AMIRUL HAKIM
Seorang pegawai polis trafik wanita menyerahkan aku, Hakimi dan Muizzin sehelai borang saman. Kami terimanya dengan senyuman. Polis wanita itu juga tersenyum manis ke arah kami.
" Kalau ada kes penculikan macam ni, telefon polis awal awal, jangan pandai pandai nak selesaikan sendiri. Jangan lupa ya bayar saman kerana melanggar had kelajuan dan penyebab kesesakan jalan raya. Sikit je tu." Dia mengukir senyuman selepas memberikan kata kata pedasnya. Fuh... Dia terus berlalu meninggalkan kami berempat di sini.
" Melayanglah duit aku~~~~~." Muizzin membuat irama lagu sambil menarik ala ala 'sotong'. Aku tersengih sebelum bahu dia aku pegang.
" Tak apa, bagi membalas semula jasa kau dekat aku, biar aku bayarkan. Kau jangan risau okay. Duit kau tu, kau simpan buat beli rim kau tu." Muizzin terbeliak memandang aku.
" Kau tahu ke aku tak beli lagi?." Dia pandang aku tak percaya. Aku memang tak tahu tapi Aqil yang cerita dekat aku tentang dia bergaduh dengan seorang wanita. Wanita ya dia gaduh, bukan lelaki.
Alah, ada masa, aku bantulah sikit kawan kawan aku ni. Tak luak pun duit aku dekat bank tu. Kalau boleh, biarlah aku habiskan semua duit tu untuk mama papa, kawan kawan dan yang paling penting, keluarga kecil aku.
" Aku nak minta maaf sebab aku cucuk kau dalam sangat. Sakit ke?." Aqil memandang ke arah tempat tikaman yang dia buat di tepi perut aku dengan pandangan simpatinya. Aku tergelak kecil sebelum merangkul tengkuknya.
" Alah, rileklah. Aku sihat je ni. Lagipun, aku tak ada sebab nak marah kau. Ni kan semua plan aku?." Mereka semua tergelak.
" Aku nak cakap terima kasih dekat korang sebab banyak bantu aku, ada waktu aku susah. Terima nak berkawan dengan aku walaupun dulu aku gemok. Sebab kata kata semangat koranglah aku berjaya sampai sekarang ni."
Selepas lama mendiamkan diri, akhirnya terluah juga perasaan yang terbuku dekat dalam hati aku. Banyak jasa diorang bertiga dekat aku. Hampir semua benda kitaorang buat sama sama. Kalau boleh, aku tak mahu persahabatan antara kami terputus macam tu je.
" Kan kita berempat dah janji, kita kawan sampai Jannah bro." Muizzin memeluk tubuh aku dengan sengihannya diikuti Aqil dan Hakimi. Aku tergelak kecil sebelum membalas pelukkan mereka bertiga.
Semua mata memandang ke arah kami. Orang nak cakap apa, cakaplah. Tak penting pun. Seteruk mana mereka bertiga ni, aku tak pernah kecewa ataupun sakit hati bila duduk dengan mereka. Setakat bergaduh nakal tu, biasalah. Semua orang buat benda yang sama. Allah tak hantar orang yang salah untuk kita.
**********
" Hakim minta maaf." Aku menunduk. Tak kuat aku nak tengok wajah mama yang sudah dibasahi dengan air mata. Papa di samping mama mengusap bahu mama cuba menenangkan sedikit emosinya yang terganggu akibat berita penangkapan Irfan.
Mama menggeleng sambil pandangannya naik memandang wajah aku dengan senyuman lebarnya.
" Hakim tak perlu minta maaf dekat mama. Mama yang salah. Mama tak pernah percayakan Hakim. Mama selalu hukum Hakim tanpa sebab yang kukuh. Salah mama tak didik Irfan betul betul." Dia menundukkan wajahnya dan menyambung kembali esakkannya.
Aku mengeluh kecil sebelum mengambil tempat duduk bersebelahan dengan mama di atas kerusi hospital. Bahunya aku pegang.
" Mama jangan cakap macam tu. Tak salah pun mama sayang Irfan. Mama balik dulu, nanti kita lawat Irfan okay?." Mama memandang aku kembali sebelum tubuh aku dia peluk erat. Aku teragak agaka mahu membalas pelukkannya.
" Mama minta maaf.... ." Perlahan saja suaranya. Aku mengangguk sebelum belakang badannya aku usap. Walaupun dulu dia tak pernah utamakan aku dan kawal hidup aku, tapi dia tetap mama aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SAVIOR
RomantikApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...