Aku mengulang alik gelisah. Rambut aku cekak kebelakang kasar. Aku duduk terdiam. Kepala aku serabut. Kali ini betul betul masalah bagi aku. Aku tidak tahu apa yang aku perlu buat. Sepanjang perjalanan aku ke hospital, dia tidak pengsan dan masih sedar menyebabkan dia rasa kesakitan itu. Jantung aku berdegup kencang takut dengan apa yang bakal berlaku.
Doktor menuju ke arah aku lantas aku berdiri. Dia tersenyum nipis ke arah aku.
" Macam mana pembedahan tu doktor?." Aku memandang doktor tadi dengan pandangan harapan aku. Aku berharap tiada apa apa yang serius berlaku padanya.
" Encik jangan risau, isteri encik dah selesai buat pembedahan. Kami hanya jahit saja lukanya kerana mata pisau tak jejak pada tulang Selangkanya. Kalau kena pada tulang Selangkanya, kita terpaksa buat pembedahan yang lain." Aku mengeluh kecil. Hilang sedikit rasa risau aku. Dia berlalu pergi. Aku tak kisah sekarang ni kalau doktor tu anggap Aina isteri aku. Itu bukan masalahnya buat masa ini.
Selepas aku beri keterangan pada doktor tadi, mereka terus membawa masuk tubuh Aina ke bilik bedah. Risau jika ada kecederaan pada mana mana saraf atau tulangnya. Aku meraup muka aku kasar. Rambut depan aku yang sudah memanjang menjejak dahi aku tolak ke belakang. Bagaimanalah keadaanya di dalam. Aku menoleh memandang beberapa orag sedang menuju ke arah aku.
" Macam mana dengan anak makcik?." Dia memandang aku dengan perasaan risaunya. Lelaki dan kawannya juga turut memandang aku.
" Doktor dah jahit luka dia. Dia dah lepas zon kritikal. Doktor tunggu dia sedar dulu baru dia dipandahkan ke wad biasa." Dia terdiam. Dia seperti mahu menangis tapi tangisannya ditahan. Lelaki tadi mengusap usap bahu ibunya.
" Macam mana semua ni berlaku?." Lelaki tadi memandang aku sedih.
" Dia tolong saya. " Itu saja yang mampu aku katakan. Aku buntu sekarang ni.
" Kesian anak aku." Dia memegang atas dadanya. Aku rasa bersalah, kenapa banyak banyak orang, Aina juga yang kena rasa semua ni. Kenapa aku yang lelaki selamat daripada rasa benda ni.
**************************************
AINA ADRIANA
Aku membuka mata aku perlahan apabila bahu aku terasa sakit yag amat. Aku cuba menggerakkan tangan aku yang mula rasa kebas.
" Cik dah sedar?." Aku memandang seorang jururawat yang sedang mencucuk sesuatu di tangan aku.
" Lepas ni kita akan pindahkan cik dekat wad, cik jangan risau ya. Macam mana rasa sakit?. 1 hingga 5, 1 tak sakit, 5 sakit sangat sangat." Jururawat tadi menunjukkan kelima lima jarinya.
" Dua." Aku bersuara tetapi halus saja suara aku. Rasa sakit di bahu aku terasa biasa biasa saja tetapi lenguh. Dia mengangguk. Aku masih lagi di bilik bedah tetapi di ruang rehat sementara menunggu aku sedar. Selepas memindahkan IV bag di katil aku, tiga orang jururawat menolak katil aku keluar menuju ke wad.
Pintu bilik wad dibuka, aku hanya memandang cahaya lampu. Aku rasa ni bukan wad biasa tetapi..... wad VIP.
" Kami pindahkan cik dekat katil ya." Mereka merendahkan katil dan menarik kain di bawah badan meletakkan tubuh aku di atas katil wad. Aku melihat mak dan Hazim sedang memandang aku tersenyum. Aku membalas senyumannya. Selepas menarik langsir, Seorang jururawat perempuan menanggalkan baju pembedahan aku lantas baju hospital dia sarungkan di tubuh aku.
" Kami pergi dulu puan, kalau ada apa apa masalah, tekan saja butang dekat tepi tu ya." Mak mengangguk dan mereka berlalu pergi. Langsir di tarik luas. Jururawat tadi tersenyum ke arah kami dan berlalu pergi.
" Aina macam mana?. Sakit lagi tak?." Mak berdiri di sebelah aku, kepala aku dia usap. Aku hanya menggeleng. Balutan di bahu aku membuatkan aku tidak berasa selesa untuk bergerak.
" Mana encik Hakim?." Aku memandang sekeliling apabila Hanis dan encik Hakim tiada di sini.
" Hanis pergi balik sekejap ambilkan baju kamu, encik Hakim.... ada dekat luar." Aku mengangguk faham. Mesti dia terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tarik dia sedangkan aku takut melihat pisau ditangan lelaki tu.
" Aina jangan macam ni lagi. Mak tak suka tengok Aina terbaring macam ni, sedih hati mak tau." Mak sedikit marah melihat aku seperti ini. Aku tergelak kecil. Mungkin nasib aku macam nih?. Aku terima saja.
" Kau memangkan suka cederakan diri sendiri?. Kau tahu tak kau baru keluar daripada hospital 3 mingu lepas tau. " Hazim duduk disebelah aku. Dia mengetuk kepala aku lembut. Aku tergelak kecil.
" Kau risaukan aku eh?." Aku tersengih memandangnya.
" Ya lah ngek. Kau tu adik aku, memanglah aku risaukan kau. Dengan pinggang kau tak elok lagi, tambah dengan luka dekat bahu. " Dia sedikit menjerit. Auwww... terharu aku dibuatnya.
" Aku okaylah. Kau dengan mak jangan risau, aku sihat je. Lagipun tak serius mana pun kan?." Mak mencubit pipi aku kuat.
" Ish budak nih, asyik cakap macam tu je, tahu tak kalau Aina luka lagi, mak tak bagi Aina kerja lagi. Duduk rumah." Mak geram dengan aku. Aku memegang pipi aku yang pedih dicubit.
*****************************************
AMIRUL HAKIM
Aku menarik kasar pintu rumahnya. Aku menuju ke arahnya yang sedang menghadap komputer.
" Tolong aku." Dia memandang aku terkejut. Headfon yang terpasang dikepalanya di sangkut di tengkuknya.
" Kau kenapa nih?. Ada apa apa yang tak kena ke?." Aqil memandang aku. Hakimi dan Muizzin berlari menuju ke arah aku.
" Asal asal?. " Muizzin datang ke arah aku dengan rambutnya diikat di atas kepalanya. Ditangannya ada semangkuk salad?. Hakimi dengan baju tidurnya memandang aku pelik.
" Korang memang macam ni ke dekat rumah?" Aku memandang mereka atas bawah. Mereka memandang satu sama lain sebelum tergelak kecil. Tak jadi aku nak serius.
" Ada orang nak bunuh aku." Aku memandang Aqil semula. Mereka terkejut besar.
" What?!." Aqil menanggalkan Headfon tadi. Dia memandang aku serius.
" Kau biar betul ni?. Lepas tu kenapa kau ada lagi dekat sini?." Muizzin menyoal sebelum kepalanya diketuk Hakimi.
" Aina.... dia kena tikam tengah hari tadi." Kali ini Aqil terus berdiri. Hakimi menarik aku keluar menuju ke ruang tamu sebelum tubuh aku ditolak di sofa. Mereka duduk berhampiran dengan aku.
" Apa jadi nih?." Aqil menyoal aku. Muizzin memandang aku serius.
" Aku nak balik dari Cafe tadi tapi ada mamat ni halang aku, Aina datang dekat aku nak tolong aku tapi dia yang kena tikam." Muizzin terus berdiri.
" Jom. Kita cari mamat tu sampai jumpa." Dia memandang aku teruja. Aku mengeluh kecil.
" Kalau aku tahu dia dekat mana, dah lama aku bunuh dia sekarang ni." Muizzin duduk semula.
" Kau tak rasa ni kerja Abang kau?." Aqil menyoal aku. Aku terdiam sebelum mereka memandang aku.
" Aah, boleh jadi juga weyh. Kalau dia sanggup curi duit syarikat kau, dia pun sanggup bunuh kau juga." Muizzin menambah. Aku tak terfikir langsung ini kerja dia. Tak mungkin dia sanggup buat macam tu dekat aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...