pelik. Ah, malunya !!.

***

" Tak guna punya lelaki, berani kau menguasai akal fikiran aku." Daripada bank sampailah dah nak sampai shopping center, aku asyik mengomel tentang lelaki tak guna itu saja. Selepas kejadian lelaki itu melanggar muka aku yang cantik lagikan comel ini dengan pintu kereta dia, aku asyik terbayangkan wajahnya saja. Semua wajah lelaki yang aku nampak, semuanya sama dengan wajahnya. Dia juga turut masuk mimpi aku berkali kali. Argh, aku benci.

Bila fikiran aku sibuk memikirkan semua tu, aku hanya melintas tanpa melihat kiri dan kanan sebelum

'PIN !!." 

Aku terbaring di atas tar. Kereta yang melanggar aku tadi terus memecut laju meninggalkan aku yang masih terbaring. Kenapa gelap ni?. Aku tak rasa dilanggar pun?.  Aku dah mati ke?. Tolonglah, aku taknak mati lagi !!. Bodoh Dira, memanglah gelap, kau tutup mata !!.

Aku membuka mata perlahan lahan memandang seorang lelaki yang elok sedang berbaring di atas tubuh aku. Dan wajah dia..... sama dengan lelaki tempoh hari.

" Arghhh!!." Aku tampar kuat mukanya sebelum aku mengundur kebelakang. Lelaki tadi terduduk memegang pipinya yang kesakitan ditampar aku tadi. Perlahan lahan dia memandang aku dan... mukanya masih sama dengan wajah lelaki tu. Kenapa dengan aku ni?. Kenapa muka lelaki sama dengan muka dia?.

"Stoplah, aku taknak tengok muka dia lagi !!." Aku menoleh memandang ke arah lain. Tolonglah....

" Kau dah kenapa ni?. Kau okay tak?." Aku memandang ke arahnya. Dia dengan rambut 'karat' dia, kulit sawo matang, dan yang paling penting... hodoh, sedang memerhatikan wajah aku daripada jauh tapi taklah jauh sangat.

" Kau.....kau buat apa dekat sini?." Sah, memang sah dia lah lelaki tu. Dia tersengih sebelum bingkas bangun mengibas pakaiannya. Hampir semua bajunya dipenuhi dengan... minyak hitam?. Dia kerja mekanik ke?. Dia menghulurkan tangannya yang hitam dipenuhi dengan minyak hitam tapi aku hiraukan. Aku boleh bangun sendiri.

" Tak sangka kau kenal aku lagi?." Dia berkata selamba. Aku tersengih sinis. Aku tak ingat dia?, tolonglah...sampai mati aku takkan pernah lupakan dia. 

" Aku harap aku takkan pernah jumpa kau lagi." Aku menjelingnya sebelum terhinjut hinjut menuju ke arah kereta. Hilang mood aku nak berbelanja. Duhhh...

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now