2 BULAN KEMUDIAN..........
Aku tergelak kecil melihat Sofea berusaha menggulingkan tubuh kecilnya. Aku membantu dia meniarap. Suka betul dia meniarap. Kakinya menendang nendang udara. Liurnya aku lap menggunakan tisu.
Sejak sejak dah masuk 3 bulan nih, banyak betul perubahan pada dirinya. Dia sudah mula bergerak aggresif. Dia suka mengguling, dia suka bercakap menggunakan bahasanya, dan dia kuat minum susu.
Dia tersengih menampakkan gusinya apabila melihat wajah aku. Aku menepuk lembut tepi pehanya.
" Sofea dah besar nak jadi apa, nak jadi Superstar ye?." Aku mendirikan tubuh Sofea menjejakkan kakinya di atas katil, terus dia terhenjut henjut suka.
Penat juga melayan kerenahnya tetapi semua itu sudah menjadi tanggungjawab aku. Aku berterima kasih padanya kerana dia sudah tidak kerap terjaga malam untuk minum susu, tapi kalau waktu siang, 3 ke 4 botol susu sehari.
Berkali kali aku tukar lampinnya. Baguslah, dia sudah semakin membesar. Aku membawa tubuh kecilnya berjalan di ruang tamu sebelum kembali semula ke bilik apabila telefon aku berdering.
Aku duduk di birai katil apabila kaki aku mula lenguh. Aku meletakkan tubuh Sofea di tengah katil sebelum aku menjawab panggilan.
" Assalamualaikum Hakim, Hakim sihat?." Aku tersengih mendengar suara papa di corong panggilan. Aku mengangguk.
" Waalaikumussalam. Hakim sihat je papa." Sejahil jahil aku, aku tak lupa untuk menjawab salam. Aku menarik nafas dan melepaskan nafas kepenatan aku.
" Alhamdulillah, macam nih Hakim, papa ada sesuatu nak cakap dengan Hakim nih." Aku memandang ke arah Sofea sebelum mata aku terbeliak melihat dia sudah di hujung katil.
Terus terbang aku mencapai tubuhnya. Gugur jantung aku melihat dia yang hampir terjatuh. Tengok, kan aku dah kata. Sekejap je dia dah meniarap dan sampai ke bucu katil.
" Hakim, Hakim okay ke tuh?." Aku mengensot ke arahnya dan ambil dia ke dalam rangkulan aku. Alang alang aku dah terbaring nih, aku letak saja dia di atas dada aku. Terdiam dia terus. Teruja agaknya mendengar degupan jantung aku.
" Ouh Hakim okay papa, ada hal sikit." Aku tersengih. Kepala bulat Sofea aku usap. Matanya masih terbuka.
" Hakim sibuk ya?. Maaflah kalau papa kacau malam malam nih." Aku menggeleng.
" Taklah. Hakim tak busy mana pun. apa yang papa nak cakap tu?." Aku mendodoikan Sofea berharap dia segera tidur.
" Ouh. Papa tak tahulah kalau Hakim suka ke tak. Abang abang dengan kakak kamu dah balik sini. " Aku terus bangkit daripada perbaringan. Sofea aku peluk menggunakan sebelah lengan aku. Mata aku membesar.
" Hakim baliklah sini juga. Papa nak ajak Hakim sekali berborak dengan kita semua. Boleh juga ambil masa sama sama" Aku dengar suara pujukan papa.
Aku tahu papa mengharapkan anak anaknya semua berkumpul bersama sama selepas 5 tahun tidak bertemu. Aku tak mahu mengeluh kerana aku tidak mahu melukakan hati papa. Aku tersenyum nipis.
" Hakim balik.. ."
" Baliklah malam nih?." Aku tergelak kecil. Papa tahu tahu je yang aku mahu balik esok. Aku mengangguk kecil.
" Insya Allah." Aku memandang Sofea yang suda mula mengagah. Dia sudah mula bercakap sorang sorang menggunakan bahasanya.
" Sofea ke tu?." Papa tergelak.
" Sofea macam mana?." Dia meronta ronta minta dilepaskan. Lemas kerana terlalu lama dalam pelukan aku. Bayi pun mahukan kebebasan tau.
" Dia dah makin besar sekarang. Makin cantik. Sama macam ibu dia." Aku tersengih kecil. Wajah Sofea memang cantik. Wajahnya mirip wajah bekas kakak ipar aku.
" Alhamdulillah. Papa dengan mama rindu sangat dengan Sofea. Bawa dia sini cepat cepat. Ramai anak buah Hakim dekat sini boleh jadi kawan dia nanti." Papa teruja mendengar perkembangan Sofea.
Aku hanya mengangguk. Kedua dua abang dan kakak aku sudah ada keluarga sendiri, jadi mama dan papa sudah bergelar nenek dan datuk. Aku saja yang masih membujang.
" Hakim kena letak telefon dulu nih, Sofea dah meragam." Wajahnya sudah mula mahu melalak. Papa sempat memberi salam sebelum letak panggilannya.
" Sofea, kenapa nih?." Aku berdiri semula mahu menceriakannya. Aku memberinya Vape yang sudah lama aku tidak gunakan.
Dia cuba memegang tetapi tangannya tak cukup besar untuk mahu memegang membuatkan keningnya berkerut.
Dia lantas menolak Vape aku jatuh kebawah kerana dia tidak dapat memegangnya. Aku tersengih sendiri.
" Jom balik kampung." Aku letak Sofea di dalam katilnya. Aku sempat beli katilnya minggu lepas kerana dia sekarang tidak boleh ditinggalkan seorang, nanti dia 'merayap'.
Aku mengemas barangnya dan bawa dia turun ke bawah di tempat letak kereta. Aku letak tubuh kecilnya di dalam kerusi kenderaan bayi yang aku pasang di dalam sebuah lagi kereta aku di tempat duduk belakang. Aku beri mainannya supaya dia tidak terlalu bosan nanti.
Kau kena berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Pastikan abang kau tak kesan yang kau sudah bau kerja busuknya itu. Aku memandu kereta aku menuju ke rumah mama.
***
AINA ADRIANA
Aku mengangkat dua plastik penuh yang berisi barangan dapur ke dalam rumah.
" Aina !!." Hazim berlari ke arah aku sebelum plastik di tangan aku tadi dia ambil. Aku terkebil kebil.
" Kau kan tak sembuh sepenuhnya lagi, biarlah aku angkatkan. Dah, kau pergi berehat." Aku tersengih ke arahnya.
" Tak pernah pernah kau kisah pasal aku?." Aku mengikuti langkahnya menuju ke dapur. Tangan aku seluk ke dalam poket hoodie yang sedang aku pakai. Dia meletak plastik tadi di atas meja lantas bercekak pinggang memandang aku.
" Kau tahu tak, kalau kau tak sihat lagi, aku yang kena jaga rumah ni?. Kau tahu tak setiap pagi mak ketuk pintu bilik aku suruh aku sapu sampah, siram pokok bunga, basuh pinggan, sidai baju, angkat baju. Aku nak rehatlah... ." Dia membuat suara pura pura nangisnya.
Aku tergelak kecil, sekarang baru kau tahu macam mana jadi perempuan dekat dalam rumah nih?.
" Iyalah, terima kasih abang aku yang paling hensem ini." Dia tersengih suka apabila aku puji dia begitu. Kembang.
" Hazim, tolong mak angkat baju boleh?. Mak nak masak ni." Mak datang dari arah biliknya yang bersebelahan dengan dapur.
" Baik puan Mizah." Dia mentabik sebelum membawa bakul keluar.
" Aina, Macam mana pinggang, okay dah?." Aku mengangguk sambil tersenyum. Aku rasa aku dah semakin sihat. Alhamdulillah aku rasa lebih bertenaga.
" Datin kata, dia nak datang rumah, nak jumpa Aina." Aku terkejut. Datin nak jumpa aku?. Biar betul?.
" Mak tak tipu ke?." Aku mendekati mak.
" Buat apa mak nak tipu Aina ?. Lagipun dia datang saja nak lawat kampung. Alang alang Aina dah balik ni, dia sajalah agaknya tu nak jumpa Aina." Macam mana dia boleh kenal aku sedangkan aku tak pernah jumpa dengan dia. Kenal pun tak pernah. Aku cuma panggil dia Datin saja.
![](https://img.wattpad.com/cover/159820767-288-k576291.jpg)
YOU ARE READING
MR. SAVIOR
RomanceApa yang dia mahu, hanyalah kebebasan. Jangan kongkong hidupnya. Amirul Hakim, lelaki yang tak mengharapkan apa apa dalam percintaan setelah dicurangi sang kekasih, ditemukan dengan Aina Adriana, wanita yang sentiasa ditimpa malang. Dia, si lelaki...