AINA ADRIANA
" Ya Allah, mana sesat lah aku pergi ni?." Dengan perut aku yang sudah semakin membesar membawa 'dua' manusia di dalamnya. Waktu aku jumpa doktor untuk buat imbasan Ultrasound, terkejut bukan main Hakim sebab dapat tahu, ada dua kantung dalam perut aku. Aku sendiri tak jangka yang aku bakal dapat anak kembar. Alahai, dah lah aku ni pendek, bila perut aku yang dah meloyot ni, semakin pendeklah aku nampaknya.
" Assalamualaikum." Waktu aku mencari kelibat Hakim, seorang wanita yang nampaknya macam pembersih mall menegur aku yang masih mencari kelibat Hakim yang hilang. Tak, aku rasa aku yang hilang. Aku tersenyum lantas membalas sapaannya.
" Adik buat apa dekat sini sorang sorang?. Akak nampak macam awak cari seseorang je?." Dia meletakkan kereta yang meletakkan alatan pembersihannya di tepi. Aku tergelak kecil.
" Saya datang dengan suami saya. Tapi... nampaknya suami saya dah hilang." Aku berkata dalam nada gelak. Haih Aina, macam mana aku boleh hilang ni. Dia memandang aku risau.
" Awak dah telefon suami awak?. Kesianlah berdiri lama lama, nanti kaki boleh sakit." Dia memegang lengan aku, risau aku yang kehulu kehilir mencari suami. Aku cuma tersenyum.
" Dah beberapa kali saya call dia tapi tak angkat." Hakim, siapa tak kenal dia tu. Asal keluar je, silent mood, off phone. Sebab tu aku memang takkan call dia kalau dia keluar, tu lah salah satu sebabnya. Perempuan yang aku rasa umurnya dalam area 30 an macam tu mengeluh merasai kesedihan untuk aku.
" AINA!!." Aku menoleh memandang ke arah Hakim yang sedang berlari anak sambil mengendong Sofea. Aku tersengih suka sebelum melambai ke arahnya. Tercungap cungap nafasnya mendapatkan aku.
" Sayang pergi mana?. Penat abang cari satu mall ni tau." Dia memandang aku dengan pandangan marahnya. Aku memuncungkan bibir sambil memandang dia simpati.
" Alah, sorrylah. Saya tengok tengok baju tadi, lepastu terus saya hilang. Hmmm." Aku memegang lengannya dengan muka tak berapa comel aku ni. Dia mengeluh sebelum menoleh kakak disebelah aku.
" Kau kenal ke dia tu?." Aku menoleh memandang kakak tadi tapi bayangannya sudah hilang yang tadi berada disebelah aku. Aku mencari carinya pelik. Aik, hilang dah ke?. Tak sempat aku nak tanya nama.
" Aik, hilang dah?. Tadi ada dekat sini?." Mata aku masih melilau mencari kelibatnya lagi. Sumpah, sekejap saja dia boleh hilang. Hakim di hadapan aku hanya menggeleng.
" Dah dah jom. Sayang nak makan tak?." Bersinar sinar mata aku dengar perkataan makan. Okay, kalau makan, aku nak. Aku lantas mengangguk teruja sambil menguntum senyuman yang melebar ke telinga. Huihh, banyak benda aku nak makan ni.
" Jom. Kita makan banyak banyak hari ni. Sayang nak makan apa?." Aku tergelak lantas menggenggam telapak tangannya.
" Sayang nak makan semua benda!!." Hakim membuat wajah terkejut sambil tersengih. Dia menutup mulutnya mendengar lawak aku.
" Okay jom." Sambil berjalan menuju ke kedai makan, kami bersama tergelak mendengar lawak masing masing. Sofea di tangan Hakim hanya menyonyot puting 'penenangnya' saja. Dah semakin besar anak perempuan aku ni.
**********
AMIRUL HAFIZ
" Dah lah. I penat dengan You." Erin menolak aku kasar sebelum berjalan meninggalkan aku keseorangan di koridor mall. Dia berjalan membawa diri. Aku mengeluh melihat bayangannya. Apa aku nak buat ni?. Dia cuba mendesak aku membelikan dia handbag baru untuknya tapi duit aku dah tak cukup. Aku mana ada kerja. Semua duit yang aku ada, semuanya aku peroleh daripada mama. Tapi sekarang, mama dah kurangkan jumlahnya. Lagipun, hampir penuh almari di rumah untuk memuatkan handbagnya.
Aku mencekak pinggang sebelum berlari anak mendapatkan Erin tapi belum sempat aku nak mengejar Erin, aku terlanggar dengan seseorang yang datang daripada arah lorong. Terjatuh aku dibuatnya. Aku bangkit sebelum mengetap rahang menahan kemarahan.
" Kau ni buta ke?!." Aku menengking ke arah seorang perempuan yang memakai pakaian pembersihan. Dia tertunduk tunduk memohon maaf. Aku menarik baju bahunya membuatkan dia terdorong ke hadapan. Aku terdiam sementara..... Aku tak salah nampak kan?. Aku berdegus kecil sebelum menolak tubuhnya jauh daripada aku. Dia hanya terdiam menunduk.
Mata aku memandang tajam ke arah....Dhia Aulana. Bekas isteri aku. Perempuan yang hampir aku cinta tapi dia buat aku sedar sebenarnya aku seorang yang bodoh kerana pernah cintakan dia. Dia hancurkan hati aku. Dia curang dengan orang lain. Dia buat aku sakit hati untuk tengok muka tak tahu malu dia tu. Perempuan tu hanya terdiam sebelum aku tarik dia memasuki lorong tadi. Kawasan ni agak sunyi jadi tiada orang termasuk cctv.
" Kan aku dah cakap aku tak nak tengok muka kau depan aku lagi. Kau memang nak mati awal ke?." Aku tolak tubuhnya ke arah dinding sebelum telapak tangan aku letak di dinding bersebelahan dengak kepalanya. Mengunci pergerakkannya.
" Sa..saya bukan sengaja pun. Aw..awak yang langgar saya dulu." Tergagap dia bercakap sambil menundukkan wajahnya. Aku tergelak sinis sebelum menarik kasar dagunya ke atas memandang wajah aku. Pantang betul aku kalau orang bercakap tak pandang muka aku. Dia menepis tangan aku kasar.
" Awak jangan sentuh saya. Haram." Tergelak besar aku mendengar dia kata begitu.
" Haram?. Kau tau ke maksud haram tu apa?. Lepas kau dah sedap main dengan lelaki lain belakang aku, kau masih lagi berani nak guna perkataan haram?." Aku tersengih sinis ke arahnya sambil mata aku tajam memandang dia. Setakat pakai tudung tapi liar, baik tak payah. Dia naik memandang aku sebelum baju aku dia genggam
" Awak jangan sedap hati je nak fitnah saya lah. Awak ada bukti ke nak tuduh saya macam tu?." Dia memberanikan diri meninggikan suaranya ke arah aku. Lidah aku bermain dengan tepi mulut, tercalar dengan apa yang dia cakap.
" Wah... kau dah makin berani kan sekarang?. Sejak sejak tak kena 'ajar' dengan aku ni, dah makin biadap." Aku mendekati tubuhnya perlahan lahan sebelum....
" Tolon.. ." Dia cuba menjerit tapi aku menekup mulutnya kasar. Pinggangnya aku tarik merapati tubuh aku. Air matanya yang mengalir aku hiraukan saja. Tangisan dia sedikit pun tak mendatangkan perasaan bersalah aku terhadap dia. Semua perasaan tu dah lenyap.
" Kau berani, jerit lah. Jeritlah!!." Aku mendekatkan muka aku dengan wajahnya. Matanya aku tenung dalam dalam. Dia menggeleng laju. Aku tahu, dia akan takut dengan ugutan aku. Aku menatap wajahnya yang masih cantik seperti dulu dulu.
" Baby?." Aku menoleh ke arah Erin yang terpinga pinga melihat aku sebelum aku melepaskan tubuh Dhia. Dhia terus menoleh ke arah lain mennyorokkan wajahnya daripada memandang Erin.
" You buat apa dekat sini dengan... ." Dia menuju ke arah Dhiya sebelum menarik kasar bahunya. Dia terdiam sebelum satu tamparan hinggap di pipi mulus Dhia. Aku menoleh ke arah lain. Perasaan kesian di dalam hati aku untuknya cuba buang jauh jauh.
" Kau memang tak habis habis nak rosakkan rumah tangga aku kan?." Dhia memegang pipinya akibat ditampar tadi. Erin tajam memandang ke arah Dhia.
" Kau dah lupa ke dulu?. Kau dah curang dengan lelaki lain belakang Hafiz, sekarang, kau nak goda Hafiz balik ke?." Dia mencengkam kasar lengan Dhia. Dia hanya mampu menggeleng sebelum air matanya jatuh membasahi pipinya. Aku menuju ke arah Erin dan menarik tangannya.
" Dah lah. Buang masa je You cakap dengan dia ni. Tak guna pun." Aku menarik tangan Erin berlalu daripada kawasan ni. Hati aku tergerak untuk menoleh ke arah Dhia yang sudah teresak esak di belakang tapi aku.... aku ego.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...