" Aina !!." Hanis menuju ke arah aku dengan beberapa bungkusan di tangannya. Aku memandangnya dengan senyuman.
" Kau sihat?." Dia memeluk tubuh aku. Kami berselisih pipi. Dahi aku dia kuncup teruja.
" Aku sihat walafiat ni. Kau tu yang macam mana, sihat?." Senyuman dia tak lekang daripada bibir kecilnya.
" Aku sihat je?. Happy lagi." Dia tergelak teruja. Aku pandang dia pelik.
" Aik, bukan main suka lagi kau. Ada apa apa rahsia ke?." Dia tergelak besar. Aku baru cakap rahsia, dia dah gelak macam syeton. Nampak sangat dia ada rahsia.
" Mana ada. Aku okay je. Aku teruja kau dah selamat. Risau aku tau dengar kau kena culik tadi. Nasib baiklah kau sihat je." Dia memegang kedua dua pipi aku dengan pandangan sedihnya. Hanis kalau tak lebih memang tak sah. Aku memandang bungkusan di tangannya.
" Tu apa?. Nak bagi aku ke?." Aku memandang dia pula. Dia tersenyum dan mengangkat bungkusan tadi kepada aku.
" Ni, aku singgah pasar malam tadi. Lepas tu aku belikan kau roti John. Kau suka punya." Aku memandang dia mengeluarkan sebungkus roti John. Aku memandangnya pula. Perut aku dah penuh, macam mana ni?.
" Kau suka tak?." Dia memandang aku lantas aku mengangguk laju.
" Suka sangat sangat." Aku tersenyum. Biarlah aku habiskan semua ni. Nanti kalau aku tak makan, sedih pulak dia.
**********
" Aina." Hanis yang sedang berbaring di sofa terduduk memandang aku. Lampu sudah dimalapkan kerana sekarang sudah tengah malam. Suasananya menjadi sedikit suram.
" Hm." Mata aku masih tertutup. Mengantuk sangat. Penat terlalu banyak menangis. Di luar wad, ada dua orang anggota polis yang sedang menjaga supaya tiada sesiapa yang tidak dikenali masuk tanpa izin. Sekarang Haziq dah kena tangkap, nak risau apa lagi?.
" Kalau aku tanya kau satu soalan, kau marah tak?." Aku membuka mata menoleh memandangnya. Hah, soalan macam tu aku takut kalau keluar daripada mulut Hanis.
" Tanyalah. Aku tak kisah pun." Aku membetulkan tubuh aku. Sejujurnya tidur menyandar ni tak begitu selesa bagi aku. Gigi aku sakit sebab bergetam, kalau baring, gigi aku selesa je.
" Siapa Haziq tu?." Aku terdiam. Apa aku perlu jawab pada Hanis ni?. Agaknya, dia marah tak kalau aku tak beritahu dia awal awal tentang Haziq?.
" Dia tu kawan aku je." Aku menutup semula mata aku. Aku cuba berlagak tenang. Dia hanya meng 'oh' saja sebelum berbaring semula. Mendengar jawapan aku yang acuh tak acuh. Biarlah dia tidak tahu, lagipun Haziq bukan masa hadapan aku lagi. Biarlah dia jadi masa silam aku.
Aku tersengih apabila aku mengingati peristiwa tengah hari tadi apabila encik Hakim membawa manisan untuk aku. Kenapa aku rasa selesa dengan dia?. Jujur, pada mulanya aku rasa janggal duduk berdua dengan dia sebab dia tak rapat dengan aku dan hubungan aku dengan dia hanya seorang majikan dan pekerja sahaja. Cukup sampai situ. Tiada apa apa lagi penambah. Tetapi, sejak sejak ni, aku rasa lain. Aku suka duduk dengan dia, berborak dengan dia. Mungkin sebab dia good listener untuk aku?.
***************************************
AMIRUL HAKIM
" Macam mana dengan Aina, risau mama dibuatnya." Mama datang menuju ke arah aku. Aku baru saja pulang daripada melepak dengan mereka. Memandangkan hari ini aku ambil cuti, biarlah aku menenangkan fikiran aku dengan mereka. Taklah bosan sangat. Diceriakan dengan lawak bodoh mereka. Aku hanya tersengih lantas mengangguk.
" Dia sihat je. Luka dekat kepala dengan bahu dia dah dicuci." Aku duduk di sofa. Sejak sejak ni, aku dah kerap balik rumah mama sebab Sofea tiada sesiapa yang jaga. Aku terpaksa tinggalkan dia dengan mama. Aku datang ni pun sebab aku nak ambil Sofea, lepas tu besok pagi aku hantar dia semula.
" Alhamdulillah. Lega hati mama dengar. Mama nak datang jenguk dia tadi, tapi Sofea meragam pula tiba tiba. Kakak dah pergi kerja, dia jaga pesakit malam ni, takde sesiapa nak jaga Sofea. Nak harapkan Kak Qaisarah dengan Erin tu, memang sampai bila tak sentuh budak." Mama duduk di hadapan aku. Aku dengar juga omelan mama walaupun aku rasa 'janggal' duduk berdua dengan mama. Aku rasa yang ini saatnya aku buang rasa janggal aku dengan cara berborak dengan mama. Sudah lama aku tidak berbual dengannya. Hampir 4 tahun.
" Kenapa mama sendiri yang nak carikan calon untuk anak anak mama?." Saja aku mencari topik untuk berbual dengan mama. Takkan nak mendiamkan diri saja. Mama mengeluh kecil mendengar soalan aku.
" Waktu Abang Irfan kamu kenalkan mama dengan Kak Qaisarah, mama setuju saja. Tapi disebabkan perangai isteri abang Irfan kamu tu lah, mama terpaksa pilihkan isteri untuk kamu, dan Hafiz. Kak Amirah memang dah ditemukan dengan jodoh yang baik baik, jadi mama terima keputusan dia. Kak Dhia kamu tu, baik orangnya. Dia yang bantu mama waktu mama kena ragut dulu. Mama ambil dia bekerja dekat Cafe sebagai balas budi dia. Sebab tu mama nak dia jadi sebahagian daripada keluarga kita, mama pilih dia jadi kakak ipar kamu. Tapi... tak sangka pulak dia kena cerai macam tu sekali." Mama mengeluh panjang. Aku memandang mama kasihan. Panjang lebar dia bercerita. Mungkin itu sebabnya kenapa dia sendiri yang tentukan bakal menantu dia.
" Sampailah Abang Hafiz kamu jumpa Kak Erin, mama terdiam. Mama tak sanggup tolak. Dan akhirnya... ." Mama menggeleng geleng kepalanya. Kan aku dah cakap, mama memang 'straightfoward '. Aku kenal perangai Erin dan Kak Qaisara, mata duitan. Tapi aku lelaki, aku tak mahu masuk campur hal mereka.
" Mama nak yang terbaik untuk anak anak mama. Sebab tu mama pilihkan Aina untuk Hakim. Aina tu budak baik. Mama taknak Hakim salah pilih. Mama terlalu beri kepercayaan pada Hafiz sehingga mama yang kena tanggung diorang berdua. Berbuih mulut mama suruh dia cari kerja." Aku memandang mama simpati. Mama terlalu stres sehingga jadikan aku sebagai bahan luahan. Aku cuba faham perasaannya walaupun aku tak rasa.
" Kalau Hakim tak mahu Aina, Mama berharap sangat Hakim dapat cari yang betul betul sesuai dengan Hakim. Carilah yang betul betul ada dengan Hakim waktu Hakim susah, waktu Hakim Jatuh. Ingat pesanan mama ni. Mama naik dulu ambilkan Sofea." Mama bingkas bangun. Aku terdiam.
" Mama." Aku bingkas bangun memanggil mama apabila dia sudah mula melangkah. Mama memandang aku.
" Kalau mama rasa dia sesuai untuk Hakim, Hakim tak kisah." Aku tersenyum memandang mama. Aku luah juga apa yang terbuku di dalam hati aku. Mama tergelak kecil lantas mendekati aku. Tubuh aku dia peluk erat. Tangannya tak berhenti mengusap belakang badan aku. Aku letak bawah dagu aku di bahu mama.
" Mama harap apa yang mama buat ni beri kebaikan pada Hakim. Mama akan pastikan dia yang sesuai untuk Hakim." Mama gelak kecil kerana teruja. Aku hanya mengangguk.
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...