BAB 45 👹

3.7K 174 1
                                    


AMIRUL IRFAN

" KAU DIAM!!." Aku menengkingnya kuat. Dia sudah teresak esak meminta dilepaskan sebelum aku tampar dia kuat. 

Dia jatuh terduduk. Berkali kali aku suruh dia diam, tapi dia tetap menjerit. ilang sabar aku dibuatnya. Aku berdegus kasar sebelum Aqil disebelah memegang bahu aku dengan pandangan simpatinya.

" Dahlah tu. Dia perempuan. Kau jangan kasar kasar sangat dengan dia. Sekarang ni target kita nak perangkap Hakim je tau." Aku menjulingkan mata aku ke atas sebelum memandang Aina yang sedang terduduk di lantai sambil memegang pipinya. 

Bayi di atas sofa yang sudah melalak membuatkan aku terpaksa menutup telinga. Bingit pulak aku dengar.

" Aqil, kau sumbat jelah mana mana budak tu, bisinglah. Tak pernah tengok orang kena tampar ke?. Aku mengarahnya supaya menghentikan budak tu daripada terus menangis. Kalau diikutkan hati aku, nak je campak bayi tu dekat bawah, baru dia diam nanti. 

Aqil yang baru ingin membuka melangkah, Aina terus menyepak kakinya membuatkan Aqil sedikit tersadung.

" Kau jangan sentuh anak aku setan!!." Dia cuba bangun mengambil budak tadi. Aku tergelak kecil sebelum menendang bahunya. Dia jatuh lagi sekali menahan kesakitan akibat tendangan aku tadi. Air mata yang jatuh dia seka laju. 

" Anak kau?. Kau sedar sikit. Budak tu tak ada kaitan dengan kau. Darah kau tak mengalir dalam badan dia pun!!." Aqil tahan aku lagi sebelum aku tepis tangannya.

" Dah lah. Baik kau bawak dia sekarang ni. Kalau Hakim datang, habis kita nanti. Aku bawak budak tu." Aqil ingin mendekati bayi tadi tapi aku cepat cepat halangnya. Dia memandang aku pelik.

" Kau nak bawak budak tu sekali buat apa?.  Kita datang nak culik si Aina ni sebagai tebusan, bukan budak tu." Dia mengeluh sambil menjulingkan matanya ke atas.

" Budak tu lah yang Hakim paling sayang. Kita boleh ugut dia guna budak tu." Dia menunjuk ke arah budak perempuan yang menangis tadi. Aku tersengih juga dan akhirnya gelakkan aku pecah sambil menggeleng geleng kepala.

" Bagus juga kau ni kan?. Tak sia sia aku ajak kau sekali. Berguna betul." Aqil hanya tersengih sinis. Aina yang cuba duduk juga tergelak sinis. Aku memandang dia yang menunduk. Perlahan lahan dia mengangkat kepalanya memandang ke arah aku dengan sengihan jahatnya.

" Patutnya lelaki macam kau ni layak dipanggil sampah. Manusia spesis kau ni sepatutnya dah lama pupus tapi aku tak sangka pulak ada lagi satu tersesat." Aku mengetap rahang sebelum aku melutut sebelah kaki memandang dia.

" Sampah?. Kau tu yang layak dipanggil sampah!!. Kau tu cuma menumpang je dalam keluarga aku. Sedar sikit diri kau tu, dasar perempuan jalang!!." Aku menunjal kepalanya kuat membuatkan dia terkebelakang. Aku bingkas bangun lantas memandang Aqil.

" Kau bawak budak tu. Dia ni, biar aku settle kan. Cepat." Aku lantas menarik lengan Aina sebelum mengheret dia supaya bangun dan mengikuti aku. Hakim, aku dah dapat isteri dengan anak kau!!. 

Aku tahu, dengan guna cara ni, Hakim akan buat apa apa saja untuk dapatkan balik isteri dan 'anak angkat' dia ni. Heh, tak sabar aku nak tengok kau sengsara Hakim. Selepas ini, jawatan pengurus projek di syarikat papa bakal jadi milik aku.

Aku boleh bayangkan, selepas dia bagi saja aku jawatan dia, dia dan keluarganya bakal merempat duduk dekat kaki lima. Aku akan pastikan diorang tak akan dapat rasa hidup senang. Sengsara selamanya. Sampailah detik kau mati nanti, kau takkan mati dalam keadaan senang jugak.

***

AINA ADRIANA

Aku hanya duduk terdiam di atas kerusi memandang Aqil di hadapan aku yang memegang Sofea. Aku tersengih sinis. Dasar jantan tak guna, kau tikam belakang kawan kau sendiri. 

MR. SAVIORWhere stories live. Discover now