BAB 35 👹

4.5K 190 2
                                    

SURAYA

Aku duduk memeluk lutut aku di hadapan  katil. Air mata yang mengalir di pipi aku seka. Aku tak boleh menarik nafas kerana hidung aku sudah tersumbat akibat terlalu lama aku menangis. Aku membenamkan muka aku di lutut sebelum esakkan aku semakin kuat. Hati aku..... hati aku sakit. Hakim dah berubah. Dia dah tak sama macam dulu. Dia langsung tak bagi aku peluang walaupun satu kali lagi untuk aku cinta dia macam dulu dulu. Aku dah berubah. 

" SURAYA !!!!." Aku hanya membatu. Aku tiada mood untuk bercakap dengan orang sekarang ni. Aku perlukan masa untuk berseorangan.

 "Weyh Suraya, kenapa kau macam ni, asal kau nangis?. Kau cakap dengan aku sekarang, siapa buat kau, biar aku ajar dia cukup cukup." Indira, sahabat dan rakan serumah dengan aku sejak tiga tahun yang lepas. Dia datang memeluk tubuh aku tapi tiada pelukan balas daripada aku. 

" Dira, kau keluarlah dulu. Aku nak duduk sorang sorang sekarang. Aku takde mood nak cakap dengan siapa siapa hari ni." Aku lap lagi air mata yang keluar daripada kelopak mata aku yang sudah sembab. Aku tiada semangat.

" Okay, kau duduk sini diam diam, jangan buat apa apa yang bodoh tau. Aku nak keluar sekejap, nak beli barang dapur. Jangan.... erm.. maksud aku jangan buat benda bodoh... JANGAN BUNUH DIRI TAU !!!." Dira di sebelah aku sedikit menjerit kerisauan. Aku tersengih sinis. Kalau aku hidup pun, aku hidup untuk apa?. Hakim dah tak sayang aku lagi. Dia dah kahwin. Dia dah ada isteri, dia dan ada wanita lain dekat dalam hati dia. Indira mengusap dahulu bahu aku sebelum dia keluar menapak daripada rumah. Aku terdiam.

AMIRUL HAKIM

" Arghh !!." Suara Aina yang menjerit lantang membuatkan aku tersedar daripada mimpi. Lantas aku bangun mendapatkannya di luar bilik.

" Kenapa kenapa?." Aku yang masih mamai terkalut kalut memandang Aina yang menjerit tadi. 

" Awak dah bangun?." Aku memandang Aina tak berkedip. Dia sedang duduk bermain dengan sofea di karpet bulu di ruang tamu. Aku memandang Sofea yang dipakaikan pampers... di kepalanya ?!.  Sofea sudah terkekek suka. Aku pegang kepala aku, tak percaya. Tangan sebelah aku letak di atas kepala kepala sofa mengampu badan aku yang terasa berat. 

" Kenapa awak jerit?." Aku raup wajah aku sebelum memandangnya. Dia tersengih memandang sofea

" Saya terjerit tadi sebab Sofea comel sangat. Awak tengoklah dia ni, comel je." Dia menunjuk ke arah Sofea yang menggeleng geleng kepalanya. Aku mengeluh kecil. Aku berniat untuk duduk berehat dirumah, tapi nampaknya waktu rehat aku sedikit terganggu. Aku kuntum senyuman sebelum kembali ke bilik. Sabar Hakim, sabar..... . Kalau diikutkan hati, dah lama aku campak dia ke bawah, tenteram hidup aku. Tak elok Hakim cakap macam tu, dia isteri kau. Aku garu belakang kepala aku kasar sebelum mendarat di atas katil. 

" Hakim." Aina meniarap di atas katil menongkat dagunya memandang aku. Aku masih menutup mata, tak larat. Tanganya naik mengusap rambut aku perlahan.

" Saya ganggu awak tidur eh tadi?." Dia berkata lembut. Aku tahu dia rasa bersalah sebab jeritan dia tadi mengganggu aku tidur tadi tapi aku tak marah dia pun. Aku diam. Malas nak cakap apa apa, sekarang, aku nak tidur. Bukan senang tau aku nak dapat tidur seharian dekat rumah. Bukan senang...

" Kau nak apa?. " Pipi kiri aku sembamkan di atas bantal memandangnya. Dia tersenyum kecil dan berhenti daripada bermain dengan rambut aku.

" Sorry." Dia berbisik sesuatu di telinga aku sebelum dia kembali memandang aku.

" Takde papelah, aku tak marah pun........Mana Sofea?." Aku berkata perlahan. Kalau aku marah dia sebab ganggu aku tidur sekali pun, tak guna. Dia bukan sengaja pun. Dia mengangkat anak matanya ke atas.

" Dia ada dekat bilik dia. Awak tidurlah. Saya dodoikan awak nak tak?" Aku tersengih. Dodoikan aku?. Ingat aku ni budak budak ke apa nak kena popok?. Aku menggeleng.

" Tak pa... ." 

" Twinkle twinkle little star. How I wonder what you are?." Meleret saja suaranya mengusap rambut aku. Senyuman dia kuntum. Aku tak habis cakap lagi dia dah buat. Aku biarkan saja tapi bukan sebab aku suka, sebab suara dia comel. Eii.

" Up above the world so high, like a diamond in the sky." Dia ulang lagi lirik yang sama. Bagaikan terkena sumpahan, mata aku semakin lama semakin memberat. Terus aku terlelap seperti disumpah. Dia terus menerus mengusap rambut aku.

AINA ADRIANA

Aku memandang Hakim yang sudah pun terlelap sambil berdengkur. Aku tersengih memandangnya tak percaya. Tak sampai beberapa minit, terus berdengkur kau. Aku usap lagi rambutnya. Sekali sekala tu, jangan lah jadi hensem sangat, nanti kalau perempuan lain nampak kau, dah tergoda nanti. Aku usap pipi dia pula sebelum aku beri kuncupan di pipinya. 

" Sweet dream, rehat cukup cukup, lepas tu kita jadi macam beauty and the beast, bahagia selamanya." Sangatlah tiber. Aku tergelak kecil sebelum perlahan lahan aku turun daripada katil dan menuju ke bilik Sofea. Sejujurnya, aku tak layan Sofea macam anak aku, tapi macam kawan aku. Dia buat aku tak bosan, layan kerenah dia, sebiji macam aku layan perangai Hanis dan Dian. Dua dua ekor mangkuk tu, kalau dah mula keluar tanduk, hancur dunia weyh....

" Sofea, mama cantik macam siapa? ." Aku mendukung tubuhnya yang sedang meniarap di atas tilamnya. Dia hanya terdiam memasukkan tangannya ke dalam mulut. Aku tak tahu nak buat apa dengan Sofea ni, nak goreng ke rebus?.

" Kita oven dia !!. Sebelum tu, kita letak susu dulu, biar keluar nanti lemak berkrim. " Aku membawa dia ke ruang tamu semula. Situ saja yang aku boleh bawa dia, nak bawa bilik, nanti ganggu Hakim tidur pula. Haih... kesian Hakim.

" Aye aye." Aku tergelak mendengar dia mengeluarkan suara setujunya. Sofea sedaya upaya mengangkat keningnya ke atas. Suka ya nak masuk oven?. Aku menimang tubuh kecilnya teruja. Dia sudah terjerit keriangan. Wahai Sofeaku yang busyuk, jadilah wanita yang paling ceria suatu hari nanti. Jangan tinggalkan mama sebab mama tak tahu nak buat apa kalau Sofea takde. Nanti mama rindu Sofea, macam mana?.

**********

AMIRUL IRFAN

"Mana cukup ni?!." Perempuan tadi memandang aku tak puas hati. Dia mengira duit yang aku beri padanya sebelum aku mengeluh.

" Lima ribu, cash. Apa yang tak cukupnya, aku suruh kau buat kerja kau je, bukan aku suruh kau masuk hutan pun?." Aku duduk di atas sofa. Dia berdecit.

" Aku dah lama tak buat kerja ni tau, nak prepare lagi, ingat senang ke?." Dia selit duit yang aku beri padanya tadi di dalam tas tangannya. Aku menjulingkan mata aku ke atas. Itu saja alasan yang dia selalu bagi untuk aku tambah niali duit tadi.

" Kau betul betul ke nak aku buat semua ni?. Tu adik kau tau?. Kau tak sayang adik kau ke?. Aku yang jahil ni pun, sayang adik beradik aku tau walaupun perangai diorang macam sunda*." Dia duduk di atas tangan sofa memeluk tubuh sambil matanya memandang aku. Aku sayang Hakim, mimpi jelah.

" Kau nak buat ke tak?. Kalau kau taknak, aku boleh je cari orang lain." Aku berdegus kasar. Aku dah bagi duit tu, buat jelah kerja yang aku suruh tu, banyak bunyi pulak.

" Adik tak adik, apa yang aku nak, aku kena dapatkan. Tak kiralah dia adik kau atau mak bapak kau sekalipun." Aku lantas berdiri mendekati dinding kaca rumah aku. Aku tersengih sinis. Selepas lama aku tunggu, ini waktunya aku tengok kau jatuh sebelum aku naik takhta. Dia dibelakang aku memeluk tubuh sambil menjeling.

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now