BAB 2 👹

11.2K 374 9
                                    

AMIRUL HAKIM

Aku memasuki bangunan dimana papa menjalankan perniagaanya selama 20 tahun lamanya. Aku menundukkan sedikit tubuh aku apabila aku bertemu dengan pekerja pekerja di sini. Aku menuju ke arah lif di sana. 

" Maaf encik Hakim. Saya lambat." Cik Risya berlari ke arah aku. Dia berdiri di sebelah aku. Aku hanya tersengih.

" It's okay. " Aku tidak perlu marah dia pun kerana dia jarang lambat. Mungkin dia ada sebab sebab yang tertentu. Aku memandang lift semula. Sudah 3 tahun aku bekerja sebagai pengurus projek di syarikat perniagaan papa. Di sebelah aku ni pula, pembantu peribadi aku yang banyak membantu aku sejak aku bekerja di sini.

" Encik nak apa apa yang saya boleh ambilkan?." Risya mula bersuara apabila aku ingin membuka pintu bilik aku. Aku memandangnya. Selepas lama berfikir, aku hanya menggeleng.

Aku gantung blazer aku di penyangkut di sebelah sofa. Aku melihat keadaan sekeliling. Tiada yang berubah. Cantiknya masih sama. Aku duduk di kerusi kesayangan aku. Di dalam bilik aku, cuma kerusi ini saja yang aku beli menggunakan duit aku sendiri.

" Encik !!! ." Cik Risya menolak pintu bilik aku. Terkejut aku melihat dia seperti ingin menunjukkan aku sesuatu. Dia memberi aku Ipa*nya. Dia menunjukkan aku sebuah berita melalui media. Terpampang wajah Suraya. Aku tersengih sinis. Aku membaca tajuk

MODEL TERKENAL BAKAL BERKAHWIN DENGAN AHLI PERNIAGAAN BERJAYA.

" Bila punya nih?." Aku meletakkan Ipa* tadi di atas meja. 

" Malam tadi encik. Saya pun baru perasaan." Aku mengeluh kecil.

" Takpe. Awak keluarlah dulu. " Dia mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan aku. Aku lantas berdiri. Lengan baju aku lipat sehingga siku. Telefon disisi aku ambil. Aqil aku call.

" Aqil tolong aku." Aku meminta pertolongan daripada Aqil apabila aku dengar suaranya menyapa aku.

" Kau nak aku tolong apa?. Tapi sebelum tu, kau dah tengok media semalam?." Aku mengeluh.

" Itulah dia yang aku nak kau tolong. Tolong aku padam berita tu sebelum family aku tahu." Aku duduk semula. Bagaimana kalau sedara aku yang lain tahu?. Aku tak tahu nak cakap apa. 

" Ouh boleh. Nanti kalau aku dah padam, aku beritahu kau ok?." Aku meminta pertolongan daripada Aqil kerana aku tahu, dia bijak dalam bidang tu.

" Hm." Aku terus memutuskan panggilan. Tahulah apa aku nak buat dengan Suraya tu nanti. Tak habis habis nak menyusahkan aku. Benda lama yang tak akan jadi, sengaja dia ungkit.

***

AINA ADRIANA

Aku memandang sekeliling. Suasana rumah di kampung aku masih sama seperti dulu. Tiada yang berubah. Hanis memberitahu aku supaya pulang dahulu ke rumah aku di kampung. Aku menarik beg bagasi aku menuju ke rumah ibu dan ayah. 

" Assalamualaikum. " Aku memberi salam daripada luar. Tiada sesiapa yang menyambut salam aku. Baru aku nak beri salam kali kedua, pintu rumah terus terbuka.

" Waalaikumussalam. Ya ALLAH, anak mak dah balik !?. " mak datang menarik aku ke dalam pelukannya. Aku membalas pelukannya. Tubuh mak aku peluk erat. Rindunya aku pada mak.... mak melepaskan pelukan. Pipi aku mak pegang.

" Aina lapar?. Jom kita masuk dulu. mak dah masak." Aku mengangguk dan masuk ke dalam rumah bersama sama mak.

" Macam mana belajar dekat sana? Okay?." Aku tersengih mendengar persoalan mak. Beg galas aku ambil dan mengeluarkan fail aku. Sijil Ijazah yang aku peroleh 3 minggu lepas aku tunjuk kepada mak dengan perasaan teruja aku. mak menutup mulutnya teruja dan tidak percaya. Aku tergelak kecil. mak mengusap usap lembut kepala aku.

" Pandai anak mak nih. Aina makan banyak banyak. Nanti lepas ni kerja, lepas tu kahwin. " Aku memandang mak serius. mak tergelak melihat riaksi aku.

" Awalnya." mak menggeleng.

" Takde awal awalnya. Tengok si Izzah tu, kahwin masa umur 19 tahun, sekarang anak dah 3. Bahagia je." Aku mengeluh kecil. 

" Kalau macam tu, biar Aina jadi perempuan tertua kahwin dekat kampung nih." Aku tergelak besar. Hampir terjatuh aku dibuatnya. Mak memandang aku tanpa riaksi.

 Kami berborak tentang orang orang kampung. Banyak cerita aku tidak tahu tentang mereka semua. Bukan membawang, tapi bercerita. Hehe.

****

" Aina masuklah tidur dulu. Aina tak penat ke?." mak datang duduk di sofa bersebelahan dengan sofa yang aku duduk. Aku mengeleng. Mata aku masih lagi tertumpu pada kaca TV. Ceritanya terlalu menarik membuatkan aku lalai. 

" Hah, jangan ditenung lama TV tu, tembus nanti." Aku menoleh memandang mak pelik.

" Kenapa mak tak tidur lagi?. " 

" Eh, kita tanya dekat dia, dia tanya kita balik?." Aku tersengih. Selalunya kalau aku telefon mak waktu ini, dia pasti tidak angkat. Itu yang sangka mak tidur awal. Ouh lupa, masa berbeza.

" Semalam, Husnain datang rumah, tanya Aina dah balik ke belum?. Katanya nak datang meminang." Aku terus menoleh memandang mak. Biar betik?!. Husnain tu?. 

" Mak biar betul?. Tak nak Aina." Aku menggeleng laju. Aku menolak dia bukan kerana aku memilih, tapi dengan perangainya.... aku pun boleh pusing. 

Mana taknya, apabila mak paksa aku keluar dengan dia bersama, setiap minit dia sembur antibacterial spray disekitarnya. Bila nak makan, dia pastikan pinggannya dilap sehingga bersih walaupun pinggan tu sudah pun dibersihkan. Cuba kalau aku kahwin dengan dia, apa jadi?. Setiap minit rumah dia basuh.

Aku mengeluh apabila memikirkan semua tu.  Mak hanya tergelak.

" Habis tu, Aina nak membujang sampai bila?." Aku memandang mak sambil mencebikkan bibir. Sedih juga tapi kalau itu yang terbaik daripada aku terima Husnain tu?. Ish taknak aku.

" Ouh ya, minggu lepas, Datin ada datang kampung. Sajalah tu agaknya nak jenguk kitaorang. Dia datang rumah ni juga jenguk mak. Katanya kalau kamu nak cari duit, dia boleh tolong. Boleh kemaskan rumah anak dia. Tapi mak tak bagi kamu kerja macam tu." Mak menggeleng. Aku memandang mak bosan. Lepas tu, buat apa beritahu aku kalau dia sendiri tak bagi ?.

" Kenapa pulak?. Anak datin tuh. Mesti rumah dia besar. Kalau Aina kerja dekat sana, boleh dapat duit." Kata aku teruja. Mak menjeling aku.

" Mak tak mahu Aina kerja dekat sana. Anak dia lelaki lah. Tak elok orang nampak nanti." Aku duduk bersila di atas sofa. Bantal aku peluk. ya tak ya jugak. 

"Mak nak Aina jaga nama baik mak. Kalau Aina buat kerja tak senonoh, sedih mak nanti. Arwah ayah lagi sedih kalau anak dia macam tu." Mak memandang aku dengan pandangan harapan. Aku mula rasa tak selesa. 

Bagaimana kalau mak tahu apa yang terjadi ketika aku di sana, mesti luluh hati mak kan?. Aku memang anak tak guna. Aku memandang mak dengan pandangan sayu lantas tubuh mak aku peluk.

" Mak, maafkan Aina kalau selama nih Aina banyak kecilkan hati mak. Aina tak sengaja." Mak mengusap usap lembut belakang badan aku. Aku tidak mahu mak sedih. Aku janji nak banggakan mak. 

Sejujurnya aku balik Malaysia semula untuk buka buku baru. Hidup bahagia dengan mak dan Hanis serta bakal suami aku nanti. Nantilah bukan sekarang. 


MR. SAVIORWhere stories live. Discover now