AMIRUL HAKIM
" Sayang okay tak ni?."
Aku melepaskan rangkulan di tengkuk aku sebelum perlahan lahan tubuhnya baring bersandar di atas katil. Dia tersengih kecil sebelum mengangguk. Kesian pula aku tengok dia tidur je semasa perjalanan balik ke rumah tadi.
Selepas tiga hari kami tinggal di sana, aku minta izin untuk pulang kerana urusan kerja aku di dini.
Aku naik ke atas katil bersama Sofea yang baru selesai aku mandikan. Dia menghampiri Aina sambil duduk di sisinya. Wajah penat Aina dia pandang sebelum dia tersengih menyangkan gigi bawahnya.
" Mama."
Aku yang sedang mengurut kaki Aina tergelak mendengar apa yang dia cakap. Itulah perkataan pertama yang dia belajar sejak sejak dah nak masuk 11 bulan ni. Aina juga tersengih mendengar.
" Iya sayang?."
Aina yang sedang duduk bersandar menggenggam tangan kecilnya dan bawa ke bibir. Aku hanya mendiamkan diri sambil mengurut kaki Aina yang nampaknya semakin membengkak.
Sofea mula mendekati perut besar Aina sambil ternganga. Alahai, tak pernah nampak perut mama ke?.
" Aaaaa."
Aku memandang ke arah Sofea yang cuba memegang perut Aina. Aina pula hanya membiarkan saja.
Aku dah cakap, anak aku memang sensitif apabila disentuh kerana sebaik saja tangan kecilnya diletakkan di atas perut Aina, terus bergerak ganas mereka. Sofea menjauhkan tanggannya daripada perut Aina dengan mata besarnya.
" Booababoble ble ble."
Sofea menggerakkan tangannya sambil bercakap bahasanya. Daripada riak wajahnya, dia macam nak cakap yang 'perut mama bergerak'. Mungkinlah. Aina yang sedang bersandar terkekek kekek menggelakkan Sofea yang cuba untuk berbicara.
" Anak mama nak cakap apa ni hah?. Wanginya anak syurga mama ni ya?."
Dia mengusap lembut kepala Sofea sebelum menguncup lembut ubun ubunnya. Aku cuma mampu tersenyum.
Sejak sejak Aina mengandung ni, Sofea gemar betul duduk disebelahnya, ingin melihat perkembangan adik adiknya. Bila aku ajak makan, dia mesti tak beranjak daripada menilik perut Aina. Suka betul dia.
" Sofea sayang, jom tidur. "
Aina bersuara apabila melihat Sofea masih leka mengusap perut mamanya. Sekarang sudah pukul 10 malam, sepatutnya pukul 7 malam, Sofea memang akan tertidur, tapi sekarang ni, dia masih lagi tergelak gelak.
Aku mendepakan tangan ke arah Sofea untuk tidurkan dia. Dia lantas menggeleng sebelum mengensot kebelakang. Aku mendekatinya lagi sebelum dia menjerit.
"NAAAA!!."
Dia menggeleng laju sambil membuat wajah simpatinya. Aina memeluk tubuh kecilnya.
" Sofea, jomlah tidur sayang, dah malam ni. Kalau Sofea tidur, nanti esok kita keluar jalan jalan ya?."
Dia terdiam sebelum menghampiri aku sambil mendepakan tangannya. Aku tersengih.
" Macam nilah anak papa. Bijak."
Aku tergelak kecil sebelum menguncup lembut pipinya dan mendukung tubuh kecilnya ke dalam katilnya.
Aina yang duduk bersandar tadi perlahan lahan menukar psisinya kepada baring secara mengiring. Aku naik di atas katil dan pastikan yang Aina betul betul selesa sebelum lampu tidur aku tutup.
" Selamat malam sayang. Enjoy your sweet dream baby."
Aku kuncup lembut dahinya sebelum aku menyelubungkan badan aku dengan selimut. Dia tersengih.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomansaApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...